Tuesday, January 31, 2012

Kuih Getas-Getas

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Sebenarnya kuih getas2 ni saya buat petang semalam atas permintaan suami. Mula2 tu terperanjat gak sbb suami kata teringin sangat nak makan kuih yg liat2 sikit, pastu ada kelapa dan di sira gula. Dalam hati ni dok fikir kuih apalah agaknya. Suami kata kuih tu senang je, bahan2 pun taklah banyak sangat....Puas saya meneka dan akhirnyaaaa inilah kuih lama yg sentiasa segar di ingatan suami tercinta. Bila dah tau tu, saya pun carilah resepi kuih getas2 ni sbb dah lama sangat tak buat. Hari tu nampak Kak CT buat kuih ni, dan kali ni saya cuba resepi Teratai Desa@myresipi. Tak sangka pulak anak2 pun suka sangat kuih ni...lebih2 lagi Seri dan Dina. Kalau kuih tak kaler ijau mmng Hamka takmo makanlah...dia kata kuih ni lekitlah..hai macam2 Hamka ni. Suami saya apalagi..tersenyum je makan kuih idamannya ni..mmng sedaplah sesekali layan kuih mcm ni. Terima kasih pada penyumbang resepi, jom semak resepinya. Kalau keluarga kecik tu, buatlah separuh adunan ya.


Bahan-bahan ( 25 keping, Yatie dpt banyak sbb buat kecik2 sikit)
  • 1 peket Tepung Pulut (500 gm)
  • 1 biji Kelapa Parut (guna yg putih & muda)
  • Sedikit garam
  • 2 cawan air- tuang sikit2 ya sampai jadi doh yg di kehendaki
  • Minyak secukupnya utk mengoreng kuih
Bahan-bahan untuk Sira Gula :
  • 1/2 cawan Air
  • 3/4 cawan Gula
Cara-cara
  1. Satukan Tepung pulut dan kelapa parut.
  2. Campurkan air dengan garam
  3. Masukan campuran air garam ke dalam mangkuk tepung dan kelapa tadi
  4. Uli sehingga sebati dan menjadi doh, jgn lembik sangat/ keras sangat.
  5. Ambil sedikit doh, gentel memanjang dan leperkan.
  6. Goreng dengan api yang sederhana.
**Cara untuk buat sira gula,
  1. Campurkan Air dan gula di dalam kuali, masak hingga pekat, berbuih dan bertali baru masukkan kuih tadi dan gaul rata.
  2. Matikan api dan biarkan kuih tadi kering sedikit dan siap untuk dihidang.

18 comments:

  1. sedap kan kuih ni.. liat-liat sikit.. manis dan ada kelapa.. tapi mabeles!! lame mak tak buat.. ni dah ada resepi.. leh la nak cube..

    ReplyDelete
  2. Never had this kuih before rasanya...nak rasa boleh kak??? :)))

    ReplyDelete
  3. As'salam yatie amboi rajinnya buat kuih getas ni..abh ila suka mkn kuih ni...kalau dia tahu pasti suruh buat..tp kita x pernah buat lg...nnt ada masa leh cuba

    ReplyDelete
  4. As'salam Yatie

    kuih fav Hubby k.ct juga ni. macam tulah Yatie, bila dah ada permintaan baru kita nak buatkan. k.ct pun kalau kuih getas getas ni 4 keping sekali ngadap pun tak cukup..hehehe. sedapkan tak jemu makan kuih lama2 ni :)

    ReplyDelete
  5. nampak menarik..rase pernah mkn tapi tak pernah tau namanya sebelum ni..

    ReplyDelete
  6. assalam yatie..terima kasih resipi ni..dulu acik pernah buat..tak guna resepi..main campur2 je..meletup2 masa digoreng.

    ReplyDelete
  7. kak yatie..sukanya tgk kuih ni, dpt mkn lagiii suka..
    pestaim tgk & mkn kuih ni masa dok kat Pontian dulu kak, hari2 beli..hehe..

    ReplyDelete
  8. dulu masa kecik, mama kita buat kueh. kita slalu tolong dia buat kueh ni. paling tak tahan masa cairkan gula dan kacau sampai pekat. wahhh .. meletop2.

    ReplyDelete
  9. kuih ni bersira mcm kuih keria ke kak? tak dapat nak bayangla. melekit ke atau gula tu keras ek.. memang tak pernah lagi rasa kuih ni. simple je nak membuatnya kan

    ReplyDelete
  10. waaa... kuih fav mak gee nih... liat2 tp manis...sedap kannnn

    ReplyDelete
  11. sedapnyer!!! tun suka makan! kalau kt kampung biasa la jumpa nih. selama ni xtau nama apa. hehe.. getas2 rupanya..

    ReplyDelete
  12. mas tak pernah makan lagi kuih ni..
    boleh try la nanti..
    sedapp jerk nampaknya..

    ReplyDelete
  13. kuih favourite saya, tapi tau makan je.. org jawa kg saya (Selangor) panggil "kemplang" :D

    ReplyDelete
  14. ank2 pangil kuih org tua .. hihihi.. fav saya jugak ni yatie.. lebih2 lagi klau kelapa tu dpt yg muda.. mmg best kan...

    ReplyDelete
  15. ingat2 lupe rasa kuih getas2 nih.. err.. err.. camane yer.. ppnh mkn rasanya tp lama dulu kot..masa kicik2.. mehla tuko ngan bahulu kak..eheh..nk rasa gak..:)

    ReplyDelete
  16. Assallamualaikum kak Yatie..
    Best kuih ni.. Dia ragup kan. Kalau di sini kuih getas2 ni panjang2 sebesar jari kelengking.. Eh betul ke kuih yg sama Naz maksudkan ni eh???

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails