Friday, October 18, 2013

Famous Amos Chocolate Chip

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Lama tak bersiaran. Sejak2 ni mmng jarang update blog, kdng2 tu rasa kesian pula pd pengunjung blog Sinar Kehidupanku...asyik menu yg sama je. Maklumlah tuan rumah busy je musim persekolahan, minggu depan plk anak2 menghadapi peperiksan, lagilah bertambah sibuk. Anak yg periksa maknya pula yg sibuk....he3...takpelah, kira ambil perhatian pd anak2...jadi aktiviti berblogging ni lagilah bertambah lemau. Tapi takpe, saya akan sedaya upaya berkongsi resepi pd pengunjung blog ni.

Sekurang2nya bagi idea utk masak apa setiap hari, kdng2 ianya sedikit sebanyak membantu juga kan. Oklah, berbalik pd menu arini, resepi kukis yg kerap saya buat dan terlaris sekali. Baru ni saya buat utk Hari Raya AidilAdha, semuanya suka. Kebetulan cuma buat 1 jenis biskut je, mmng tak pandang lain lah...mmng cepat je habis. Selebihnya saya buat kek kukus buah, carrot cake dan kek kukus coklat lapis cream cheese. Pada kwn2 yg belum pernah mencuba resepi biskut yg sedap ni, bolehlah cuba....mmng sedap. Kwn2 juga boleh lihat di SINI dan juga singgah blog adik manis Sue Joshua. Terima kasih pd penyumbang resepi asal.




Bahan²

  • 1 cawan gula kastor/halus-Yatie guna 1/2 cwn je
  • 1 cawan gula perang  
  • 1 cawan mentega
  • 1 cawan minyak
  • 1 biji telur
  • 1 sudu besar susu segar
  • 4 cawan tepung gandum*
  • 1 sudu besar serbuk koko*- Yatie tambah
  • secubit garam*
  • 1 sudu kecil cream of tatar*
  • 1 sudu kecil baking soda*(* di ayak bersama)
  • 1/2 cawan badam cincang- bakar dulu dan sejukkan
  • 2 cawan semisweet chocolate chip
  • 1 sudu kecil esen vanila
Cara²
  1. Pukul gula, mentega, minyak, telur, susu dan vanila hingga sebati.
  2. Masukkan tepung gandum, garam soda bikarbonat,cream of tartar, badam dan coklat chip.
  3. Adunan memang lembik...sudukan satu sudu kecil diatas dulang pembakar...jarak²kan sket sebab nanti kukis akan mengembang sket....dulang tak perlu gris..
  4. Bakar pada suhu 350 'F (175 c) dalam 10-15 minit atau sehingga masak bergantung pada jenis oven..
  5. Setelah kukis perang, angkat dan sejukkan diatas redai sebelum dimasukkan dalam bekas kedap udara.

12 comments:

  1. Memang sedap nampaknya. Kena try jg ni. Kalo beli mahal sungguh. Buat sendiri mkn sampai puas. :)

    ReplyDelete
  2. coklat nang nyaman bah hehehe...follo blog sy jgk ek kak
    Tak Mungkin Benar

    Azim Aris

    ReplyDelete
  3. Sexynya biskut akak posing. Aummm saja la tu nk goda kita dgn sekut dia:)

    ReplyDelete
  4. salam kak yatie.

    paling suka makan kukis ni..sedap dan aromanya yang Wangi..

    ReplyDelete
  5. Salam Yatie. Sedap ni tapi AlongRiz & AngahRuz takda so takda org nak mkn kalau Along buat pun. Tapi coklat chips byk sgt yg AlongRiz belikan dari US. Nanti senang2 Along nak buat juga lah. TQ share resepi.

    ReplyDelete
  6. Baru je bercadang nk buat cookies ni kak yati...cuma lani ank tgh demam plak...kena tunggu dulu lah jwbnya....

    ReplyDelete
  7. sedapnye... nak buat lagi nnt ikut versi kak yatie lak pas nih ;)

    ReplyDelete
  8. Salam. mcm senang jer resepi nih, terima kasih. insyaAllah, saya akan cuba buat bila ada kelapangan.

    ReplyDelete
  9. wah hari ini saya asik tersinggah kat blog yang buat saya terlior jee.. nyum nyum.
    salam singgah dari saya kali pertama kesini and i like it!

    ReplyDelete
  10. asal masuk blog akak mesti segar bijik mata....feveret saya ni....ada masa nanti boleh buat...

    ReplyDelete
  11. salam kak yatie, sy pernah buat resepi ni tp x pernah letak koko, adussss dah la mmg baper ari ni tertibe dtgkeinginan nak mengukis, harus di cuba ni letak koko mesti sedap kan.

    sy dpt resepi ni dr kwn, dia ckp mmg tiap tahun raya wajib buat, dia dpt resepi asal dari website allrecipe.com

    ReplyDelete
  12. salam..pakai minyak apa ye minyak jagung ke, minyak zaitu ke atau minyak masak biasa...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails