Bahan-bahan-loyang 7x7x3inci
- 1 cawan tepung gandum
- 1 cawan tepung beras
- 1/4 cawan tepung ubi
- 1 cawan gula pasir
- 1 cawan santan pekat
- 3 cawan air
- Secubit garam
- pewarna merah, hijau,oren (boleh guna apa2 warna kegemaran)
- perisa yg di gemari, merah-ros, oren-jagung, hijau-pandan
- Satukan ketiga2 jenis tepung, garam dan gula. Masukkan air dan santan pekat.
- Gaulkan semua bahan-bahan dan tapiskan. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian.
- Masukkan pewarna ke dlm setiap bahagian dan Boleh tambah perisa.
- Panaskan kukusan dan sapukan sedikit minyak pada loyang.
- Masukkan 1 cwn adunan hijau dan kukus selama 5 minit/ sehingga adunan keras sikit.
- Lapiskan pula 1 cwn adunan merah dan kukus lagi selama 5 minit/sehingga keras sikit dan di ikuti adunan seterusnya.
- Lapiskan adunan berselang-seli hingga habis. Lapisan terakhir saya kukus selama 20minit.
- Setelah masak, angkat dan biarkan kuih sejuk. Biarkan kuih betul2 sejuk barulah dipotong guna pisau plastik supaya cantik.
Menarik sangat kombinasi warna yg yatie gunakan & kuih pun mengiurkan.
ReplyDeletesejak ada adam, fai masak yg simple2 jer.. masa dia tidur la kena settlekan semua ketja2 rumah. hihi...
ReplyDeleteAyunya kuih lapisnya....colorful
ReplyDeleteKak yatie!!! Dari petang smlm sy duk ngidam nk kuih lapis tau. Cantiknya kuih lapis kak yatie ni
ReplyDeleteSalam ! selalu masuk cni tp x pernah comment.......kali ni x tahan la tenguk kuih lapis tuuuuu.....huhuhu cerianya kuih lapis sis !!!!
ReplyDeletemeriah warna kuih lapisnya... mesti sedap kan?... saya dah ilang skill buat kuih lapis... kalau buat sekarang dah tak boleh dipisahkan selapis2... huhuu
ReplyDeleteboleh tak adunan ni dibuat mlm, esok pg dikukus?
ReplyDeleteYour kuih lapis is colourful and beautiful
ReplyDeletesalam sis....
ReplyDeletemohon halalkan sbb saya copy resepi kuih nie....
As salam kak yatie. Mohon resepi akak miza panjangkan dlm blog miza yek. Tadi dah try buat. Best sedap sangat.
ReplyDelete