Saturday, January 28, 2012

Ikan Goreng Berempah

Assalamualaikum dan bertemu kembali. Ok, kali ni nak kongsi resepi ikan goreng berempah yg saya masak tengahari tadi. Kalau nak cepat, biasanya letak kunyit dan garam terus goreng. Kali ni nak kelainan sikit cubalah resepi dari Dayang Jack ni. Tak rugi mencubanya, mmng sedap dan harum je bila di goreng ikan ni. Betambah sedap bila makan yg baru goreng tu...fuhhhh best tul. Jom kita semak resepinya..tq DJ.


Bahan-Bahan :
  • 4 ekor ikan kerisi sederhana (dibersihkan)
  • 3 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 1 inci halia (ditumbuk)
  • 1 sudu makan serbuk kari ikan
  • 1 sudu makan serbuk kunyit
  • 1/2 sudu makan cili serbuk
  • garam secukup rasa
  • 1 tangkai daun kari
Cara-cara :
Gaulkan bahan-bahan di atas hingga sebati dan perap selama 30 minit. Kemudian gorenglah hingga keemasan atau hingga masak. Angkat dan toskan. Hidangkan bersama nasi putih.


7 comments:

  1. kelmarin saya buat ikan goreng berempah jugak. tapi resepi dari belog kak hana. sedap gak. tapi beza ni sebab ada serbuk cilikan. lagi sedap tu.

    ReplyDelete
  2. nasi putih dgn ikan berempah pun nak cukup sedap nie.

    ReplyDelete
  3. lain kali nk rajin2 mcm yatie ni.. klau saya lumur kunyit dgn garam jer.. lagi sedap klau berempah camni..

    ReplyDelete
  4. menu ni mmg ade dlm list utk dicuba...yummmm2...

    ReplyDelete
  5. resepi baru kat shidah ni...dah lama x jenguk cni....mcm2 ade

    ReplyDelete
  6. salam kak yatie..ikan goreng berempah ni makan gitu je memang dah bes..rangup tulang2 tepi tu mmg suke sangat:)

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails