Sunday, March 10, 2013

Talam Permata Zamrud

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Moga ceria2 selalu di samping keluarga tersayang. Nampak tak permata zamrud kat kuih talam ni, menarikkan. Sebenarnya saya beli sago biji pandan ni,  saje2 je tau. Tak tau nak buat apa sebenarnya. Fikir punya fikir, eloklah di jadikan kuih talam, dah mmng tuan rumah suka kuih2 mcm ni....maka terhasillah kuih talam hijau di hiasi permata zamrud ni. Macam biasalah, Hamka paling suka tngk kaler hijau..suka betul dia tngk sagu pandan ni, geram je nak cungkil2 sago tu. Siap tanya lagi pada mamanya, mcm ni ke permata zamrud, boleh makan ke???? Mama nya mampu senyum je sambil kata padanya, jngn banyak soal...makan jeeeee....he3..

Pada peminat kuih2 talam moden ni bolehlah mencubanya. Kuih ni sedap dan kenyal2 manje je rasanya. Kalau nak tau kesedapannya tu, bolehlah mencubanya. Jom semak resepi mudah ni.






Bahan-bahan- loyang 10x10x3inci
  • 250 gm sago besar pandan
  •  (saya guna yg dah siap direbus, lalukan air paip dan toskan. Bahagikan kpd 2 bahagian sama banyak)
Bahan A
  • 2 1/2 cawan tepung beras
  • 1 1/2 cawan tepung ubi 
  • 1 cawan santan pekat KARA
  • 3 cawan air
  • 1/2 sudu kecil garam
Bahan B
  • 1 1/2 cawan gula
  • 1 1/2 cawan air
  • 3 helai daun pandan- simpulkan
Bahan C
  • Pewarna hijau dan perisa pandan
Cara-cara
  1. Masak bahan B hingga gula larut. Keluarkan daun pandan dan ketepikan dulu.
  2. Satukan semua bahan A, masukkan bahan B, gaul rata dan tapiskan
  3. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian sama banyak. Satu bahagian letak pewarna hijau dan perisa pandan. Bahagikan pada 2 bahagian lagi. Ketepikan dulu.
  4. Satu bahagian lagi biarkan warna asal dan bahagikan pada 2 bahagian lagi. Ketepikan dulu.
  5. Panaskan kukusan, sapu loyang dngn sedikit minyak, alas plastik dan sapu minyak lagi.
  6. Tuang 1 bahagian dari adunan hijau, kukus selama 10 minit. Setelah siap, cakarkan sikit permukaannya dan tuangkan 1 bahagian adunan asal/putih dan taburkan separuh sago pandan.
  7. Kukus lagi selama 10 minit. Sebelum tuang adunan, pastikan tiada air di permukaannya. Sekiranya ada, sengetkan loyang dan buangkan air guna sudu je / guna kitchen towel.
  8. Tuangkan satu lagi adunan hijau dan kukus selama 10 minit.
  9. Setelah siap, tuangkan lagi satu bahagian adunan asal/putih dan taburkan rata sago pandan.
  10. Kukus selama 25 minit. Setelah siap angkat kuih dan sejukkan. Biarkan kuih betul2 sejuk, barulah dipotong guna pisau plastik.

20 comments:

  1. sedapnya..Adda kalau talam-talam ni memang suker sangat...

    ReplyDelete
  2. Salam kak yati..mengudaa sesgt..mesti cuba..:-D

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum hemmm cantik bezamrut..sure sdp ni...

    ReplyDelete
  4. Canteknyaaa.... kompem best ni...

    ReplyDelete
  5. salam yatie...
    pagi buka blog nampak kuih talam permata zamrud yati ni terus terjah sini dulu.... waaa... sangat2 menarik! ada ye jual sagu siap diwarnakan & siap digunakan tu.... senang kerja..kalau nk rebus sendiri jenuh nak tunggu ia jd jernih kan...
    kalau jumpa sagu mcm tu teringin juga nak try... tertarik dgn kecantikannya tu...

    ReplyDelete
  6. tergoda , terliurrrrr.lawanya talam zamrud ni kak yatie

    ReplyDelete
  7. ayu nei talam ki mabak ayu..eneng permoto nei...merling2 silo moto ku..alahai..nak cedek keno njaluk nyicipi...

    ReplyDelete
  8. terima kasih Kak Yatie share satu lg resepi talam..pasti akn cuba..tp nk kena cr sagu tu..tak tau ada jual k tidak...mintak2 la ada kan!

    ReplyDelete
  9. salam kak yatie..first time saya tgk talam mcm ni. tergoda jugak ...hehehe

    ReplyDelete
  10. Cantik..buat hantaran pun elok ni

    ReplyDelete
  11. dah tergoda dah...nanti boleh lah cuba ..hehe

    ReplyDelete
  12. Cantiknya Yatie. Saya mmg tak serajin Yatie

    ReplyDelete
  13. cantiknya. Kalau buat utk kenduri mesti mata tertumpu kat kuih ni kan?

    ReplyDelete
  14. salam kak..cantiknya kuih nie..nak try ar..tepung ubi takder..agak2 saya tukar tepung kanji boleh ker??huuhuuu...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails