Sunday, January 22, 2012

Green Peas Cookies

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Hari ni tayang biskut kacang peas kat sini. Sebenarnya masa raya puasa aritu nak buat tapi tak jumpa2 tepung kcng peas ni. Kebetulan semalam saya beli barang dan bahan2 kuih terjumpalah tepung kcng peas ni secara tak sengaja. Jadi belilah sebungkus sbb cuma tinggal sebungkus je kat kedai tu. Hati ni tak sabar2 nak buat dan merasa, sbb sebelum ni pernah makan kat rumah adik...sedap sungguh biskut ni. Habis sebekas kuih tu saya sorang je yg makan...hinggakan adik saya beri sebalang biskut ni masa nak balik...hati ni berbunga rianglah sbb dpt biskut kegemaran..free lagi. Bila adik dtng rumah, saya tukarlah pula sebalang biskut kegemarannya pula..adilkan..he3..

Ok, malam tadi saya buatlah biskut ni 4 adunan terus..hah3 tamak sungguh. Dalam hati dah terbayang kesedapan biskut ni. Bila dah masak je, saya pun rasalah..fuhhhhh mmng sedap betullah, mmng inilah resepi yg dicari2 selama ini. Seketul demi seketul biskut ni masuk ke mulut saya..berlumba2 dngn Hamka yg sememangnya suka kuih warna hijau...dlm hati berkata2, nasib baiklah buat 4 adunan terussss....abes 1/2 loyang saya yg makan sendiri...mmng sedap betullah. Bagi kawan2 yg nak merasa biskut ni, bolehlah cuba resepi ni...mmng berbaloi. Terima kasih pada AlongRoz kerana berkongsi resepi yg mudah dan sedap ni. Izinkan Yatie kongsikan resepinya kat sini pula ya. Jom semak resepinya.



Bahan-Bahan
  • 1 cwn Tepung Kcg Peas
  • 1 cwn Tepung Gandum
  • 1/2 cwn Gula Aising
  • 1/2 st Baking Powder
  • 1/2 st Garam
  • 1/2 cwn Minyak Mazola atau secukupnya..(tuang sikit2 ya masa menguli doh)
  • 1 biji Telur Kuning-Yatie tambah sedikit warna kuning
Cara-Cara
  1. Gaulkan kesemua bhn2 kering sehingga sebati.
  2. Tuangkan minyak Mazola sedikit2 sehingga terbentuk doh lembut.
  3. Bentukkan bulat2 seperti guli. Sapukan atasnya dgn telur kuning.
  4. Bakar dgn suhu 180C selama 15 minit atau sehingga masak.
  5. Sejukkan & Simpan dlm bekas kedap udara.

15 comments:

  1. Biskut ni memang sedap pun. Sue pun suka jg. Amboi kak .Ni wat biskut tuk raya cina ya. .Heeeeeee

    ReplyDelete
  2. Kak Yatie...saya suka sgt biskut membiskut...bila boleh buat ni

    ReplyDelete
  3. Rajinnya Yatie mengukis...macam nk raya.... biskut base kacang memang sedap... sukaaaa

    ReplyDelete
  4. Wah dah jadi pun.... mana komisen utk toke Along takda ke... 2-3 balang pun jadi lah....kikiki.

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum, kak Yatie sedapnya tengok biskut akak ni...comel kehijauan mesti rangup ni..

    ReplyDelete
  6. resepi senang tapi memang sedappp sangat akak sukaaaa...

    ReplyDelete
  7. Salam kak Yatie,
    wah sampai 4 adunan terus akak buat. bestnye. nampak pun hijau betul. :)

    ReplyDelete
  8. eeee..sedapnya kak yati, fiza suka sangat biskut ni. nanti nak cuba arr buat. Dapat katner tepung Kacang peas tu?

    ReplyDelete
  9. salam yatie..mokwo pun dah lama beli tepung tuh....tapi masih dok dlm peties belum buat lagik...mesti nak buat ..tunggu anak2 balik umah dulu..baru ade 'pembantu'..:)

    ReplyDelete
  10. Ye ke Sedap?
    Ni sy suka ni. Mintak izin share kat blog sy ya.
    Thanks yatiememories ;)

    ReplyDelete
  11. saya pun ada buat kuih kacng hijau, kalau spa nk tmpah bolehla menghubungi,norshilwati mustafa, 0174527144...

    ReplyDelete
  12. Kalau guna minyak lain boleh tak?

    ReplyDelete
  13. Bentukkan bulat mcm buat makmur? Then after baked mmg bntuk dia akan pnyet skit lh kn ?

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails