Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Lama tak buat muffin dan cupcakes. Kebetulan pagi tadi ada jamuan akhir tahun kelas Hamka, jadi saya buatkan muffin yg sangat sedap ni. Lagipun dah lama tak makan muffin ni, terasa sedap sangat....lagi2 yg baru masak tu, sedap betul dngn haruman cinnamon powder dan rasa ketulan epal bila di kunyah muffin tu. Bahan crumble tu pun sedap garing2. Rasanya utk jamuan sklh anak2, mmng sesuai buat muffin mcm ni, nak makan pun senang. Resepi kali ni saya copy&paste dari SINI, dan kwn2 boleh juga lihat resepi lebih kurang sama dan cara2nya di SINI. Selamat Mencuba...
Bahan-Bahan- dapat dlm 25 biji muffin- 2 cwn tepung gandum*
- 1 sudu kecil baking powder*
- 1/2 sudu kecil baking soda*
- 1/2 sudu kecil garam* (saya letak secubit je)bhn bertanda* diayak bersama
- 1 cawan gula halus
- 1/2 cwn butter
- 2 biji telur
- 1 sudu kecil esen vanilla
- 1 1/2 cawan epal yg di dadu kecil (dlm 2 biji)
- 1/3 cawan gula perang( Dark Brown Sugar)
- 2 sudu besar tepung gandum
- 1/8 sudu teh serbuk kayu manis
- 1 sudu besar mentega
- Panaskan oven pada suhu 200C, sediakan muffin cup jenis keras atau alas muffin pan dengan paper cup secukupnya. Satukan bahan2 untuk "crumble", gaul rata dengan hujung jari sehingga menjadi teksture seakan2 serbuk roti yang kasar. Ketepikan.
- Dalam mangkuk, satukan tepung gandum, b. powder, b.soda dan garam yg telah di ayak. Ketepikan.
- Dalam bekas lain, pukul mentega dan gula hingga rata. Masukkan telur dan pukul lagi hingga sebati. Masukkan esen vanilla dan kacau sebati. Masukkan epal dan gaul rata guna senduk kayu/spatula.
- Masukkan tepung tadi ke dalam adunan mentega sedikit demi sedikit dan gaul rata, kacau satu arah sahaja. Sudukan ke dalam bekas2 yang telah disiapkan tadi 3/4 penuh.
- Tabur dengan crumble tadi diatas setiap muffin tadi, tekan2 sikit. Bakar 25 minit atau hingga masak. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya.
**Epal tu buang kulitnya, buang empulur tengah dan potong dadu kecil. Boleh guna epal hijau atau epal merah. Saya guna epal Gala sbb rasanya masam manis.
salam kenal kak yati..yan ambik resepi nya...
ReplyDeleteiryantyahamad.blogspot.com