Wednesday, March 27, 2013

Ayam Goreng Pedas Daun Kari

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Menu ayam goreng yg ringkas tapi sedap sangat. Resepi Kak Ummi mmng mudah sangat, tak perlu guna banyak bahan...tapi rasanya dah buat kita makan bertambah2 nasi dan lauk. Resepi ni sesuai juga utk ikan, lenkali nak cuba ikan pulak...mesti sedap juga. Terima kasih Kak Ummi berkongsi resepi mudah dan sedap ni. Izinkan Yatie kongsikan resepinya kat sini pula ya. Pada kawan2 yg binggung nak masak apa petang ni, bolehlah cuba resepi ni...mmng best.


Bahan:-Bahan.
  • 1/2 ekor ayam - potong sederhana besar
  • 10 tangkai cili padi thai *
  • 2 tangkai cili merah * 
  • 2 tangkai cili hijau*
  • 4 biji bawang merah *
  • 1 labu bawang besar*-Yatie tambah
  • 4 ulas bawang putih *
  • 1 inci halia * (tumbuk kesemua bahan bertanda * )-Yatie kisar kasar je
  • sedikit gula/madu
  • garam secukup rasa
  • 2 sudu besar kicap pekat
  • 3 tangkai daun kari
  • 1 keping asam gelugor-Yatie tambah
  • minyak untuk menggoreng
  • sedikit serbuk kunyit
Cara Memasak:-
  1. Ayam dibersihkan, lumur dengan garam dan serbuk kunyit. Goreng hingga 3/4 masak. Angkat dan ketepikan.
  2. Dalam kuali yang sama, keluarkan minyak dan tinggalkan lebih kurang 1/4 cawan. Tumis bahan-bahan yang ditumbuk tadi hingga garing dan bau wangi.
  3. Masukkan kicap, asam gelugor dan gula secukup rasa (*boleh juga tukar dgn madu).
  4. Kacau sebentar, masukkan daun kari yang telah disisihkan dari pelepahnya.
  5. Akhir sekali masukkan ayam, sedikit garam (jika ayam yg digoreng tadi dah masin, x letak garam pun xpa) dan kacau gaul dalam bahan tadi biar bersalut.
  6. Seimbangkan rasa dan tutup api. Hidangkan dengan nasi putih. SELAMAT MENCUBA...!

10 comments:

  1. kalau masakan begini tentulah sedap! tak syak lagi.. hehe..

    ReplyDelete
  2. Terima kasih sudi cuba ya Yatie..sempoi tp menyelerakan kan...mudah la sangat...hehee. Rasa lapar terus tengok sambal2 tu menyelaputi ayam tu..

    ReplyDelete
  3. Fuh meleleh air liur tengok close up ayam ni, kak!!! Dah lama in todo list...tak terbuat2 lagi. Akak sihat?

    ReplyDelete
  4. salam kak yati..xterlambat lg ni kalu ct mintak nk wk lauk mkn mlm...hehehehe

    ReplyDelete
  5. alahai kak...sedap kita nengok...

    ReplyDelete
  6. anak2 skrg dah pandai mkn pedas.... boleh la cuba nanti....

    ReplyDelete
  7. sedapnya tengok ayam ni yatie... adoyaii.. meleleh gak ni ar..

    ReplyDelete
  8. beshh,beshh...
    ayam goreng pedas,bkn hanya kanak2 riang jer yg suka mak & ayah kanak2 riang pun suka :)

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails