Friday, January 3, 2014

Selamat Ulangtahun ke 4 Blog Sinar Kehidupanku - Bingka Serikaya.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Rasanya masih tak terlambat utk saya mengucapkan Selamat Tahun Baru 2014 pd semua pengunjung blog Sinar Kehidupanku. Moga hari2 yg kita lalui ini penuh dngn rasa kesyukuran atas nikmat yg Allah kurniakan. Selamat Kembali ke sekolah buat anak2 juga buat guru2 semua. Selamat Ulangtahun ke 4 buat blog kesayangan saya Sinar kehidupanku. Pejam celik kejap je masa berlalu. Tak sangka dah jejak 4 thn saya berblogging. Banyak pengalaman pahit manis yg di lalui membuatkan saya lebih sabar dan tabah. Doakan yg baik2 buat saya sekeluarga, moga saya akan terus bersama kwn2 semua berkongsi resepi dan idea masakan.

Terima kasih buat pengunjung blog lama dan baru, teman2 di FB, rakan2 di alam maya juga di alam nyata, blogger masakan juga blogger2 yg bukan masakan. Terima kasih atas sokongan selama ini, kalau tiada sokongan dari kamu semua, sudah tentu saya tak bertahan sampai tahap ini.Di sini saya ingin mengambil kesempatan utk meminta ampun dan maaf sekiranya ada tersilap kata dan kelakuan yg tidak menyenangkan pengunjung semua. Saya manusia biasa yg tak terlepas dari melakukan kesilapan.

Terima kasih juga pada blogger2 masakan yg banyak membantu saya utk terus mencuba lebih banyak resepi yg sedap2 dan hasilnya di kongsikan bersama pengunjung blog Sinar Kehidupanku. Moga kita sama2 dpt manfaat darinya. Alhamdulillah..

Oklah takmo cerita panjang, kalau tak.. maunya berjela2 nanti. Sebenarnya saya pun takde idea nak cerita...he3...saje je. Kita terus pd resepi pertama di tahun 2014 ni. Kali ni saya nak kongsikan resepi Bingka Serikaya yg sangat sedap. Saya mmng suka kuih2 tradisional ni, Pantang nampak dan mesti di cuba. Alhamdulillah, sedap bingka serikaya resepi Kak Fida ni. Terima kasih kak berkongsi resepi yg sedap2. Izinkan saya kongsikan resepinya kat sini pula ya. Pada peminat kuih2 mcm ni, bolehlah cuba. Jom semak resepinya...



       Selamat Kembali Ke Alam Persekolahan Hamka, dah darjah 3 thn ni..

Bahan-bahan ( loyang 8 x 8 )- Yatie guna acuan kemboja pecah 8, dpt 3 keping kuih
  • 1 tin kaya (480g) - Yatie guna 400gm je
  • 4 biji telur
  • 200 ml santan pekat-Yatie guna santan Kara
  • 200 ml susu cair
  • 1 sk esen vanilla
  • 1 sb minyak/mentega cair
  • 180 gm tepung gandum - diayak
  • sedikit pewarna kuning ( atau hijau jika mengguna kaya pandan) 
 Cara-cara
  1. Campur semua bahan kecuali tepung dan pewarna selama 1-2 min.
  2. Masukkan tepung dan pewarna dan kacau lagi hingga adunan sebati. 
  3. Tuang adunan ke dalam loyang/acuan bergris, tabur bijan jika suka.
  4. Bakar pada suhu 180C selama 30min. atau hingga bingka kelihatan garing. Sejukkan bingka, potong dan sajikan, Bingka enak juga dimakan ketika suam.

7 comments:

  1. Happy anniversary utk blog akk. Byk jasa blog ni kak. Terus kan berkongsi ilmu ya kak. Passtt!! Encem boy tuuu :)

    ReplyDelete
  2. Tahniah...dah 4 tahun usia blog puan...saya ni baru nak mula. Semoga puan sukses selalu!

    ReplyDelete
  3. Happy blog anniversary buat Sinar KehidupanYatie...semoga blog inir dan tuannya terus disayangi dan semua yg berkunjung mendapat ilmu sebaiknya sbgmana keikhlasan perkongsian...Apa jua dugaan, pasti berbaloi jika rahmat Allah yg dicari...in shaa Allah.

    Salam sayang dr akak.. Lebiiuu

    ReplyDelete
  4. Happy bloggersary Yatie!
    Semoga terus tabah mengharungi dunia blog
    masak yang sedap-sedap tau tahun ni..

    ReplyDelete
  5. semoga blog ni terus menjadi sumber inspirasi yg yg suka mencari dan mencuba resepi..

    ReplyDelete
  6. happy 4th bloggersary kak yatie...moga terus berkongsi ilmu dan resepi dengan kami di alam maya ni..selamat tahun baru.

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails