Biasalah anak2 ni, kdng2 ok kdng2 tak kena dngn seleranya. Bagi saya mmng suka sngt kek ni, cuma lama sngt tak buat. Baru ni nampak Ita masam manis buat, rasa teruja nak membuatnya. Biasalah kalau dari Ita, pasti menjadi dan tak sabar ingin mencuba resepi K.Nor ni. Alhamdulillah ,menjadi cantik kek ni bersarang. Mulanya mcm tak yakin sbb tak perlu di pukul kembang telur dan bahan2 yg lain, cuma perlu kacau sebati dan perap 3 jam. Bila dah perap 3 jam tu pun mcm tak bersarang je, tawakkal dan yakin jelah terus bakar guna api bwh 40 minit dan guna api atas dan bawah 5 minit terakhir. Alhamdulillah menjadi cantik, bila dah sejuk, potong...wallahhhhh menjadi cantik sarangnya. Terima kasih K.Nor berkongsi resepi dan Ita yg meyakinkan Yatie utk membuatnya kali ni. Pada kwn2 yg masih fobia dan takut nak mencuba buat kek gula hangus ni, bolehlah cuba resepi ni, pasti menjadi. Kek ni sedap dan tak berapa manis. Selamat mencuba semua..
Bahan-Bahan
- 1 1/4 cawan gula halus*
- 1 cawan air panas*(*utk buat gula hangus)
- 125gm butter
- 4 biji telur gred A
- 1/4 cawan susu pekat manis
- 1 cawan tepung gandum
- 2 sudu kecil soda bikarbonat
- 1 sudu teh esen vanilla
- Mula-mula kita cairkan gula dahulu untuk membuat gula hangus. Ratakan gula dan biarkan gula mencair dengan api yang perlahan. Jangan kacau sebab nanti ia berketul-ketul. Tapi pastikan api perlahan dan pastikan gula tidak hangus.
- Bila gula dah cair dan perang, barulah tuangkan air panas sedikit demi sedikit. Jika guna air panas dia kurang sedikit merecik berbanding air sejuk. Bila dah sebati, sejukkan dan ketepikan dulu.
- Dalam bekas periuk kecil yang lain, cairkan mentega.
- Kemudian sejukkan juga hingga mencapai suhu bilik
- Pecahkan telur dalam bekas dan kacau hingga telur cair dan rata, jangan pukul ya.. cuma kacau dengan senduk kayu hingga ia cair dan rata
- Kemudian masukkan susu pekat. Susu ni juga biarkan ia pada suhu bilik ( bukan sejuk dari peti ais) Kemudian kacau rata. Bila dah rata, masukkan mentega cair, dan kacau rata perlahan je..Masukkan esen vanilla.
- Kemudian ayakkan tepung dan soda bikarbonat. Kacau rata perlahan. Akhir sekali tuangkan gula hangus dan kacau rata.
- Tuangkan di dalam loyang 7x7 inc yang telah di lapik kertas pembakar dan di oleskan sedikit butter. Kemudian perap aduan ini 3. Lagi lama perap lagi cantik lubang-lubangnya .
- Bila dah perap barulah masukkan di dalam ketuhar yang telah di panaskan terlebih dahulu 15 minit pada suhu 170C dengan hanya api bawah sahaja yang di on.
- Bakar selama 45 minit.. 5 minit terakhir buka api atas dan bawah.
memang nampak sedap..baru nk belajar ni.resepi pun mudah.
ReplyDeletethanks kak.
jemput ke blog nana
https://diyanarazim.blogspot.com
Kek ni sedap buat minum petang,tak muak kalau makan banyak.
ReplyDeletesalam saya najwa,
ReplyDeletedari shah alam seronok membaca kandungan di blog awak
banyak info yang dapat saya perolehi
insyallah.. jika ada kesempatan singgah la ke blog saya. tq mummyfit and healthy
Pernah mkn kek ni....sampi x perasan abis separuh..he3..
ReplyDelete11/4 bersamaan dgn brapa cwn ye kak? Kdg2 sy dok comfuse jg..hihi
ReplyDeletesatu suku cawan
Deleteboleh kukus tak kek ni...
ReplyDeleteDah lama sangat nak buat kek gula hangus ni..alhamdulillah kena cuba juga..mmg favourite dari kecik kek ni..
ReplyDeleteKak,sye dh try buat tapi bater dia cair macam air..ok ke cair macam tu kak?
ReplyDeletesedap nie
ReplyDelete