Tuesday, September 23, 2014

Kuih Lapis

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Lama dah teringin sngt nak makan kuih lapis buatan sendiri ni. Kalau beli tu kdng2 ok kdng2 tak menepati citarasa sendiri. Jadi hari ni merajinkan diri buat kuih lapis kegemaran. Bila lama tak makan tu, faham2 jelah ya....terlebih sudah makan...tapi takpelah..sesekali kannn. Ok resepi mcm biasa je, boleh juga lihat diSINI. Kalau rajin tu bolehlah buat guna acuan kegemaran. Kalau nak cepat tu, kukus je dlm loyang...mudah, cepat siap dan cepatlah dpt merasanya...Jom tngk resepi mudah ni. Kalau teringin nak merasa tu, bolehlah buat ya..



Bahan-bahan-loyang 7x7x3inci
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan tepung beras
  • 1/4 cawan tepung ubi
  • 1 cawan gula pasir
  • 1 cawan santan pekat
  • 3 cawan air
  • Secubit garam
  • pewarna merah, hijau,oren (boleh guna apa2 warna kegemaran)
  • perisa yg di gemari, merah-ros, oren-jagung, hijau-pandan
Cara Penyediaan
  1. Satukan ketiga2 jenis tepung, garam dan gula. Masukkan air dan santan pekat.
  2. Gaulkan semua bahan-bahan dan tapiskan. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian.
  3. Masukkan pewarna ke dlm setiap bahagian dan Boleh tambah perisa.
  4. Panaskan kukusan dan sapukan sedikit minyak pada loyang.
  5. Masukkan 1 cwn adunan hijau dan kukus selama 5 minit/ sehingga adunan keras sikit.
  6. Lapiskan pula 1 cwn adunan merah dan kukus lagi selama 5 minit/sehingga keras sikit dan di ikuti adunan seterusnya.
  7. Lapiskan adunan berselang-seli hingga habis. Lapisan terakhir saya kukus selama 20minit.
  8. Setelah masak, angkat dan biarkan kuih sejuk. Biarkan kuih betul2 sejuk barulah dipotong guna pisau plastik supaya cantik. 
**setiap hendak melapis, pastikan takde air di permukaan kuih. Sekiranya ada, sengetkan loyang dan buangkan air di permukaan, barulah tuang adunan seterusnya. Ini bagi mengelakkan warna lapisan  kuih tidak bercampur.

10 comments:

  1. Menarik sangat kombinasi warna yg yatie gunakan & kuih pun mengiurkan.

    ReplyDelete
  2. sejak ada adam, fai masak yg simple2 jer.. masa dia tidur la kena settlekan semua ketja2 rumah. hihi...

    ReplyDelete
  3. Ayunya kuih lapisnya....colorful

    ReplyDelete
  4. Kak yatie!!! Dari petang smlm sy duk ngidam nk kuih lapis tau. Cantiknya kuih lapis kak yatie ni

    ReplyDelete
  5. Salam ! selalu masuk cni tp x pernah comment.......kali ni x tahan la tenguk kuih lapis tuuuuu.....huhuhu cerianya kuih lapis sis !!!!

    ReplyDelete
  6. meriah warna kuih lapisnya... mesti sedap kan?... saya dah ilang skill buat kuih lapis... kalau buat sekarang dah tak boleh dipisahkan selapis2... huhuu

    ReplyDelete
  7. boleh tak adunan ni dibuat mlm, esok pg dikukus?

    ReplyDelete
  8. Your kuih lapis is colourful and beautiful

    ReplyDelete
  9. salam sis....

    mohon halalkan sbb saya copy resepi kuih nie....

    ReplyDelete
  10. As salam kak yatie. Mohon resepi akak miza panjangkan dlm blog miza yek. Tadi dah try buat. Best sedap sangat.

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails