Wednesday, January 28, 2015

Sambal Tumis Udang

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ni kita masak sambal tumis udang. Kebetulan nak makan dngn nasi lemak, jadi tak payahlah nak letak petai segala, kalau letak gerenti anak2 takmo makan sbb tak suka bau petai tu....hi3.. Terpulang pd selera masing2lah ya. Sambal udang ni sedap juga di mkn bersama nasi putih je, kena plk ada ikan goreng dan sayur bening....perghhhhh maunya bertambah2 nasi dan lauk. Ok resepi mcm biasa je, jom semak resepi mudah ni...


Bahan-bahan
  • 600 gm udang sederhana besar
  • 1 cwn cili kering kisar* -(20 btng cili kering, rebus/rendam dngn air panas)
  • 1 biji bawang besar*
  • 4 ulas bawang putih*
  • Sedikit belacan*
  • 1 biji bawang besar- di mayang
  • 1/4 cwn air asam jawa
  • garam dan gula secukup rasa
  • 1/2 cwn minyak masak utk menumis
Cara-cara
  1. Kisar bahan yg bertanda *.
  2. Panaskan minyak, tumis bawang besar yg di hiris sebentar je.
  3. Masukkan bahan kisar tadi. Tumis hingga terbit minyak. 
  4. Masukkan air asam jawa,garam dan gula. Kacau sebati.( Gunakan api sederhana je)
  5. Akhir skali masukkan udang dan kacau sebati.
  6. Perasakan,( biasanya sambal udang sedap manis sedikit) sekiranya rasa dah ok, bolehlah di angkat dan di hidangkan.

4 comments:

  1. Terliur2 dah SA...dah la kegemaran plak tuh....

    ReplyDelete
  2. besarnya udang tu,, pasti puas ati makan ngan nasi lemak ni,,

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum..yatie ..sambal udang ni mmg peberet Uj ..dapat pulak dimakan bersama nasik panas..tambah pulak dgn ikan masin goreng..grrrrr... x hingat donia...

    ReplyDelete
  4. Nampak sedap. Blh tahan besar menggoda udang kak yatie tu:)

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails