Sunday, April 3, 2011

Talam Lapis Peanut Butter

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ni saya buat kuih talam lapis peanut butter. Dah lama teringin nak buat dan merasa kuih yg di letak peanut butter. Dalam hati berkata2 macamanalah rasanya ya. Alhamdulillah, mmng sedap sangat kuih talam lapis peanut butter ni. Suami dan anak2 suka betul kuih ni. Rasa kuih lapis di gabungkan dngn peanut butter mmng sedap, terasa lemak manis kacang dan kuih yg kenyal2 manja membuatkan kuih ni istimewa. Pada peminat kuih talam tu, saya cadangkan supaya mencuba resepi ni....mmng berbaloi sbb ianya sedap sangat. Terima kasih sekali lagi pada Akma kerana berkongsi resepi yg sedap ini. Izinkan Yatie C&P resepinya di sini pula ya.




Bahan A:
  • 120 gm tepung beras
  • 60 gm tepung ubi
  • 430 ml santan pekat
  • Secubit garam
  • 150 gm gula kastor*
  • 200 ml air*(* di masak hingga gula larut)
  • Beberapa titik pewarna merah
  • Beberapa titik pewarna hijau
Bahan B(Lapisan Peanut):
  • 80 gm tepung beras
  • 60 gm tepung ubi
  • 350 ml santan pekat
  • 100 gm gula kastor*
  • 200 ml air*(*di masak hingga gula larut)
  • 160 gm peanut butter
Caranya:
  1. Campurkan bahan A kecuali pewarna dan masukkan air gula yg di masak tadi. Kacau rata dan tapis jika perlu.
  2. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian, tambahkan pewarna merah dan hijau dalam setiap bahagian. Ketepikan.
  3. Untuk lapisan B: Masakkan gula dan air sehingga gula larut. Kemudian satukan tepung beras, tepung ubi dan santan, masukkan sirap, kacau rata. Tapis jika perlu. Masukkan peanut butter dan kacau rata, bahagi kepada 2 bahagian yang sama.
  4. Panaskan sebentar loyang 8" yang disapu sedikit minyak dalam kukusan yang telah dipanaskan terlebih dulu. Tuangkan 1 bahagian adunan peanut, kukus dengan api yang kuat selama 5 minit.
  5. Bahagikan adunan merah dan hijau kepada 2 bahagian yang sama bagi setiap color. Tuang lapisan hijau dan kukus 5 minit dengan api kuat.
  6. Teruskan dengan lapisan merah, kukus dan ulang semula lapisan hingga habis.
  7. Kukus lapisan terakhir dengan api sederhana selama 30 minit sehingga masak. Sejukkan sekurang-kurangnya 4 jam untuk mendapatkan potongan yang licin dan cantik.
  8. Setelah sejuk potong dngn menggunakan pisau plastik supaya kuih kelihatan licin.

15 comments:

  1. Salam Yatie..
    Cantik jer lapisan talam Peanut Butter tu..kita pun dah lama tak buat..memang sedap kuih ni..

    ReplyDelete
  2. cantiknya kuih talam lapis tu...
    tergoda mas tengok tau kak.....sedappnya

    ReplyDelete
  3. ya ampun..kak yatie nie bab mengtalam..memang power.
    kak mai sini past kat ayu sepiring..hahahha

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum akak ..
    memang cantik dan menarik... tertarik sudah... hehehehe.. tak perna makan lagi talam lapis peanut butter nie.. mesti rasanya lemak2 gitu kan akak.. nak try juga nnt... :)

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum Yatie...

    Kak Lin mmg suka kacang...kuih muih yg ada bubuh kacang mmg fav Kak Lin...tapi sekrg ni Doctor suruh kurangkan makan kacang...asid urik x turun2 hehehe...

    Tgk talam ni mcmm nak buat jer...mesti sedap!

    ReplyDelete
  6. Assalam yatie,
    cantik kuih talam peanut yatie ni..kita pun dah lama nampak cuma belum ada chance nak cuba....bolehlah masuk list ni..

    ReplyDelete
  7. tu dia... cik puan puteri talam keluar satu lg talam ni... alahai... geramnya nak merasa.. nk membuat sendiri ntah bila ;p

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum Yatie....
    Bila tgk Talam belapis kat "rumah" Yatie ni confirm jatuh cinta....lapisannya kemas....warnanya menarik....rasanya mesti sedap ni....boleh try ni...kak cek copy resepi ya...tq..

    ReplyDelete
  9. kak yatie..peanut butter tu yang makan dengan roti tu ke? ishh leh la try buat. bebudak neh dah boring dah makan peanut butter tu.

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikumwbh kak Yatie...masya'Allah.....nipis2 kemas2nye lapis kak...nak wat pun ngeri sbb tak cermat mcm kak...spesis ayu ni kasar sket.....hik3!!!

    Sedap kueh mueh mcm ni kan kak....2 3 hari dlm freezer pun masih sedap lagi...

    ReplyDelete
  11. Assalam Yatie,
    akhirnya sampai jua talam lapis peanut butter ni ke dapur yatie..bila tiba pada yatie..cantik & kemas kejadiannya..mekasih sekali lg yatie sudi mencuba
    kuih ni mmg sedap kan yatie..sy pun suka..alhamdulilah yatie sekeluarga turut menyukai..

    ReplyDelete
  12. salam yatie..
    akak pun perasan resepi ni aritu.. teringin jugak nak merasa talam yg ada peanut butter ni.. mesti ada rasa lemak2kan? tp tula.. lom sempat cuba.. belum ada kerajinan.. lgpun.. nak menghabiskan bahan2 mentah yg ada kat rumah ni dulu.. pisang ada, ubi kayu ada.. durian pun ada.. alahaii.. entah bila nak abis pun taktaula.. hehe..

    ReplyDelete
  13. Salam yatie

    sihhh everytime yatie wat kuih lapis...cantek jer jadinya..yg ni kita berkenan sungguh...amek resepi dulu ek.....macehhh

    ReplyDelete
  14. Assalam kak yatie, lambat singgah dapur akak ni lately ni bz jer...btw sedap nengok kuih lapis tu kak dah ler cun lak kejadian kuih tu lagi ler rasa terliur...rasa nk ngap jer...hehe nanti nk cuba jugalah masuk listdulula...list yg dah pjng berjela dh tu...hehe

    ReplyDelete
  15. Salam... sy pun teringin nk bt sbb mmg ank2 suka peanut butter,... cuma nak tnya ckit sblm sy mncuba sendiri.... adunan tu x prlu masak hingga naik wap dlu ke, kukus terus jer ke?... maklum lah blum prnh lg men'talam' ni hehehe....

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails