Dalam hati rasa syukur yg amat sangat sbb Hamka yg kecil ni tau menilai hasil sentuhan air tangan ibunya. Tak kisahlah walau kita masak ringkas2 mcmana pun..anak2 dan keluarga amat2 menghargai masakan kita. So, mamaNya kena rajin dan bertambah2 rajinlah kat dapur lepas ni. Kalau teringin sangat nak beli lauk dah siap tu, tak boleh ajak Hamka...siaplah dia sound mamaNya..serbasalah di buatnya nak beli ke tidak. Hai klakorlah pulak..
Ok, kali ni saya nak kongsikan bersama kuih Talam Pandan Kacang Merah yg saya buat minggu lepas. Dari dibiarkan blog ni sepi je, baik saya kongsikan sesuatu. Sebenarnya lama dah nak masukkan resepinya kat blog ni, tapi busy sangat. Hari ni saya kongsikan resepinya buat peminat2 kuih talam. Kuih ni sedap, lembut dan lemak manis. Kalau kawan2 nak merasa tu, bolehlah mencubanya.
BAHAN UTK LAPISAN BAWAH (loyang 10x10x2@3inci
- 1 1/2 cwn kacang merah*- yg telah direbus empuk
- 1 cwn air*(* di kisar bersama)
- 1 1/2 cwn tepung beras
- 2 cwn santan sederhana pekat
- 2 sudu besar Tepung Hoen Kwee (putih)/tpng jagung
- 1 cwn gula halus
- sedikit garam
- sedikit pewarna merah
- Kisar kacang merah yg telah di rebus bersama 1 cwn air. Biarkan ketepi.
- Dalam bekas lain masukkan tepung beras, tpng hoen kwee/tpng jagung, gula, garam bersama santan. Bancuh semua bahan dan tapis.
- Masukkan kacang merah yg di kisar tadi dan gaul sebati. Masak hingga naik wap dlm 10 minit guna api sederhana saja- tutup api.
- Panaskan pengukus. Alaskan loyang dngn plastik dan sapu minyak di kelilingnya.
- Tuangkan adunan tadi dan kukus selama 25 minit.
- Sementara itu, buat utk adunan lapisan atas.
- 1 1/2 cawan tepung gandum
- 1 cwn gula halus
- 2 biji telur
- 1 cwn santan pekat
- 2 cwn air (kisar bersama 3 helai daun pandan dan tapiskan)
- secubit garam
- pewarna hijau
- Bancuh semua bahan, tapis ke dlm periuk & masak hingga naik wap dlm 10 minit guna api sederhana je.
- Tuangkan adunan ke atas lapisan kacang merah tadi.
- Sebelum tuang adunan, pastikan tiada air bertakung di permukaan kuih. Sekiranya ada, sengetkan loyang dan guna tisu dapur utk mengelap air.Selepas tu, cakar2 sikit guna garpu barulah tuangkan adunan warna hijau.
- Kukus lagi selama 25 minit guna api sederhana saja.
- Setelah siap, buka penutup kukus dan biarkan 5 minit dngn api yg belum di tutup. Ini bagi mengeringkan permukaan kuih.
- Setelah siap, angkat loyang kuih dan biarkan betul2 sejuk barulah di potong dngn menggunakan pisau plastik supaya kuih kelihatan cantik.
lawanyer kuih talam tu akak...geram tengok...macam mainan playdoh plak...hehehe....
ReplyDeleteAduiiii...dah terpanah dgn talam pandan kacang merah kak Yatie. sedapnya kak...
ReplyDeleteAssalam Yatie cayangggg....alahaaii cuuunnnyaaa talam dia....akak kan, mmg suka kacang merah tauu...adeei kalau dekat mmg dah tadah pinggan dah ni :))
ReplyDeletecantknya kuih talam pandan kacang merah, bersusun beratur...dengar cakap cikgu ye.
ReplyDeleteKC tak penah rasa kueh Talam camni. SEdap eh?
ReplyDeletecantiknya kuih talam ni, bila rupa cantik mesti hati tertarik nak rasa hihi
ReplyDeleteCantiknya kuih talam akak ni.. Suka la tgk rasa tentu sedap boleh la cuba nanti
ReplyDeleteHoyay!! tokey kuih talam dahbalik....sangat cantek kuih talam tu...menggoda jiwa raga
ReplyDeleteAssalam Yatie... tergoda betul tengok warna dia..
ReplyDeletecantiknya kaler n kombinasi nyer tu. memang kelllassss kuih talam akak.
ReplyDeletehahaha.. best hamka buat ayat power kat mama dia. mmg kena rajin la mama dia kan. teringat pulak satu hari tu, saya masak lauk agaknya kena la dengan selera si bais tu. dia cakap..sedapnya ummi.. ummi ni masterchef ke?.. hahah kalau teringat soalan dia tu, sampai skrg nak tergelak.
nampak cantik dan sedap je..
ReplyDeletesedapnya talam ni..yg best part kcg merah tu..
ReplyDeleteAssallamualaikukm kak Yatie..
ReplyDeleteKak, siang tadi blog naz lak terima tetamu malware cam akak kena dulu.. Tp dah settle.. Sib baik dapat pulihkan keadaan sekejap jer..
Cantik bebenor kuih talam akak ni. Mmg sungguh berseni tangan akak..
Salam yatie..tengok gammbar pon dah tau sedap!rajennn yatie menalam.
ReplyDeleteAcik atie pon cam hamka gak,suka mkn kat umah...
Masakan mama lgggg sedap dr kat kedaikn hamka???.
tabik springggg..toing toing toing..memang pakar saja dapat hasilkan kuih talam secantik ini:)rasanya pun pasti seindah rupa...
ReplyDeletesedap nampak nya tu...
ReplyDeletewaduh...jatuh chenta dah tgk kuih talam kak Yatie ni..memang suka tapi bilala nk rajin menalam ni..simpan resepi dulula tunggu angin rajin dtng yer..hehe
ReplyDeletekelakor la Hamka....bijakx2:)
salam Yatie,
ReplyDeleteTalam tu nampak cantik....pasti rasanya sedappp....
Salam kak yati..
ReplyDeleteAmboi sedapnya kuih talam kacang merah nie... Mesti mencuba resepi nie...
hanim tengok title talam tak syak lagi mesti kak yati yang buat. geramnya tengok warna merah tu.
ReplyDeleteassalammualaikum kak yatie,seronok betul saya layari blog akak ni ,resepi yg saya cube semuanye menjadi.thanks ye kak.......
ReplyDeleteasmkm...salalm perkenalan buat kak yati....
ReplyDeleteina salah seorang penggemar blog kak yati dan selalu buat kuih muih resepi kak yati...alhamdulillah....setiap kuih yg dibuat menjadi dn amat digemari kami sekeluarga....
terima kasih dan halalkan setiap resepi yg dicuba...