Saturday, March 2, 2013

Roti Kentang

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Sejak2 ni syok betul buat roti sendiri, lebih2 lagi bila roti yg di buat menjadi dngn jayanya....puashati betullah. Rasa macam tiap2 hari nak meroti je. Bila hari ni buat, siap ada permintaan lagi dan lagi...mmng kita pun jadi teruja nak membuatnya lagi. Kali ni saya buat roti kentang pula. Roti ni sedap dan lembut je walau dah semalaman. Lepas ni dah tak beli roti kentang kat Jusco, Giant dan Tesco lagi rasanya. Bila nak makan je..terus suruh BM menjalankan tugasnya....mudahkan. Sebelum ni fikir 2 atau 3 kali bila nak meroti. Maklumlah takde BM masa tu, uli guna tangan je...mmnglah bercinta di buatnya. Bila dah ada BM ni..kerja jadi mudah...banyak membantu betullah.

Terima kasih Che Mat Gebu berkongsi resepi roti kentang yg sangat sedap dan lembut ni. Izinkan akak kongsikan resepinya kat sini pula ya. Ramai kawan2 yg lain dah mencubanya...pada yg belum tu, bolehlah cuba...mmng puashati dan puas makan. Jom semak resepinya.





Bahan Doh :-)
  • 135 ml air sejuk dari peti ais
  • 3/4 camca teh garam
  • 1/2 biji telur (kurang lebih 30g)
  • 60 gm ubi kentang yg telah dilecek (rebus dulu)
  • 300 g tepung roti (hi protein flour)
  • 3/4 camca besar susu tepung
  • 50 gm gula halus
  • 2 camca besar mentega- saya tambah
  • 2 camca teh yis
  • 1/2 camca teh bread improver
  • 1/2 camca teh bread softerner
Bahan Kastard
  • 3/4 cawan susu segar
  • 2 camca besar tepung kastard
  • 2 camca besar gula halus
  • 1 camca teh mentega
  • 1/2 camca teh esen vanilla\
 CARA MEMBUATNYA:-)
  1. UNTUK DOH :-) Satukan semua bahan2 doh, uli hingga lembut dan kenyal. Bulat2kan dan alih ke dalam bekas, tutup dengan plastic cling dan biar naik selama 45 minit. KAEDAH LAIN :-) Masukkan semua bahan mengikut urutan ke dalam breadmaker dan pilih setting for dough dan tekan. Biar sampai siap.
  2. Keluarkan doh uli 15 minit. Bagi doh kepada 12 bahagian yang sama besar (kurang lebih 52 g sebiji), atau mengikut saiz yang diinginkan. Bulat2kan menjadi bebola dan susun dalam loyang yang telah digris dengan mentega dan biar 40 minit hingga naik.
  3. CREAM CUSTARD :-) Satukan susu, gula dan tepung kastard. Kacau dengan whisk hingga semua sebati. Masak atas api perlahan sambil terus mengacau hingga pekat. Angkat dari api, masukkan mentega dan esen vanilla. Gaul rata dan biarkan suam sedikit.
  4. UNTUK ROTI KENTANG :-) Isikan cream custard dalam beg plastik yg baru dan bersih. Gunting sedikit bucunya dan picit cream custard atas roti mengikut kreativiti masing2. Buat hingga habis dan bakar dalam oven pada suhu 190C selama 25 minit atau kuning keemasan. Keluarkan roti dan sapu dengan mentega semasa roti masih panas, sejukkan sebelum dihidang...

10 comments:

  1. Asslmkm kak yatie.
    Memang gebu kejadiaannya. Untung ada BM, senang skit keja. nampaknya BM kena masuk dalm list wishlist sue utk tahun ni. He3

    ReplyDelete
  2. Salam kak yatie....sedappnyaaa...aduhh rajin betullah akak, saya dah lama tak meroti...tatau bila mood rajin nak dtg...

    ReplyDelete
  3. slmat pagi kak yatie

    kak. ayu ulang kali bc bahan doh. xada guna butter?, majerin?

    ReplyDelete
  4. as salam yatie

    memang untung ada bm..tapi bergantung gak pada vit kan..klu vit M byk x leh gak buat

    ReplyDelete
  5. salam kak yatie,

    akk akai BM apa?.. beli kat mana?... try byk kali round2 kat tesco, carrefou, jusco takde jual pun... semlm ada tgk kat cosway brand empress rm499... mahal tu...

    ReplyDelete
  6. salam yatie, ada lagi ke roti tu nampak ngancam gile ni kalau dpt seketoii mmg kenyang utk malam ni

    ReplyDelete
  7. Waaa gebunya bun potato ni ! :D
    Kalau pergi bakery, mesti beli ni. Hehe. Sekarang dekat rumah, ada juga cuba buat roti tapi macam kurengg ja hasil dia. Hehe

    ReplyDelete
  8. salam yatie...gebussnyer roti kentang...bila lah nak rajin meroti ni agaknye...kot kot dan ada lipas dlm BM nekcik tu!!!

    ReplyDelete
  9. as salam yatie...apa perbezaan kalau guna tepong kentang berbanding dengan kentang yang direbus/lenyek dan berapa gm digunakan kalau pakai tepong kentang sahaja?

    ReplyDelete
  10. Cantik roti ..tq.nak cube lah nanti

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails