Thursday, April 14, 2011

Ayam Sambal Hijau

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Dah petang ni baru sempat nak n3 lauk tengahari tadi. Menu sempoi je tapi laku sangat kat rumah ni. Saya mmng suka kalau lauk2 mcm ni. Walau ayam ni saya masak seekor, tapi saya asingkan sikit utk anak bongsu saya sebab tak tahan lauk ayam pedas ni, pastu saya gorengkan sayur campur buatnya. Bila dah siap semuanya, saya pun masaklah lauk ayam sambal hijau ni....fulamak mmng kena dngn citarasa kami sekeluarga. Biasalah, kalau sambal letak belacan....baunya satu rumah, dngn tuannya pun bau belacan sekali. Ok bila dah siap masak tu, cepat2lah mandi dan harum2 sikit, taklah bila suami pulang dari kerja bau belacan je si isteri...hehehehe..

Resepi ni saya jumpa di buku Senangnya Memasak Sambal dan Sos dari Chef Hanieliza. Resepi ni mmng mudah dan yg pastinya sedap. Maaflah sebab saya ada tambah sedikit bahan2 ikut kesesuaian citarasa sendiri. Terima kasih K.Liza atas perkongsian resepi yg sedap ni. Kawan2 apa lagi, bolehlah mencubanya...


Bahan- Bahan
  • 1 ekor ayam (dibasuh & tuskan)
  • 3 biji kentang ( di kupas kulit, belah dua dan potong serong) *saya tambah
  • 4 batang serai (diketuk)
  • 1 labu bawang besar (dihiris kasar)
  • 5 biji limau kasturi (diambil jusnya)
  • 1 cawan minyak masak
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • Garam dan sedikit gula
Bahan Kisar
  • 5 biji cili hijau
  • 20 biji cili api hijau
  • 5 ulas bawang merah
  • 1 labu bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • sedikit belacan
Cara-Cara
  1. Gaulkan ayam dgn garam dan kunyit. Gorengkan sehingga masak.
  2. Gorengkan pula kentang sehingga masak dan ketepikan.
  3. Tumiskan bahan yg dikisar dan serai sehingga wangi dan pecah minyak.
  4. Masukkan ayam, bawang besar, garam dan sedikit gula. Kemudian kacau rata.
  5. Padamkan api dan tuangkan jus limau kasturi.
  6. Sekiranya rasa dah ok, bolehlah angkat dan hidangkan.

17 comments:

  1. tengok pun dah tau, sure sedap punyer..saya suka ayam, saya suka pedas...pergh..salin respi dulu yer..

    ReplyDelete
  2. nampak sedap la kak yatie...boleh cuba ni.. =)

    ReplyDelete
  3. ERM..SEDAPNYE... MMG BEST LAUK2 CAMNIH.. BERPELOH MKN.. HRHEHE

    ReplyDelete
  4. makan dgn pulut sedap ni kak...sedapppp

    ReplyDelete
  5. mmg npk sedp lauk ni nak rasa sikit leh ..nak try jugak le ..esk nak le ayam hehheh

    ReplyDelete
  6. sedappnya kak...
    kalau mas buat tak leh letak cili padi banyak2..
    letak cili hijau jer la....
    bpleh try nanti..he..he..

    ReplyDelete
  7. uishhh memang sedap ni...suka ler pedas2 ni kak nanti nk buat juga kena cari cili padi hijau dulula....btw tq atas wish dan doa akak yer...semoga dimakbulkan Allah...amin.

    ReplyDelete
  8. uik...dah makn pun lapar semula...!!!

    ReplyDelete
  9. salam yatie,
    akak dah lama teringin nak buat sambal versi kaler2 hijau ni tau..tapi belum terbuat2 lagi..bukan malas yatie cuma tak rajin jer...hehehe

    ReplyDelete
  10. Assalammualaikum Yati

    nampak sedap ayam tu. Sesuai ayam tu utk org suka pedas....

    ReplyDelete
  11. sedap nampak yatie, boleh masuk list ni..kita memang suka lauk macam gini..

    ReplyDelete
  12. tak prnh masak camni.. selalu mkn masak merah jer.. klau mak kt kg yg masak biasanya letak santan pekat sikit utk kurangkan rasa pedas ..

    ReplyDelete
  13. as-salam kak
    sedapppnya nampak ayam sambal hijau ni!!!kalau mkn dgn roti pun blh kan kak?

    ReplyDelete
  14. Sedapppp....resepi simple ja..baguih tuk org yg maleh cam sue ni..hehhehee

    ReplyDelete
  15. Sedaaappnyer... Terasa lapar pulak tengok ayam ni. Rasa nak makan sekarang jugak.

    Terima kasih bagi resipi;)

    ReplyDelete
  16. Sy tgh cuba resepi ni:)

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails