Monday, July 5, 2010

Ayam Goreng Ala2 KFC

Assalamualaikum dan salam sejahtera semuanya. Hari ini saya masak ayam goreng ala2 KFC. Sebenarnya dah lama tak makan KFC. Biasalah duduk di perantauan ni semuanya tak boleh beli dan makan sebarangan. Anak2 teringin nak mkn KFC mcm kat Msia tu. Biasanya saya goreng ayam ikut resepi sendiri je, kali ni saya ikut resepi yg hampir2 sama mcm KFC. Resepi asal adalah dari Ijan yg dok di Finland dan saya C&P resepi ni dari As N.Zealand. Tengok tu semuanya yg dok oversea. Kalau kwn2 yg dok oversea tu bolehlah cuba resepi ni....kalau yg dok di Malaysia tu..beli je. Tapi apa salahnya sesekali tu masak sendiri....tentu suami dan anak2 menghargainya dan berasa seronok menikmati ayam ala2 KFC.....hi3...



Bahan Untuk Perap Ayam
  • 6-8 ketul ayam (saya guna 1 ekor-dipotong 12)
  • 3 ulas bawang putih ditumbuk
  • Sedikit garam
  • 1 sudu besar serbuk cili
  • 1 sudu kecil lada hitam
  • Secubit baking powder
  • Secubit serbuk perasa
Bahan untuk tepung
  • 1 cawan tepung jagung
  • 1 cawan tepung beras
  • 3 ulas bawang putih ditumbuk(saya guna garlic powder)
  • Sedikit garam
  • 1 sudu besar serbuk cili
  • 1 sudu kecil lada hitam
  • Secubit baking powder
  • Secubit serbuk perasa
=> 2 biji telur(dikocok2 je)

Cara-cara

  1. Perap ayam dengan bahan-bahan perapan selama 1 jam
  2. Campurkan semua bahan-bahan untuk tepung di dalam bekas
  3. Selepas 1 jam, celup ayam yang telah diperap ke dalam telur yang dikacau.
  4. Salutkan ayam tersebut di dalam campuran tepung tadi.
  5. Goreng dalam minyak yang banyak sehingga garing.(saya goreng dengan minyak yg banyak dlm periuk)
  6. Toskan minyak dan sedia untuk dihidangkan.
=> Saya potong2 kentang dan goreng seperti ayam juga...mmng sedap.

11 comments:

  1. sedapnya ayam goreng ala kfc kak yatie, siap ada wedges lagi,rajinnya akak ku sorang ni..mas nak order satu set boleh...tak sarapan lagi ni...

    ReplyDelete
  2. resepi ni mcm penyelamat bila teringin nak mkn KFC kan kak!

    ReplyDelete
  3. salam yatie.. sihat ke??

    wahhhh nyumm nyummm... kita meratah je.. sedappp ni.. :D

    share tau.. tak share tak nak kawan.. ( sambil jeling2 ) jeling ayam... :P

    ReplyDelete
  4. salam yatie..kita nak 1 set ada lg tak ni? nak tmbah bun ngan salad skali ye :)

    ReplyDelete
  5. blh cuba nnt ni. sblm ni ada jg buat ayam goreng ala kfc tapi lain la sikit resipinya..nadiah guna cornflakes. nnt nak cuba ni pulak la :)

    p/s: tq ye kak yatie sudi follow blog nadiah :)

    ReplyDelete
  6. Mas=> mmng sedap dan puashati buat sendiri....akak ok je,,,ambillah satu set ni...tapi tak lengkaplah...takde bun dan salad...tak sabar..kih3..

    Sharinginfoz=> thanks singgah sini..

    ReplyDelete
  7. E-na=> betullah...kesian anak2 dah lama tak makan kat KFC...jadilah dari takde...tapi mmng sedaplah..

    Shidah=> boleh je...harga pos lebih mahal dari harga sekor ayam..kih3..

    ReplyDelete
  8. Jassanni=> wkmsalam, boleh je...jom kita makan sama2..tak lokek punya....hi3..

    Deliah's Deli=> wkmsalam, cuba rasa dulu ya....kalau berani bolehlah order banyak2....hi3..

    ReplyDelete
  9. Nadiah=> sama2...kalau sudi bolehlah cuba resepi ni...mmng sedap dan ranggup tepungnya..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails