Thursday, January 19, 2012

Ayam Kashmir

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Pagi ni nak tayang lauk Ayam Kashmir pula. Sebenarnya ni lauk semalam, baru pagi ni sempat nak kongsikan resepinya kat sini. Resepi Ayam Kashmir ni saya kopipes dari Dayang Jack, mmng sedap sangat dan tak rugi mencubanya. Kali ni saya buat versi berkuah sikit. Kalau kawan2 nak kuah pekat bolehlah lihat di rumah K.Nor dan Kak Anymz. Terima kasih pada penyumbang resepi dan izinkan saya kongsikan resepinya kat sini pula ya. Bila petang tu, bolehlah buat roti jala..tu pun kalau rajinlah..kalau malas buat je lempeng pekak dan cicah dngn kuah ayam kashmir ni....fuhhh mmng best.


Bahan-Bahan :
  • 1/2 kg ayam (dipotong ikut suka dan digoreng 1/2 masak jika suka)
Bahan A :
  • 6 biji bawang merah (dihiris)
  • 1/2 labu bawang besar (dihiris)
  • 3 bawang putih (dihiris)
  • 1 inci halia (dihiris)
  • 1 batang serai (diketuk)
  • rempah 4 sekawan
  • sedikit daun kari
Bahan B :
  • 3 sb puri tomato
  • 1 sb serbuk cili
  • 2 sb rempah beriyani
  • 2 sb rempah kari daging
  • 4 biji tomato (dipotong kecil)
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak masak secukupnya
  • 2 biji ubi kentang (dipotong)
  • A ir secukupnya
Cara-Cara :
  1. Panaskan minyak dan tumis semua bahan A hingga terbit bau. Satukan serbuk rempah, puri tomato dan serbuk cili di dlm mangkuk dan bancuhkan dengan sedikit air. Kemudian masukkan ke dalam bahan A tadi dan tumis lagi hingga pecah minyak.
  2. Masukkan ayam, ubi kentang dan air secukupnya. Gaulkan. Biarkan ia masak.
  3. Masukkan tomato, garam dan gula secukupnya.
  4. Hidangkan setelah masak.

13 comments:

  1. kak yatie....
    ayam kashmir ni memang bestkan...
    family mas pun suka...
    colek ngan roti pun sedappp tau..

    ReplyDelete
  2. salam..
    bolehlah cuba untuk tenggahari ni..

    ReplyDelete
  3. As'salam Yatie

    Dah sampai Kasmir ker.. k.ct baru nak packing baju ni Yatie..hehehe. Pernah masak sekali makan dengan nasi hujan panas. memang sedap tak dinafikan pastu k.ct tambah buat acar mentah jer. laju makan tak ingat..hehehe

    ReplyDelete
  4. memang sedappp// saya pun dah try. tapi dah lama dulu la. cica ngan roti pun best

    ReplyDelete
  5. wah sedap, dulu pernah try tapi sebab ada org tak berapa suka masakan berempah kat rumah, jadi sekali tu jelah masak nya =)

    ReplyDelete
  6. Yatie, Shahrukh Khan mesti suka makan ayam ni kot...heeee

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum akak yatie..
    ayam nie mmg sedaaap.. semua ahli keluarga diana mmg suka sgt makan ayam kashmir nie.. jangan kata org kat rumah nie jer suka makan.. tp adik beradik diana pun suka.. sedaap!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalam kak,sy dah byk ari nakkomen,baru taip bape perkataan,adeii dah ilang,rupanya kena klick tag reply,adeiii,nih baru tau kak,hehe..kashmir nih sy wat versi daging ritu,pastu ptg2 cicah ngan roti jala lak,ermm mmgsedap sungguh..

      Delete
  8. salam kak yetie...bestnya ayam kashmir, tp lagi best kalau akak dpt pos kat liza sikit....hihihihihi

    ReplyDelete
  9. ada lg tak? kalau ada tapau ek.. takyah akak masak lauk arini, masak nasi jer dah cukup kan :)

    ReplyDelete
  10. salam kak..sedap nmpak ayam kashmir ni..ramai da wat ye..sy je lom terlaksana nk mencuba :)

    ReplyDelete
  11. asslam yatie,
    waduh dah ramai yg mencuba lauk ayam ni ya..
    kita juga masih belum lagi kan..hehe
    nak kena beli tiket dulu lah ya..baru dapat merasa ayam kashmir ni..

    ReplyDelete
  12. lauk tak de santan barulah berkhasiat

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails