Wednesday, January 15, 2014

Kek Minyak (Bakar)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Petang2 ni sedap layan kek minyak yg sungguh sedap, dahlah sedap...mudah plk tu buatnya. Kek ni mmng sesuai buat minum petang dngn secawan teh O. Rasa kek ni seakan2 bahulu minyak yg mak saya buat sblm ni. Cuma resepi ni di tambah dngn ovalllate, tu yg ada sedikit perbezaan rasanya . Ramai kwn2 yg telah mencuba kek ni, baru arini berkesempatan nak kongsikan resepinya kat blog. Pada kwn2 yg belum mencuba kek yg mudah dan sedap ni, bolehlah cuba...mmng sedap. Terima kasih pd penyumbang resepi asal. Izinkan saya kongsikan resepinya kat sini pula.
 


RESEPI KEK MINYAK
Original : MyResipi
Sumber : LiNa Pg, Izah

Bahan-bahan ( 8x8inci)
  • 5 biji telur gred A
  • 1/2 cawan gula halus / gula kastor
  • 2 cawan tepung gandum*
  • 1 sudu kecil baking powder*(* diayak bersama)
  • 1 cawan susu pekat
  • 1 sudu besar ovallate
  • 1 cawan minyak masak
  • perasa dan pewarna kegemaran(saya letak perisa kopi dan oren)
  • 1 sudu teh esen vanila
Cara-cara
  1. Panaskan oven suhu 170'C
  2. Ayak tepung gandum bersama baking powder.Ketepikan
  3. Lenser loyang kek dgn mentega.Alaskan dengan baking paper.
  4. Pukul telur bersama gula dan ovallate hingga kembang.
  5. Masukkan susu pekat dan esen vanila. Pukul lagi sekejap.
  6. Masukkan minyak masak dan perasa sambil dipukul lagi tapi hanya sekadar untuk adunan bergaul rata.
  7. Akhir sekali masukkan tpng gandum. Gaul rata. Selepas itu, bahagikan adunan kepada 2 atau 3 warna.
  8. Tuangkan ke dalam loyang, marble ikut kreativiti
  9. Bakar hingga masak.Suhu bergantung kepada oven masing2 (saya bakar suhu 170'C selama 60min api atas dan bawah)
  10. Biarkan kek sejuk barulah dipotong dan hidangkan.

5 comments:

  1. Assalamualaikum Yatie...wah, cantik kejadiannya. Tentu sedap gandingan kopi & oren. Satu kelainan ni :)

    ReplyDelete
  2. Assalam
    Mesti harum semerbak satu umah ngan aroma coffe n oren
    Kek ni tersgt sng dan sdp kan?Sesuai sgt untk minum ptg ngan fmly tersyg
    Tenkiu yatie bg crdt link ke blog TMK :)

    ReplyDelete
  3. Bahulu minyak.. 1st time dengar.akk kene nuntut rrsepi bahulu tu pulak kak. Hehe.. simple tapi jadi rrbutan kek ni kat rumah.mkn pulak panas2 suam.mmg sedap la ngat

    ReplyDelete
  4. Compem nk buat petang nanti... sangat menggoda.. !!!

    ReplyDelete
  5. Follow saya kat twitter @ssiti242

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails