Monday, July 14, 2014

Agar-Agar Laici Yeo's Susu.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Bila datangnya bulan Ramadhan, mesti ibu2 semua sibuk menyediakan juadah istimewa utk berbuka puasa. Biasanya ibu2 sedaya upaya menyediakan sendiri juadah berbuka utk keluarga tersayang. Ini termasuklah saya yg lebih suka menyediakan juadah bersahur dan berbuka sendiri. Banyak permintaan ank2 yg kdng2 kita tak dpt penuhi jua, ini di sebabkan masa yg suntuk terutama bagi ibu2 yg bekerja. Kadang2 tu balik rumah je dah tinggal 1 jam je masa sebelum berbuka. Bagi yg tak bekerja tu, tentulah bnyk masa sikit kan.

Ok, bagi ibu2 yg bekerja dan ingin menyediakan juadah berbuka terutama pemanis mulut atau dessert bolehlah cuba resepi agar-agar laici Yeo's lapis susu yg sngt mudah dan sedap ni. Bahan2 dan cara penyediaannya begitu mudah sekali. Saya cuma menggunakan produk minuman laici Yeo's sebagai bhn utama dan sebagai penambah perisa. Selain tu saya campurkan agar2 serbuk, gula, air dan susu cair.

Minuman laici Yeo's ini bukan sahaja sebagai minuman penyejuk tekak, ianya juga boleh di pelbagaikan sebagai pemanis mulut. Agar2 laici Yeo's ini lebih sedap di makan sejuk. Sempena bulan Ramadhan yg mulia ni, minuman laici Yeo's menjadi pilihan kami seisi keluarga utk berbuka. Aidilfitri bakal menjelang tiba, minuman laici Yeo's ini harus ada di setiap rumah anda semua. Selain minuman laici Yeo's ni sedap, ianya segar tanpa bahan pengawet. Mari kita lihat resepi agar2 laici Yeo's lapis susu yg mudah ni.




Bahan A
  • 10 gm serbuk agar2
  • 100 ml air
  • 1/4 cawan gula pasir
  • 750 ml minuman laici Yeo's
  • 1 tin buah laici-toskan airnya dan siat2kan kecil buahnya
  • sedikit pewarna hijau
Bahan B
  • 200 ml susu cair
  • 250 ml minuman laici Yeo's
Cara- Caranya.
  1. Masukkan 100ml air ke dlm periuk bersama serbuk agar2 dan gula. Masak guna api sederhana.
  2. Masukkan 750ml minuman laici Yeo's dan sentiasalah di kacau.Masak hingga mendidih.
  3. Setelah siap, bahagikan pd 2 bahagian.
  4. Satu bahagian di masukkan 200ml susu cair, gaulkan sebati dan tuangkan dlm loyang ataupun acuan2 kecil. Tuangkan separuh je setiap acuan.Biarkan sejuk dan membeku sebentar.Tak perlu keras sngt.
  5. Bila dah membeku sikit, kelar2kan sikit permukaannya dan letakkan buah laici yg di siat2 kecil.
  6. Sementara itu masukkan satu bahagian lagi adunan agar2 tadi bersama 250ml minuman laici Yeo's dan tambahkan sedikit pewarna hijau. Panaskan sebentar di api sederhana dan tuangkan di atas permukaan adunan susu tadi.
  7. Biarkan sejuk dan mengeras agar2 tadi dan simpan dlm petiais.
  8. Bila nak hidangkan, gunakan lidi pencucuk utk mengeluarkan agar2 dari acuan. Sedap di makan sejuk.

1 comment:

Related Posts with Thumbnails