Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Pagi ni tayang apple cake...kek ni sedap sangat. Saya suka rasa masam manis kek ni. Sebenarnya kek ni saya buat 2 hari lepas. Masa tu nak perabihkan stok epal yg tergolek sana sini tak di makan. Sekarang musim durian, jadi buah macam ni tak berapa lakulah. Dari membazir dan terbuang begitu je, saya pun carilah resepi kek epal ni. Alhamdulillah, saya jumpa resepi kek epal yg sangat sedap dan moist dari
Yani di MyR. Sebelum ni pernah nampak di rumah
Izah, masa tu nak buat takde stok epal, bila dah ada tu..mulalah projek membuat kek epal ni.Terima kasih pada Yani kerana berkongsi resepi yg mudah dan sedap ni, izinkan Yatie kopipes kat sini pula ya. Kali ni saya buat 2 adunan dan guna loyang 8 inci, sedang elok je naiknya. Jadi bahan2 mestilah di gandakan ya. Jom kita semak resepinya....Selamat Mencuba.
Bahan-bahan ( 18x18 cm )- 1 biji epal
- 100g mentega-suhu bilik
- 80g gula halus + 2 sudu besar gula
- 2 biji telur
- 100ml fresh cream/whipping cream
- 150g tepung gandum
- 1 sudu kecil baking powder
Cara-cara- Bersih dan kupas kulit epal. Potong kecil-kecil lebih kurang 3mm. Gaulkan dengan 2 sudu gula. Kemudian masak sehingga epal jadi lembut. Atau boleh juga masuk ke dalam microwave. Panaskan selama 3 minit.
- Pukul mentega sehingga jadi bentuk krim. Kemudian masukkan gula, pukul sehingga putih.
- Masukkan telur satu persatu sambil dipukul.
- Lepas itu, masukkan fresh cream. Kacau sehingga sebati.
- Kemudian masukkan tepung yg telah diayak dengan baking powder. Kacau sehingga sebati.
- Akhir sekali masukkan epal+air (air yg keluar dr epal). Kacaukan. Lepas tu masukkanlah ke dalam loyang.
- Bakar selama 35 minit dengan suhu 180C
sedapppp...sedapppp
ReplyDeleteamboiii...gebunya kek epal tu....
ReplyDeleteakak guna epal hijau ke...
Yatie ...nampak gebu kek apple ni...byk dah tgk resepi...bilala kak cek nak cuba buat ni...
ReplyDeleteCopy resepi Yatie pulaklah...:-)
memang sedap kek ni.lembutt gebu rasa masam manis epal.sempoiii..
ReplyDeleteakak, ira baru je beli apple malas. dah habis kopek nak buat apple pai.....tak dpt lah nak try kek ni. kena tangguh dulu lah ye...huhuhuhu
ReplyDeleteakak paling suka kek yg ada epal, nak buat la nanti...resipi dia pun simple je kan?
ReplyDeleteas-salam kak
ReplyDeleteapple cake so marvelous....
Salam Yatie...waaaah kek epal eh..ni kira ala kek orang diet la eh...so xda la rasa muak sgt kan...hehehe...kalau mkn byk, x harap la nak kurus kan..kan...
ReplyDeleteAs salam yatie... alhamdulillah akak sihat, biasalah dok umah pun kerja tak pernah habis hehe nak2 kalau gi blog yatie ni mesti ada kuih yg teruja nak dicuba...ni satu lagi masuk list.. kek epal, cam senang je nak buatkan...mesti sedap... camni memang akak tak leh kurus hehe
ReplyDeleteCantik kek ni naik. Nampak gebuss.
ReplyDeletenmpk sedap n moist kek yatie ni, berkenan gak ngan kek epal ni tp tu la time nk wat aritu tadak whipping cream,so cari rcp lain la
ReplyDeleteAssalam kak Yatie, sorry lambat singgah dapur akak ni bz sikit tadi...tapi tetap sampai juga...hehe sedapnya nampak kek ni kak suka epal tu..nanti nk cuba jugalah...adehhh mcm2 nk dicuba sampai tak tau mana satu nk buat dulu list pun makin panjang..hehe
ReplyDelete