Wednesday, September 18, 2013

Selamat Kembali ke UK anaknda Mohamad Talhah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Semalam 17.9.03 merupakan hari yg sedih bagi kami sekeluarga kerana terpaksa berpisah sementara waktu lagi dngn anaknda M.Talhah. Terasa sekejap je masa berlalu. 15.6.03 anakanda Talhah pulang ke Msia dan bercuti..3 bln berlalu pergi.Walaupun sedih, kami redha dngn kehendak yg Maha Esa. Setiap kejayaan perlukan pengorbanan. Itulah yg harus kami sekeluarga lakukan demi anaknda Talhah mengejar impiannya. Sebagai ibu,hanyalah mendoakan kesejahteran dan keselamatannya di perantauan. Moga anakanda Talhah terus bersemangat di tempat orng dan berazam supaya menjanjikan kejayaan dunia dan akhirat. Jaga diri dan kesihatan ya. Gambar2 ni kami kongsikan bersama kwn2 sebagai kenang2an...Salam Manis dari kami sekeluarga.














16 comments:

  1. Nanti boleh gi melawat anak kat sana

    ReplyDelete
  2. Moga dipermudahkan semuanya....alaaa..sedey pulak tgk gambar Talhah makan...huhu....

    ReplyDelete
  3. Naper bila tengok turutan gambar ni..saya plak yang nangis...huhuhu

    ReplyDelete
  4. Allah.. sedihnyaaaaaaaaaa... semoga masa berputar dengan laju dan Talhah kembali ke pangkuan keluarga dengan segera...

    ReplyDelete
  5. Seronoknya dpt belaja ke negara org :-)

    ReplyDelete
  6. tengok gambar pun sama mengalirkan air mata

    ReplyDelete
  7. sedihnya berpisah...perjalanan sy jauh lagi..anak2 masih kecik & ada depan mata...dah besar jauh pulak drp pandangan mata. inilah rialiti kehidupan. sy selalu ingat kak long sy pesan...masa kecik ragam lain dah besar lagi lain. Semoga dlm lindungan Allah semuanya.

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum Yatie cayang...masih sayu lg ke...sabar byk2 naa...sekejap jer rasa tu insyAllah dipermudahkan Yatie menjalani kehidupan spt biasa selepas ini. Hendaknya semakin jauh, semakin rapat hubungan jiwa dan kukuh kasih sayang kalian anak beranak. Sedih pulak akak tengok gambar Talhah bersalam nak check-in dah tu...Semoga dia pulang membawa kejayaan yang diharapkan..Ameen.

    ReplyDelete
  9. Salam...Demi kejayaan anak perasaan seorang ibu tetap sedih walau redha dengan ketentuan.

    Begitulah yang terjadi pada anak kak Zai merantau ke Uk akhirnya berkeluarga dan menetap disana.

    ReplyDelete
  10. setiap kejayaan perlukan pengorbanan semoga berjaya...

    ReplyDelete
  11. Slm k.yatie. Sy pun menitiskn air mata tengok gambar akak & talhah.

    ReplyDelete
  12. Salam Yatie....semoga Yatie sekeluarga tabah menghadapinya..
    Jangan bersedih...Talha yang pergi tetap kembali dengan kejayaan, hanya masa
    menentukannya...
    Semoga Rahmat ALLAH mengiringginya.....Aminnn

    ReplyDelete
  13. Insyaallah,yg baik2 saja mengiringi dak Talhah.salah satu cabang jihad jugak tu...besar pahalanya (^_^)

    ReplyDelete
  14. Alahai....tengok foto2 ni je dah buat kita mnitis airmata...ini kan pula tuan punya bdn....

    ReplyDelete
  15. Salam perkenalan kak, sebak dada, menitis airmata tengok gmbr2ni.walaupun ank2 saya masih kecil tp naluri keibuan saya merasakan seolah2 saya berada ditempat akk...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails