Wednesday, January 7, 2015

Ikan Kerisi Berlado

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Menu yg ringkas dan semestinya sedap. Kalau ikan masak mcm ni mmng bertambahlah saya makan. Resepi ringkas dan sedap ni saya kopipes dari Che Mat Gebu, kalau singgah blog Che Mat mmng teruja nak cuba semua resepi. Ikut resepi ni masak 2 ekor ikan kerisi besar, tapi saya masak 6 ekor..maklumlah keluarga besar, biar lebih jngn kurang. Bahan2 rencah pun kenalah gandakan ya. Lagipun malas nak masak ulang kali. Masak sekali banyak senang. Terima kasih Che Mat berkongsi resepi, izinkan akak kongsikan resepinya kat sini ya.


BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 2 ekor ikan kerisi saiz besar, siang dan kelar, cuci bersih*
  • Sedikit garam dan serbuk kunyit*(*dilumur pada seluruh ikan termasuk bahagian dalam, perap 10 minit)
  • 2 biji limau kasturi, diperah jusnya
  • Gula dan garam secukup rasa
  • minyak masak secukupnya
BAHAN-BAHAN TUMBUK HANCUR :-)
  • 5 tangkai cili merah
  • 3 biji cili padi merah
  • 4 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 biji buah keras hiris
CARA MEMBUATNYA :-)


  1. Goreng ikan tadi hingga masak, tak perlu sampai terlalu garing, angkat, toskan dan alih ke dalam pinggan yang sesuai. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan2 tumbuk hancur hingga harum dan garing, guna api kecil dan kacau selalu. Tambah garam dan gula secukup rasa, akhir sekali masukkan jus limau kasturi, gaul dan masak sekejap.
  3. Ceduk sambal tadi dan letak atas ikan kerisi goreng, ratakan dan boleh dihidangkan bersama nasi panas dan lauk2 lain....Selamat mencuba..

3 comments:

  1. kak aytie..lauk ni kalau makan umi suka padankan dengan kubis masak lemak putih..ish..terangkat sangat

    ReplyDelete
  2. ikan kerisi memang sedap msak gini kan.. !:)

    ReplyDelete
  3. Ikan kerisi memang kegemaran saya

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails