Monday, September 23, 2013

Ayam Dan Kentang Goreng Berempah

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ni saya masak ringkas je tapi sedap sangat. Saya mmng suka masak yg ringkas2 je sbb nak cepat. Bila anak2 sekolah ni, semua kerja kena buat cepat, maklumlah nak masak, kemas rumah segala, pastu hantar dan ambil anak2 sekolah lagi....semuanya kena buat sendiri. Bila suami takde kat rumah lagilah ntah berapa trip ulang alik ke sekolah. Bila suami ada tu, kuranglah sikit tugas saya. Apa pun saya suka dngn kerja saya...ni pun bila anak kecil2 lagi dan perlukan perhatian kita, bila dah dewasa dan berkerja nnti, takdelah yg nak di hantar dan ambil..masa tu terasa sunyi pula...jadi hargai setiap hari2 yg di lalui dngn penuh kesyukuran....Alhamdulillah.

Resepi mudah dan sedap ni adalah dari Kak Liza. Saya mmng suka guna resepi2 K.Liza ni, selain ianya mudah hasilnya tetap tak mengecewakan. Terima kasih kak, moga bertambah2 murah rezeki akak sekeluarga. Pada kwn2 yg nak merasa tu, boleh cuba resepi ayam goreng berempah ni...mmng sedap sangat. Jom semak resepinya.




Bahan A:
  • 1 ekor ayam -potong kecil
  • 3 biji kentang-kupas dan belah 4 setiap biji- Yatie tambah
  • 2 biji tomato - belah 4
  • 2 tangkai cili merah - hiris kasar
  • 1 labu bawang besar -hiris kasar
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 1 cwn air
  • daun bawang /daun sup- potong pendek
  • minyak utk menumis
  • garam dan sedikit gula
Bahan B - Kisar Halus
  • 1 inci halia
  • 3 batang serai
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 ulas bawang merah
  • 1 labu bwng besar
  • 3 sudu besar rempah kari ayam
  • 1 sudu kecil lada hitam
Cara-Cara.
  1. Ayam dan kentang diperap dengan bahan2 yg di kisar selama 1jam.
  2. Panaskan minyak dan tumiskan ayam dan bahan perapan.
  3. Masukkan sedikit air dan sos tomato. Biarkan sampai mendidih dan agak pekat.
  4. Masukkan bawang besar, tomato buah dan cili. kacau rata.
  5. Masukkan daun bawang dan hidangkan.

8 comments:

  1. Salam kak yatie :) Nampak sedap ayam tu..makan dengan roti pun sedap ni :)

    ReplyDelete
  2. Sedapnya mkn ngan nasik panas kak

    ReplyDelete
  3. kak yatie...
    mengancamnya...nk try gak la...TQ kak

    ReplyDelete
  4. salam ..mmg menyelerakan...nampak pun dah tau...yumyum

    ReplyDelete
  5. Salam akak..kentang tu akak goreng sekali ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. wkmsalam,
      iye Siti, kentang dan ayam tu perap bersama dan masak terus..

      Delete
  6. Hi Ms Yatie, first, I tried some of your biscuits. It turn out really good. So I tried this recipe. And really tasty. I tried this with nasi minyak. My dad asked me to cook one more time. I'm going to try out more recipes from you. Thanks Ms. Yatie. You are doing a great job!

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails