Thursday, December 1, 2011

Kari Asam Ikan Pari

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua. Hari ni lambat bersiaran sbb sibuk mengemas rumah bersama anak2. Bila cuti sekolah ni ajaklah anak dara mengemas itu dan ini. Masak pun dah lewat maklumlah dah sarapan berat jadi masak pun lewatlah. Bila petang ni baru free sikit. Hari ni saya masak simple je kari asam ikan pari. Biasanya masak asam pedas je kalau ikan pari ni. Kali ni saje tukar kelainan tapi mengekalkan rasa masam dan pedas dlm masakan...tu yg masak kari asam ikan pari. Bila dah siap, kami sekeluarga pun menjamu selera....fuhhhhh sedap betul masak kari macam ni, takyah letak santan biar masam2 pedas sikit, mmng sedap sangat. Kalau masakan mcm ni mmng kegemaran suami saya, ingat nak diet dan makan sikit je..tak sedar bertambah2 nasi dan lauk..alhamdulillah kira sedaplah tu menu hari ni. Jom kita semak resepi kari asam ikan pari ni, manalah tau kot2 ada yg nak mencuba dan merasa kari ni..jommmm..


Bahan-Bahan
  • 2 ekor ikan pari sederhana besar- potong, cuci dan toskan
  • 2 biji buah tomato- di belah 4
  • 1/2 cawan air asam jawa
  • 3 sudu besar kari ikan*
  • 2 sudu besar kari daging*
  • 2 sudu besar cili kisar*( *bancuh dngn 1/2 cwn air)
  • air secukupnya
  • minyak utk menumis
Bahan Kisar
  • 5 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang besar
  • 1/2 inci halia
  • sedikit kunyit
  • 2 biji buah keras
Bahan Tumis
  • 1 ulas bwng putih- di hiris
  • 2 biji bwng merah di hiris
  • 1 btng kayu manis
  • 1 tangkai daun kari
  • 1 btng serai di titik
Cara menyediakannya.
  1. Panaskan minyak dan masukkan bahan2 tumis. Tumis hingga naik bau.
  2. Masukkan bahan2 kisar dan kacau sebati. Masukkan rempah kari dan cili kisar yg di bancuh dngn sedikit dan gaul lagi. Tumis hingga terbit minyak.
  3. Masukkan air asam jawa dan kacau lagi. Masukkan 2 cawan air dan biarkan mendidih.
  4. Masukkan ikan pari dan biarkan mendidih. Tambahkan air lagi ikut kepekatan yg di kehendaki. Masukkan garam dan sedikit gula.
  5. Masukkan buah tomato yg di belah 4. Biarkan mendidih lagi.
  6. Sekiranya dah cukup rasa, tutup api dan bolehlah di hidangkan.

21 comments:

  1. assalam kak Yatie...
    selalu masuk sini cari resepi sedap2 he he
    sy baru je c/p resepi kek chiffon alhamdulillah betullah memang sedap..
    tq kak sudi share resepi yg mudah dicuba oleh org yg baru belajar cam sy ni

    ReplyDelete
  2. Assalam Yatie,
    ada lagi ke kari asam pedas ikan pari yang sedap tu, memang sedap masak begini tambah pulak campur kari daging dengan kari ikan...memang aromanya menambat selera!

    ReplyDelete
  3. Aslmkum Yati...
    Kari asam pedas belum pernah cuba lagi....anak2 suka asam pedas...nanti boleh cuba...

    ReplyDelete
  4. hmmmm....ikan pari memang favourite... tapi x pernah pula wat kari asam pedas...

    ReplyDelete
  5. Yatie....
    sedapnya...kak cek memang suka ikan pari..cuma selalunya kak cek masak asam pedas je..lum penah masak kari asam cam gini...nak trylah nanti...:)

    ReplyDelete
  6. sesekali akak pun suka masak gaya gini.kari tak bersantan...kalau org melaka,diorang masak gini pastu tambah lada hitam.masak lada namanya tapi guna kelapa bakar..ishhh..sedapnya....tapi bila tiba kat akak selalu akak masak camni je cuma akak tambah lada hitam.hehe

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikumwbh KYatie......

    Ni peberet tuan punye rumah ayu ni...hik3.....tsgtlah teruja jika my better half nengok ni...mauuu nanti g doha nak kene cari ikan pari jugak2....hu3!!

    ReplyDelete
  8. aslmkum yatie.. en hb suke klau masak camni.. saya jer yg lum pandai makan ikan pari.. huuu.. tpi selalu beli jer yg dah siap masak..

    ReplyDelete
  9. sedap nampak...terlior la pulak...boleh cuba nih

    ReplyDelete
  10. salam yati...peberet Liza ni, asam pedas ikan ape2 pun mmg peberet....sedapnyaaa

    ReplyDelete
  11. @mama sara nur
    wkmsalam, tq sudi singgah dan cuba resepi2 kat blog ni..

    ReplyDelete
  12. @Amie
    wkmsalam, sesekali layan kari ikan mcm ni mmng sedaplah..sorrylah dah abes...

    ReplyDelete
  13. @Mamasya
    wkmsalam, mmng sedap kari masak mcm ni takyah letak santan..biar masam2 sikit..cubalah..

    ReplyDelete
  14. @Nazrah
    kalau teringin tu, cubalah..mmng sedap.

    ReplyDelete
  15. @cik cek
    selalu pun yatie masak asam pedas je, kali ni tukar selera kari asam pulak...fuhhh mmng sedap taw..cubalah..

    ReplyDelete
  16. @anymz
    boleh gak letak lada hitam kak, terpulanglah pada selera masing2 ya...

    ReplyDelete
  17. @Ayu Safieza @ Humaira'
    wkmsalam wbt Ayu, akak mmng peminat setia ikan pari...cari Ayu jngn tak cari..masak sedap2 tawwww..

    ReplyDelete
  18. @dZana
    wkmsalam, nape tak suka ke ikan pari..yatie mmng suka ikan ni, senang tak banyak tulang..masak masam2 dan pedas2 lagi terangkat..cubalah..

    ReplyDelete
  19. @Gee®
    kalau teringin tu, bolehlah cuba..mmng sedap..

    ReplyDelete
  20. Memang sedap ..baru aje cuba..isteri kata mcm kat restoran ternama

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails