Thursday, January 19, 2012

Roti Sosej Berkeju Rangup

Assalamualaikum dan Selamat malam semuanya. Sebelum tidur nak bagi idea utk ibu2 menyediakan sarapan utk esok pagi. Roti sosej inilah yg paling senang dan menjadi kegemaran anak2. Ibu2 boleh sediakan semua bahan2 malam ni, masukkan petiais dan esok pagi bolehlah gorengkan saja, mudahkan. Sebelum ni pernah buat di SINI dan terima kasih pada K.Nor kerana berkongsi resepi yg mudah dan sedap ni. Jom semak bahan2 yg di perlukan.


Bahan- Bahan
  • 10 keping roti putih
  • 10 batang sosej ~ direbus sekejap dan toskan
  • 10 keping slice cheese
  • 1 biji telur ~ dipukul sedikit
  • breadcrumbs @ serbuk roti secukupnya
  • minyak utk menggoreng
Cara membuatnya :
  1. Gelek roti hingga leper (boleh buang kulit tepi jika suka)
  2. Letakkan sekeping slice cheese dan letakkan pula 1 btg sosej. Kalau takde tak payah letaklah ya.
  3. Sapukan hujung gulungan roti dengan sedikit telur (untuk melekatkan)
  4. Gulung dengan kemas. Buat hingga habis.
  5. Dengan menggunakan brush, sapu keseluruhan roti dgn telur yg dah dipukul sedikit tadi.
  6. Golek2kan ke dalam breadcrumbs dan goreng dalam minyak yg dah dipanaskan.
  7. Goreng hingga golden brown, angkat dan toskan.
  8. Hidangkan bersama sos kegemaran spt sos cili, mayonis dan jalapeno cheese.

12 comments:

  1. salam kak yatie...anak saya suka makan roti sosej..

    ReplyDelete
  2. mmg sedap tapi berhati2 kerana kebanyakan sosej menggunakan usus haiwan.sosej tersebut dibungkus dlm plastik jika mempunyai usus haiwan spt yg kita beli di pasar raya...

    sumber:ustaz yg boleh dipercayai...

    ReplyDelete
  3. Assalam kak yati,wah samalah menu mnm ptg kita,cuma sy tuka sosej ngan inti kentang,pastu letak breadcrumb ginilah juga,mmg sedap n rangup jer..

    ReplyDelete
  4. Selamat pagi Yatie,
    biasanya kalau anak-anak cuti sekolah, Amie suka buatkan mereka sarapan pagi begini. Sekejap je licin!

    ReplyDelete
  5. As'salam Yatie

    K.ct ni berebt2 nak BW sebab bila dah siang2 sikit tenet selalu slow..tu yang nak ziarah blog teman2 semput jer..hehehe

    anak2 bujang k.ct suka kalau buat macam ni. Kalau setakat sebungkus sosej tu memang tak cukup Yatie..dok goreng sekejap dah hilang...biasalah anak2 kan :)

    ReplyDelete
  6. cheese & sosej...wah fevret...mau cube...tq resepi

    ReplyDelete
  7. anak anak memang suka ni.Nak bawa bekal ke sekolah pun senang sebab ianya kering.Masukkan dalam tupperware..siap:)

    ReplyDelete
  8. saya pun suka buat... sedapp dan ringkas...

    ReplyDelete
  9. bukan anak2 je yang suka...ibu2 mcm saya pun suke..sdapnye..

    ReplyDelete
  10. Menu cepat dimasak sedap dimakan....

    ReplyDelete
  11. saya pun slalu buat ni. senang n simple kan kak. anak2 pun suke

    ReplyDelete
  12. salam kak..kalau wat roti macam ni mmg budak2 suke sangat ni.. rangup n sedap :)

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails