Sunday, April 10, 2011

Serimuka Durian

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ni saya buat kuih serimuka durian utk minum petang. Adunan ni dapatlah seloyang besar 10 inci. Boleh buat minum petang merangkap sekali utk sarapan pagi. Kuih ni sedap, lemak dan lembut. Baunya jangan cakaplah...harum semerbak je bau durian. Kalau makan kuih ni terasa macam makan durian, eehhh betullah durian, takkan cempedak pulak....kan...mmng sedap sangat, mmng kena betul bila di gabungkan dngn pulut. Terasa macam makan pulut dan serawa durian pula. Pada penggemar durian tu, bolehlah mencuba kuih serimuka durian ni...pada yg tidak dan tak suka bau durian tu...tengok jelah ya. Jom kita semak bahan2nya.




Bahan Lapisan Bawah (loyang 10 inci)
  • 2 cawan pulut
  • 2 cawan santan cair
  • 1 sudu kecil minyak
  • sedikit garam
Cara-Caranya
  1. Cuci pulut dan rendamkan dlm 4 jam.
  2. Masukkan pulut ke dlm loyang yg telah di alas plastik dan tuangkan santan cair yg bercampur sedikit garam. Tambahkan sedikit minyak dan kukus selama 30 minit.
  3. ** Sementara menunggu bahagian bawah/pulut masak, kita bolehlah menyediakan bahan2 utk lapisan atas.
  4. Setelah masak, angkat dan tekan2kan sehingga padat.
  5. Masukkan ke dlm kukusan semula dan tuangkan adunan bahagian atas.
Bahan Lapisan Atas
  • 3 cawan santan
  • 1 cawan gula pasir
  • 1 biji telur
  • 1 cawan isi durian
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan tepung tepung kastard
  • 1/4 cawan tepung beras
  • 1 s/k garam
Cara-Caranya
  1. Satukan santan, gula, telur dan isi durian ke dalam blender dan kisarkan.
  2. Masukkan tepung gandum, tepung kastard dan garam.... kisar lagi.(kalau blender tak muat, blend separuh2..)
  3. Masukkan ke dlm periuk dan kacau sehingga sebati. Tambahkan sedikit pewarna kuning.
  4. Masak sebentar bahan lapisan atas sehingga naik wap dlm 10 minit dan sentiasalah di kacau guna whisk sehingga adunan menjadi seakan2 susu pekat.
  5. Tuangkan adunan keatas pulut dan kukus lagi selama 20 minit dengan api sederhana.
  6. Bila kuih sudah masak, angkat dan sejukkan. Bila dah sejuk, barulah dipotong dngn menggunakan pisau plastik dan hidangkan.
**Guna 2 biji kelapa, asingkan santan pekat dan santan cair. Kalau guna santan kotak 200ml setiap satu, gunakan 2 kotak. 100ml santan pekat dan selebihnya air utk kuantiti santan cair. 300ml santan pekat dan selebihnya air utk adunan santan pekat. Selamat mencuba.

17 comments:

  1. Assalam Yatie...mesti sedap kuih serimuka ni...ada durian lagi..memang favourite..

    ReplyDelete
  2. perhhh..cantiknya serimuka doyan kak yatie...
    mas pun bercadang2 gak nak buat..he..he..

    ReplyDelete
  3. Salam. Sedapnya Tie...tambah2 akak tengok yang bahagian atas tu tebal...mesti best....

    ReplyDelete
  4. seronok nye kat sana kan akak... dah dapat makan durian.. kat cnie lom nmpk lagi... nmpk sedap sesgt..

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum...
    Ya Allah akak cantiknya. Akak bila nak buka kedai kuih talam yea. Mesti laku punya.

    Hari tu saya ada bagi akak award tapi lupa nak hantar notis. Hehehehe

    ReplyDelete
  6. kak yatie.......
    memang kamu ratu dalam hal2 kuih muih.....
    agak2 ada tak serimuka coklat??
    try kak............

    ReplyDelete
  7. Cm nak cuba lah nanti..kena cari durian dulu:)

    ReplyDelete
  8. Assalammualaikum kak Yatie, sorryla kak weekend selalu bz tak sempat nk bw...makaceh sudi gantung award tu yer...cyng akak...hehe ni dtng nk mkn kuih seri muka doyan ni..berbau sampai ke dapur saya dh kak tu yg cepat2 terbang ke sini...sungguh cantik...tak tau brapa kali nk tabik kat akak kalau bab menalam ni..hehe

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum kak yatie..

    Rasa macam sedap je bila tengok. Dah lama suruh HB beli durian...nanti nak try jugalah

    ReplyDelete
  10. yatie..jelesnya tgk kuih2 talam yatie ni..semalam baru 1st time ku buat kuih kukus2 ni menjadi..ntah bila nak try kuih talam pulak ..

    ReplyDelete
  11. Assalam Yatie..
    kebetulan beli durian smlm..sebab nak wat kuih ni laa..
    pg nie on jer lappy ada serimuka durian yg cantik kat umah yatie..terus berlari ke sini..sure sedap kan..sy copy ya yatie..tq

    ReplyDelete
  12. wah, serimuka durian, sedapnyaaa!

    ReplyDelete
  13. sedapnya k.yatie...durian ni feveret zla..heheh

    ReplyDelete
  14. Salam akak..Sedapnya seri muka durian.
    Entri saya pun ttg durian gak..

    ReplyDelete
  15. terbau2 durian dah ni yatie.. dah 2 x akk buat.. memenuhi hajat kwn2.. kalau kt rmh ni akk dgn hb jer yg makan..

    ReplyDelete
  16. sekarang musim durian ekk, ramai yang buat. saya klu beli durian makan camtu je klu nak buat kuih camni xde org yg nak makan...

    ReplyDelete
  17. Assalam kak,
    Wah cantik betoi la serimuka akak,sy baru duk save resepi,tapi xbuat2 lagi..Pstt akak,mmg betoi akak kalo buka gerai kuih lapis@talam,gerenti laku kak..HEHE..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails