Friday, December 9, 2011

Nasi Dagang Mudah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ni saya masak nasi dagang yg mudah seakan2 nasi lemaklah pulak. Sebenarnya lama dah nak masak gulai ikan tongkol menggunakan rempah cap bunga rose, asyik tertangguh je. Bila fikir2 nak wat nasi dagang betul2 kena rendam beras lama sangat, sedangkan dah tengahari..nanti anak2 dah kelaparanlah pulak. Saya pun masak gulai ikan dan makanlah bersama nasi dagang yg mudah ni. Rempah gulai ikan tu dikirimkan oleh kakak tersayang yg dok di Terengganu tu..baik sungguh akak sorang ni...siap di poskan lagi..gembira dan terharu di buatnya. Terima kasih akak, dngn adanya rempah gulai cap rose inilah gulai ikan yg Yatie buat ni sungguh istimewa dan sungguh sedap. Jom kita semak resepinya..



Bahan Untuk Nasi Dagang Mudah

  • 4 cawan beras Siam wangi (cuci dan rendam 1 jam)
  • 5 cawan santan
  • 2 inci halia, di hiris
  • 3 ulas bawang merah- di hiris
  • 2 helai daun pandan, disimpul
  • 2 sudu kecil halba- cuci dulu
  • 1 sudu kecil garam
Cara- Caranya

1.Toskan beras yang telah direndam tadi.
2. Dalam rice cooker, masukkan beras tadi, santan dan semua bahan2 untuk nasi dagang.
3. Gaul sedikit beras dgn bahan tadi dan masak seperti biasa.
4. Bila nasi masak, gaul perlahan dgn chop stick. Cukup sekadar membalikkan nasi 2 - 3 kali saja. 5. Biarkan ia tanak seketika dan bolehlah di makan bersama gulai ikan.

12 comments:

  1. Selamat petang Yatie,
    Amie pernah buat nasi dagang hasil tunjuk ajar kawan2 dari Terengganu, memang hasilnya sangat sedap tapi penyediannya tu....sabar ajelah... di sini tak ada rempah cap bunga rose, jadi kawan2 ajar ikut gulai asli yang dibuat sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam.. mcmana nak wat rempah gulai asli yg dibuat sendiri? boleh share resipi di ejar_azliza@yahoo.com

      Delete
  2. Assalam yatie, baru nak kata rempah cap rose mesti dari Ganu, rempah ni tersangat sedap n popular, heheh adik ipaq akk org ganu selalu dok sebut2 cap rose tu, akk belum rasa lagi.

    Sedapnya nasi dagang di makan bersama gulai ikan tongkol, sekarang byk pesen dh nasi dagang, yg ekspress memang menjadi pilihan tanpa di rancangkan hehe, suka sangat akk ngan nasi dagang

    ReplyDelete
  3. salam kak yati, nak tanya kena nak kena guna rempak cap ros tu ye? ada beza ke rasa dia

    ReplyDelete
  4. sedapnyer kakk....mkn time2 hujan lg besttt...

    ReplyDelete
  5. @Amie
    wkmsalam, sebelum ni pun yatie masak gulai guna rempah biasa jek..bila guna rempah cap rose ni mmng lagi sedap...sedap hingga menjilat jari...fuhhhhh..hehehehe..

    ReplyDelete
  6. @EmbunRosaliza
    wkmsalam, betullah kak rosa..guna resepi yg cepat di masak dan sedap di makan lagi best...guna cap bunga rose ni mmng sedap betullah..

    ReplyDelete
  7. @Tina Othman
    wkmsalam, sebelum ni akak guna rempah biasa je, sedap gak..bila guna rempah cap rose ni lagi sedaplah gulai ikan ni..cubalah..

    ReplyDelete
  8. @Sugar 'n' Spice
    makan time ujan2 ni mmng semuanya best...

    ReplyDelete
  9. @K.Nor
    boleh je..sudi ke rasa nasi dagang orng johor...hehehehe..

    ReplyDelete
  10. Hi, Yatie!
    Terima kasih kerana sudi share resipe ini. Saya bukan expert masak hidangan Pantai Timur, cuma expert makan. Tapi tetap ingin cuba. OK, jumpa lagi!

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails