Wednesday, July 23, 2014

Puding Cendol Soya Yeo's Gula Melaka

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Bertemu kita di bulan Ramadan yg mulia ini. Kali ni saya nak kongsikan resepi puding yg menggunakan minuman soya Yeo's. Produk soya Yeo's ni bukan sekadar buat minuman je, tapi kita boleh pelbagaikan dngn membuat agar2, puding ataupun kek. Nampak mcm susah je kan. Sebenarnya mudah je, kita yg buat dia...maka jadilah pelbagai resepi dari soya Yeo's ni. Puding cendol soya Yeo's ni sedap di makan sejuk bersama sirap gula melaka. Rasanya seakan2 kita  minum cendol pula. Pada kwn2 yg teringin nak merasa tu, bolehlah cuba. Minuman soya Yeo's ni harus sentiasa ada di setiap rumah. Saya mmng suka minuman soya Yeo's ni dari dulu lagi. Kedatangan Aidilfitri yg bakal menjelma tak lama lagi, mari kita sama2 serikan aidilfitri dngn minuman soya Yeo's utk tetamu yg datang. Jom kita tngk resepi puding yg sedap ni. Selamat mencuba...




Bahan A

  • 10 gm serbuk agar2
  • 1 cawan air
  • 1/4 cawan gula pasir
  • 1/2 cawan susu cair
  • 4 cawan air soya Yeo's- (1 liter)
  • 2 sudu besar tepung kastad-(bancuh dngn air soya dulu)
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 250 gm cendol-toskan airnya
Cara-Caranya

1. Masukkan 1 cawan air, gula dan serbuk agar2 dlm periuk Masak guna api sederhana hingga mendidih.
2. Masukkan susu cair, minuman soya Yeo's dan esen vanilla.Masak hingga mendidih dan kacau sentiasa.
3. Bila dah siap, tutup api dan ketepikan dulu. Sementara tu masukkan cendol dlm acuan.
4. Tuangkan adunan puding dlm bekas yg berisi cendol tadi.
5. Biarkan sejuk dan mengeras. Masukkan dlm petiais.
6. Hidangkan bersama sirap gula melaka. Sedap di makan sejuk.

Bahan Sirap Gula Melaka
  • 250gm gula melaka
  • 1/4 cwn gula pasir
  • 500ml air
  • 2 helai daun pandan-simpulkan
Cara penyediaannya.

  1. Racik gula melaka halus2.Masukkan semua bahan dlm periuk dan masak hingga gula larut.
  2. Biarkan sejuk dan sedap di makan bersama puding cendol soya Yeo's gula melaka.


7 comments:

  1. mmg nampak sedap...nak2 makan sejuk...

    ReplyDelete
  2. Salam Aidil Fitri Kak Yatie. Maaf zahir & batin.

    ReplyDelete
  3. salam lebaran buat kak yati..
    enak2 kak...sy pernah buat tp guna soya tawar...

    ReplyDelete
  4. asyik2 makan cendol sajer.seronok juga kalau bole makan pudding cendol pula untuk kelainan yer..:-)

    ReplyDelete
  5. ni air soya favourite saya jugak ni..kalau dapat minum sejuk2 masa musim panas..hmm, terbaik..:)

    Tq sis for sharing..slalu tahu soya ni utk minum je..hari ni baru tau boleh buat puding jugak rupanya..

    ReplyDelete
  6. Waktu cuaca tengah panas macam ni memang best pekena puding cendol ni

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails