Thursday, January 5, 2012

Gulai Nangka Berempah 2

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Pagi tadi saya kepasar, tetiba terpandanglah nangka muda yg dah siap di siang. Bila tngk mmng cantik dan masih fresh lagi. Bila siap belanja, saya pun balik, berkemas dan terus masak sayur nangka ni. Kali ni masak gulai nangka berempah resepi diSINI, tapi kali ni saya tambahkan sedikit kerisik dan tambahkan daun kunyit bagi lagi harum dan sedap. Kalau makan lauk mcm ni mmng pekena ikan goreng, ikan masin dan sambal belacan..mmng best betul. Bagi yg tak tahan tu, jngnlah makan ya sbb takut angin pulak satu badan. Setakat ni alhamdulillah saya sekeluarga ok je..lepas makan siap ambil semangkuk lagi ratah2 gitewww jek. Oklah jom layan menu tengahari tadi...dah mlm ni takleh lama2 kat lappy ni sbb nak pastikan Hamka tido yg cukup, esok dia bersemangat nak bangun pagi ke sekolah..eehhh nak citer pasal Hamka sikitlah...

Hari ni klakarlah. Balik dari sklh je Hamka tunjukkan saya air kotak soya. Hamka kata dia beli kat sekolah tapi tak nak minum dulu. Saya pun tanya, kenapa Hamka tak minum air kotak tu? Hamka kata dia nak suruh mama minum/rasa dulu, barulah dia minum. Alahaiiiii anak mama ni..begitu sekali dia ingat kat mamaNya. Hamka pun terus cucuk dngn straw air kotak tu, pastu terus suruh saya minum dulu barulah dia minum. Kesian Hamka, dah kecur sangat air kotak tu, tapi sempat lagi ingat nak bagi mamaNya rasa..terharu di buatnya. Nasib baiklah saya bekalkan air minuman untuknya. Kalau tak, haiii kehausanlah Hamka.
Saya cerita ni sekadar berkongsi pengalaman ya, takde niat nak bermegah2...saya mahu kongsikan kegembiraan bersama kawan2 semua. Kalau Hamka baca n3 ni bila besar nanti...mesti hatinya juga tersentuh. Moga perangai Hamka yg baik ni berkekalan hingga ke dewasa kelak. Aminnn..


BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 1 kg nangka muda yang siap dikupas
  • 1/2 ekor ayam muda, di potong kecil,cuci dan toskan
  • 2 batang serai, dititik
  • 1 keping asam gelugor
  • 700 ml santan cair
  • 300 ml pati santan
  • Garam dan sedikit gula
  • 2 sudu besar kerisik-Yatie tambah
  • 1 helai daun kunyit-Yatie tambah
  • minyak utk menumis
Bahan2 Kisar
  • 1 labu bawang besar*
  • 6 biji bawang merah*
  • 4 ulas bawang putih*
  • 1/2 inci lengkuas*
  • 1 inci kunyit hidup*
  • 3 biji buah keras*
  • 1 camca besar ketumbar biji*
  • 1 camca teh jintan manis*
  • 1 camca teh jintan halus*
  • 1/2 inci belacan*
  • 5 biji cili merah*
  • 3/4 camca teh lada hitam biji*(*dikisar halus)
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Nangka muda dipotong sederhana besar, cuci dan rebus dengan sedikit garam hingga nangka lembut sedikit. Toskan.
  2. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan2 kisar hingga harum dan terbit minyak, masukkan serai dan kacau rata.
  3. Masukkan ayam yg telah di potong kecil dan tambahkan sedikit air. Masukkan nangka, gaul hingga nangka bersalut dengan rempah.
  4. Tuang santan cair dan masak hingga mendidih, masukkan asam gelugor, sedikit gula dan garam secukup rasa. Biar mendidih perlahan hingga nangka masak. Akhir sekali tuang santan pekat, kacau rata dan didihkan 1 - 2 minit.
  5. Rasa dan jika ok boleh matikan api, hidangkan bersama sambal belacan dan nasi hangat, kalau ada ikan goreng pun sedappp!!!!

11 comments:

  1. selalu yang biasa saya makan yang gulai kuning. suka jugak sayur nangka ni tapi bila dah beberapa kali makan sayur ni perut saya jadi sakit 'berangin' kembung. Tu yng jadi takut nak makan nangka.

    ReplyDelete
  2. salam kak yatie...sedapnya kak gulai nangka..saya suka masak gulai nangka gaya cam gini..setengah org panggil gulai ni opor...cantik warna gulai..:)

    ReplyDelete
  3. Salam Yatie.. Apa kbr? sedap nya gulai nangka lama Ani tak makan.. terharu dgr kisah air kotak Hamka yg di simpan utk yatie.. Insya allah yatie.. Anak anak kita akan sentiasa menyayangi kita..Aminn

    ReplyDelete
  4. wah..peberet jugak ni, tp tak reti sgt guna nangka..hihi

    ReplyDelete
  5. sedapnya tgk masak nangka ni kak...saya ni mkn angin juga bdn ni. tapi kalau ada dpn mata belasah juga kak angin belakang kira..haha boleh gitu kan..:)

    bagusnya hamka ingat mama dia juga tu:)

    ReplyDelete
  6. emmm...,sedappnya gulai nangka..,my peberet nih...

    ReplyDelete
  7. salam kak...comel la hamka..saya suke bc blog akak..sy penah cuba resepi dr blog akak, sedap menjadi..sy harap akak halalkan yer sy cuba resepi2 dr blog akak..salam kenalan dari sy kak..:)

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum K. Yatie, anak-anaklah pengubat hati.

    ReplyDelete
  9. Assalamualaykumwbh kak yatie.....waaaa lauk ni makan tak hengat "en laki" nih....hik3....:)

    ReplyDelete
  10. Assalam kak,berkat mkn air tangan akaklah tuh,hamka elalu igt akak,InsyaAllah moga berkekalan gitu..Sedapnyer gulai nangka kak,sjk dah da 2 ank nih,kalo mkn terasa angin juga,tapi sedap punya pasal ngap xhengat juga,hihi..

    ReplyDelete
  11. Selamat petang Yatie....
    terbayang masakan begini yang bonda suka buat! Rindu... tapau sekit ye buat ubat rindu.

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails