Monday, March 25, 2013

Serimuka Tiga Rasa

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Cuti sekolah ni tak pergi mana2 ke? Rasanya ramai kawan2 terutamanya yg bertugas sebagai guru pulang kekampung utk bersama keluarga tercinta. Bagi saya macam biasalah, walau cuti sekolah, suami kerja macam biasa, cuma tunggu sabtu dan ahad jelah baru boleh jln2. Tak kisahlah kan, asalkan cuti sekolah tu dpt di manfaatkan dngn sebaiknya. Masa ini jugalah kita boleh mendidik anak2 supaya dpt melakukan tugas2 di rumah membantu ayah dan ibu. Semua itu pun amalan mulia kan.

Berbalik pada resepi kali ni, saya ingin kongsikan bersama kuih serimuka tiga rasa yg sangat sedap. Jangan rasa pelik ya, bukan resepi ikan je yg ada 3 rasa, kuih pun ada juga ya. Cuba tngk resepi serimuka kali ini, ada 3 warna dan tentunya ada 3 rasa. Pada peminat kuih2 tradisional yg di modenkan ni, bolehlah mencuba resepi mudah ni. Kuih ni sedap sangat, pulut tu terasa pandan, adunan tengah pula rasa labu yg harum dan lapisan atas pula rasa coklat....mmng yummyyyyyy..
Sekali pandang mcm kuih Talam Sinar Pesona, tapi ada sedikit kelainan dari segi bahan2 dan rasanya. Kalau nak tau rasanya, kenalah cuba...baru tau rasanya..Jom semak resepinya.





Lapisan Bawah:-loyang 10x10x3@2 inci
  • 500 gm beras pulut
  • 200 ml santan pekat
  • 300 ml air
  • 1 sudu kecil garam halus
  • pewarna hijau dan perisa pandan
Cara2nya:-
  1. Basuh beras pulut dan rendamkan pulut sekurang2nya 4 jam bersama pewarna hijau.
  2. Buangkan air rendaman,basuh bersih pulut dan toskan. Ketepikan dulu.
  3. Sapukan sedikit minyak masak di sekeliling loyang dan alaskan plastik dan sapu sedikit minyak lagi.
  4. Masukkan beras pulut yg di toskan tadi ke dlm loyang dan ratakan. 
  5. Dalam bekas lain, satukan santan pekat, air, garam, perisa pandan dan pewarna hijau. Gaul sebati.
  6. Tuangkan adunan santan tadi ke dlm loyang berisi pulut dan gaul rata.
  7. Kukus semua bahan diatas selama 30 minit. Bila pulut dah masak, gaul sebati dan tekan2kan rata. 
** Sementara kukus pulut masak, bolehlah sediakan bahan2 utk lapisan tengah.
 
 Lapisan Tengah

  • 1 cawan labu manis- yg sudah di parut/sagat halus
  • 1 1/2 cawan tepung beras*
  • 2 sudu besar rata tepung jagung*
  • 1 cawan santan pekat*
  • 2 cawan air*
  • 3/4 cawan gula kastor*
  • 1/2 sudu kecil garam*
Cara2nya,
  1. Bancuh semua bahan yg bertanda (*) tapis  dan masak hingga naik wap, Sentiasalah di kacau guna whisk dan guna api sederhana je dlm 5 minit - tutup api.
  2. Masukkan labu yg di parut tadi dan kacau rata. 
  3. Tuangkan adunan ke atas permukaan lapisan bawah/pulut dan kukus selama 20 minit.
**Sementara tunggu adunan lapisan tengah masak, bolehlah sediakan adunan utk lapisan atas.

 Lapisan Atas
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan gula kastor
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 2 biji telor
  • 300 ml air
  • 100 ml santan pekat-santan kara
  • 2 sudu kecil coklat emulco
Cara :
  1. Satukan semua bahan dan tapis ke dlm periuk. 
  2. Masak hingga naik wap dlm 3 minit dan sentiasalah di kacau guna whisk. 
  3. Tuang atas lapisan tengah dan kukus selama 25 minit. Kelar2kan sikit permukaan lapisan tengah sblm tuang adunan atas. Pastikan tiada air di permukaannya. Sekiranya ada lapkan guna kitchen towel.
  4. Biarkan kuih betul2 sejuk barulah dipotong guna pisau plastik.

12 comments:

  1. sedapnyaaa....sy tak pandai buat la :(

    ReplyDelete
  2. sedap nya..terliuq mama tengok...mana nak dapat macam ni...

    ReplyDelete
  3. cantik dan kemas airtangan yatie...nak sikit hehe

    ReplyDelete
  4. sya selalu gagal bab permukaan atas kuih nie - jd mengerutu
    mcm2 dah buat, tutup penutup periuk dll
    boleh bag tip tak??

    ReplyDelete
  5. Mesti sedap kan ada tiga rasanya..nyam :-)

    ReplyDelete
  6. suker betul tengok serimuka ni..nanti nak cuba la jgk..thanks K.Yatie coz kongsi resepi ni...menyelerakan betul..

    ReplyDelete
  7. aduh3.... sudah terpikat dgn serimuka tiga rasa yg yatie ilhamkan ni.. memang sangat2 kreatif... yatie dah boleh buat buku resepi kuih talam moden... dah byk resepi yg sedap2 yg yatie ilhamkan... tahniah yatie...

    utk resepi ni akak ambil dulu ye.. mana tau ada kerajinan bolehla mencuba... terima kasih byk2..

    ReplyDelete
  8. Assalam yatie, suka betul akk tgk kuih muih yatie ni, sangat cantik lapiosan, dan sudah semestinya sedap.

    ReplyDelete
  9. kak,unik serimuka ni...enak kelihatannya..

    ReplyDelete
  10. salam...jemput singgah blog saya http://nurulhafizahhairi.blogspot.com/ :)

    ReplyDelete
  11. nampak cantik dan menarik kuih serimuka ni...mohon share resepi

    ReplyDelete
  12. Dah cuba kuih ni..cntik dan sdap sngt...memang brbaloi..tq

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails