Saturday, September 21, 2013

Kek Kukus Marble

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Sejak2 ni terasa malas betul nak n3 resepi di blog. Bila dah cuti lama sangat, mmng inilah jadinya. Rasa bersalah pula pd pengunjung2 blog Sinar Kehidupanku. Bila singgah blog ni, asyik menu yg sama je...takde n3 baru. Tak kisahlah kan, asalkan ada juga curi2 masa nak kongsikan resepi ataupun idea masak buat pengunjung setia blog ni. Terima kasih saya ucapkan pd kwn2 semua sbb masih sudi singgah. Kalian semualah pemangkin semangat buat saya terus berkongsi sesuatu yg bermanfaat di blog ni.

Kek ni pun saya buat minggu lepas. Setiap hari masak mcm biasa,tapi bab nak update tu yg kdng2 takde mood di sebabkan terlalu sibuk dngn tugas harian. Bila free mcm ni barulah saya kongsikan resepi2 yg sedia ada. Sebelum ni dah pernah buat kek ni, dan ramai kwn2 yg telah mencubanya. Kebanyakkannya kata sedap sangat. Terima kasih juga pd Chef Norzailina sbb berkongsi resepi yg mudah dan sedap ni. Resepi asal di beri nama Kek Kukus Pelangi, tapi kali ni saya buat 3 warna je..jadi saya pun tukarlah pd kek kukus marble je. Terpulanglah pd kwn2 ya nak letak perisa apa, yg penting kek ni mmng sedap dan moist sangat2. Pd yg belum mencuba tu, bolehlah cuba...mmng sedap.





Bahan-Bahan (Loyang 7x7x3)

  • 1 cawan mentega
  • ¾ cawan gula kastor
  • 3 biji telur
  • ¼ cawan susu pekat
  • ¼ cawan serikaya
  • 1½ cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil serbuk penaik
  • 1 sudu kecil vanila
  • Sedikit pewarna merah jambu, hijau atau pewarna kegemaran
Cara membuat
  1. Pukul mentega dan gula hingga kembang. Masukkan telur satu persatu dan pukul sebati.
  2. Masukkan susu pekat, serikaya dan vanila. Kacau rata dan bubuh tepung gandum bercampur serbuk penaik.
  3. Bila sebati, bahagikan kepada 3 bahagian dan letak pewarna/perisa setiap adunan.
  4. Sudukan selang seli ke dalam loyang yang sudah dilengser dengan marjerin dan alas dasarnya dengan kertas kalis minyak. Tutup dngn aluminium foil dan kukus selama 1 jam atau hingga masak.
* Untuk kek lebih lembut, tambah 2-3 sudu besar susu segar/cair. Jika bahagi ke dlm mangkuk2 kecil, masa mengukus lebih pendek.

16 comments:

  1. Sy pun dh cuba..memang sedap la kak

    ReplyDelete
  2. senang nak follow. sukatan cawan. tq for sharing :)

    Jom Exchange Blog List @ buatwanita.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. salam kak..

    cantik la kaler kek tu..sedap ni minum petang sambil makan kek..

    ReplyDelete
  4. Sedapnye...camana nak makan kalau tak resipe pun tak tau buat...beli kat kedai pun tak tentu ada...

    ReplyDelete
  5. Akak serikaya to apa

    ReplyDelete
  6. Mama miaaaaa nanti nak try....barakallah for sharing

    ReplyDelete
  7. Serikaya tu kaya yg buat makan roti tu.

    ReplyDelete
  8. Kalau tak letak serikaya tu okay tak? And mentega dengan margerine tu sama je kan *budakbarunakbelajar

    ReplyDelete
  9. serbuk penaik tu baking powder ke soda bikabonat..ter keliru antara dua ni..

    ReplyDelete
  10. TQ kak sharing resepi yang sangat simple ni...nnti weekend nak cuba :) memng suka resepi kukus2 ni...hehe... Banyak follow resepi akak..TQ yer...

    Jika sudi singgah ke blog saya
    http://ummirdinacong.blogspot.com/
    TQ

    ReplyDelete
  11. Sangat helpful kak..dah lama cari resepi bt kek marble kukus.. yg ni mmg kena pada masa.. tq kak

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails