Saturday, September 17, 2011

Kek Coklat Kukus Munira

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ni tentu ramai kawan2 menerima jemputan open house sempena hari raya. Saya juga tidak ketinggalan. Banyak jemputan hingga tak larat nak makan. Esok juga bersambung jemputan rumah terbuka dari kawan2. Ianya berlarutan hingga ke malam. Syukur alhamdulillah atas rezeki dan nikmat yg Allah SWT kurniakan. Dalam banyak2 jemputan tu, saya pun rehatlah memasak....ini mengelakkan dari pembaziran. Kalau kita masak juga, alamat tak adalah yg nak makan sbb dah terlalu kenyang. Maklumlah jemputan sampai 5 rumah..mana tak kenyangnya.

Dalam pada tak masak tu, saya buatlah kek mudah yg menjadi kegemaran kami sekeluarga. Kalau ada kek kat rumah ni kira penyelamatlah. Bila ada tetamu dtng main terjah je...bolehlah hidangkan kek sementara kita menyediakan juadah yg lain. Kali ni saya nak kongsikan bersama resepi Kek Coklat Kukus yg sangat sedap dari Puan Munira. Terma kasih pada penyumbang resepi. Kali ni saya C&P dari Mas. Ramai kawan2 dah mencubanya...mmng berbaloi. Kek ni moist dan sangat sedap. Kali ni saya tak letak topping sbb nak makan gitewww jeeee. Lagipun kek ni pun dah cukup manis, jadi mmng sesuailah di makan begitu saja. Pada kawan2 yg suka topping tu bolehlah lihat resepinya di SINI.



Bahan A :
  • 1 cawan gula pasir
  • 1 cawan serbuk koko
  • 1 cawan susu cair
  • 1 cawan susu pekat
  • 1 cawan minyak masak-Yatie guna butter cair
  • 1 sudu kecil serbuk nescafe - resepi asal xde
>> semua bahan di atas digaul sebati dan masak atas api perlahan sehingga gula larut. Matikan api dan rehatkan sekejap bila dah sebati.

Bahan B - di ayak
  • 3/4 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil (sudu kfc) soda bikarbonat
  • 1 sudu kecil (sudu kfc) baking powder
Bahan C :
  • 4 biji telur - diblender (Yatie pkl sebati guna whisk je)
Cara-Cara
  1. Satukan bahan B dan bahan C ke dalam bahan A secara berselang seli dan gaul dengan senduk aje.
  2. Bila dah sebati masukkan ke dalam loyang yang digris dan dilapik kertas kalis minyak. Kata Puan Munirah, loyang tu kena dipanaskan dulu sebelum masukkan adunan kek tadi..
  3. Kukus selama 1 jam atau sehingga masak. Jangan buka pengukus semasa proses mengukus 45 min yg pertama takut kek jadi mendap.
**Yatie kukus guna loyang 8x8x3. Alas kertas minyak di loyang dan griskan sekeliling loyang dngn butter juga permukaan kertas minyak. Tuangkan adunan dan tutup dngn aluminium foil yg di sapu sedikit butter di bawah permukaannya.(Ini bagi mengelakkan permukaan atas kek melekat pada aluminium foil)
Kukus menggunakan api sederhana selama 1 jam atau sehingga masak. Yatie kukus 1 1/2 jam. Bila cucuk dngn lidi dan tak melekat tu, kira dah masaklah. Sejukkan dan bolehlah dihias ikut suka. Selamat Mencuba.

11 comments:

  1. saya pun dah cuba semalam. buatkan utk kawan bila pegang mmg terasa moist dia.

    ReplyDelete
  2. salam yatie. sedapnyaaa kek kukus nie kak ilah dah cuba dah... dah 2 kali dah buat. hehe
    hari ni jer ada 3 buah rumah yg kak p cuma sebuah jer..takut la nk mkn mcm2..nanti p mesti tergoda..

    ReplyDelete
  3. kek ni haluss je kan. suke jugk kek nii

    ReplyDelete
  4. suka..kita pun selalu wat untuk buah tangan ke open house..

    ReplyDelete
  5. salam...nk try buat jgak la...nmpk best

    ReplyDelete
  6. salam akak, saya nak tanya boleh? untuk kukus tu, kena ke tutup dengan aluminium foil? kena tutup rapat2 la ye?
    lepas tu, resepi ni agak-agak boleh ke bakar dalam oven guna kaedah double bath tu? hehe.. maap. ambo budak baru belajar. :D

    ReplyDelete
  7. Kak Yatie..nak sikit.. Sikit jer tau! Tak leh makan banyak2 skrg..hehehe..

    ReplyDelete
  8. salam - boleh buat ikut ini pulak la...tk kongsi resepi

    ReplyDelete
  9. Selamt hari raya maaf zahir batin buat yatie & family ya..dah nak hujung2 ni baru sampai dapur yatie ya..hehehe..kek ni kita dah pernah buat..memang lembut sanagt2..

    ReplyDelete
  10. salam. mintak copy paste resipi ye :)

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails