Thursday, July 3, 2014

Kaswi Gandum- K.Liza

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Kuih kaswi gandum yg kerap saya buat. Biasanya kalau nak makan kuih, tapi malas nak buat....kuih kaswi nilah sebagai penyelamat. Selain ianya mudah, rasanya sungguh sedap. Banyak resepi kaswi yg telah saya buat dan cuba, resepi K.Liza inilah yg terbaik pd saya. Pada peminat kuih2 lama mcm ni,bolehlah cuba...boleh juga lihat di SINI.


Bahan Sirap :
  • 5 cawan air
  • 1 cawan gula merah
  • 1 cawan gula pasir
  • 2 helai daun pandan-simpulkan
  1. Masakkan semua dan sejukkan. Buangkan daun pandan tu.Ketepikan dulu.
Bahan lain :
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan tepung kanji/ubi/jagung
  • 1 sudu kecil kapur kuih
  • Kelapa parut ( yang muda)
  • Sedikit garam
Cara :
  1. Panaskan kukusan.
  2. Ratakan sedikit minyak dalam loyang yang nak digunakan. ( Lapikkan plastik saiz loyang )
  3. Bancuh semua bahan dan tapiskan. Tuangkan dalam loyang.
  4. Masakkan sehingga masak ( 30 minit )
  5. Tunggu sehingga sejuk baru boleh potong dengan pisau plastik.
  6. Kelapa muda digaulkan dngn sedikit garam.
  7. Lumurkan kuih yang dipotong bersama dengan kelapa tadi.

2 comments:

  1. sedapnya..favourite saya ni..

    ReplyDelete
  2. as salam yatie, sedang teringin kaswi ni dpt minta sepotong pun jadi lah hehehee

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails