Bahan-bahan
- 1 3/4 cawan tepung gandum
- 2/3 cawan gula halus
- 1 sudu teh serbuk penaik
- 1 sudu teh soda bikarbonat
- 1/2 sudu teh garam
- 1 biji telur- Yatie guna 2 biji
- 1/2 cawan minyak masak
- 1/2 cawan yogurt plain
- 1 sudu teh esen vanilla
- 1 cawan pisang lenyek
- 3/4 cawan chip coklat - Yatie ganti dngn 1/2 cawan choc rice
- Di dalam mangkuk yang besar, ayakkan tepung, serbuk penaik, soda bikarbonat dan garam. Masukkan gula dan kacau menggunakan whisk.
- Di dalam mangkuk yang lain, satukan telur, minyak masak, yogurt plain dan esen vanilla.
- Tuangkan bancuhan telur ke dalam bahan kering dan gaulkan sekejap sahaja
- menggunakan whisk. Bancuhan akan kelihatan berketul-ketul.
- Masukkan pisang lenyek dan chip coklat. Kacau sebentar sahaja.
- Sudukan ke dalam acuan muffin yang telah dialas dengan cawan kertas.
- Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 170 C selama 15 hingga 20 minit atau sehingga masak.
Sedap ni kak yatie...nanti nk cuba jugakla..
ReplyDeletecantik nampak muffin pisang ni...mesti sedap..
ReplyDeletelama dah tak buat muffin pisang.. bila nak memuffin ni.. bagi saya rasa 3 ketul kak sambil berpikir ni
ReplyDeletelagi satu godaan haha..nak try nnt..berderet dah resepi ni..
ReplyDeletedah lama tak makan muffin pisang... nak buat entah bila yerk.. gi jer KR
ReplyDeleteAssalam Yatie manisss cayangg...mood dah ok ke blm tu... Xpa pi baking banyak2...terapi minda gitu... Pastu mintak kat akak 4 5 ketuii muffin pisang tu eh...muaahsss... ^__^
ReplyDeleteKak!! Sedap tu kak.. ;D
ReplyDeletesodapnye nmpak muffin pisang ni kak yatie..ade ceklat lg mmg peberet sgt :)
ReplyDelete