Thursday, May 16, 2013

Bingka Permata Kacang Merah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ni nak kongsikan resepi Bingka Kacang Merah yg sangat sedap. Sebelum ni buat guna resepi diSINI, kali ni olah resepinya dan guna kacang merah mcm tu je, tak payah di kisar. Sedap betul makan kuih ni bila tergigit kacang merahnya, macam makan aiskrim lah pulak. Pada peminat bingka tu bolehlah cuba resepi mudah ni. Jom semak resepinya.


Bahan-Bahan
-loyang 9x9 inci
  • 1 cawan gula
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan santan pekat
  • 2 cawan air
  • 2 sudu besar mentega/minyak sapi
  • 4 biji telor
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1 tin kacang merah (red kidney beans)-buangkan airnya, cuci dan toskan
  • bijan
Cara-Cara:-
  1. Satukan kesemua bahan kecuali kacang merah dan bijan. Kisar sampai sebati.
  2. Masukkan dlm periuk dan masak hingga pekat sedikit dan sentiasalah kacau guna whisk. Guna api sederhana je.
  3. Masukkan kacang merah dan gaul rata.
  4. Masukkan 2 sudu teh minyak dalam loyang dan oleskan rata. Boleh juga guna mentega.
  5. Panaskan loyang dalam oven sebentar. Bila minyak/mentega telah panas, masukkan adunan tadi.
  6. Taburkan bijan dan bakar pada suhu 180 C selama 1 jam 15 minit atau sehingga garing. Guna api atas dan bawah. Kalau nak garing lagi tambahkan masa dlm 5 minit guna api atas sahaja utk permukaan kuih yg garing.

7 comments:

  1. hai..salam kak..

    cantik bingka tu dengan pertama kcang merah tu..menarik sangat dan pasti sedap..

    ReplyDelete
  2. salam kak...sedapnya tgk bingka akak ni...fiza ambik ye kak resepi ni...nanti nak try jugalah buat...nampak cam senang ja...t/kasih kak

    ReplyDelete
  3. Salam yatie...cantiknya bingka kacang merah tu..mmg betul2 nampak kacang tu macam permata kat dlm bingka...

    ReplyDelete
  4. suka tgk hasil kuih y cantik..nak try la.tq 4 resepi:-)

    ReplyDelete
  5. salam kak yatie..
    Kuih ni orang Kedah panggil bengkang..saya lum pernah makan yang ada kacang merah.

    ReplyDelete
  6. nampak sedap je bingka permata kacang merah ni kak yati..btol2 nampak kacang merah..kne try ni..:)

    ReplyDelete
  7. akak tak pernah guna kcg merah dlm tin tu... selalu dok rebus je kcg yg mentah tu.. tp tulah.. jenuh tunggu kacang empuk.. hehe..
    cantik potongan kuih tu bila ada dot2 kcg merah tu

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails