Thursday, December 26, 2013

Kerutup Ayam

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Menu ayam yg sangat ringkas tapi sedap sangat. Kerutup ayam ni sedap di makan bersama nasi kegemaran, roti ataupun pulut kuning. Resepi dari Chef Hanieliza ni mmng mudah dan semestinya sedap. Pada kwn2 yg nak merasa tu, bolehlah cuba resepi ni. Jom semak resepinya.



Bahan-Bahan
  • 1 ekor ayam -buangkan kulit & potong kecil
  • 2 sudu besar rempah kari *
  • 2 sudu besar rempah kurma *(* di bancuh dngn sedikit air)
  • 2 sudu besar cili kisar-saya tambah
  • 2 cawan santan
  • 1 sudu besar gula merah
  • 1 sudu besar kerisek
  • 1/2 cwn minyak untuk menumis
  • garam secukup rasa
Bahan Kisar
  • 100 gm bawang merah goreng
  • 2 biji buah keras
  • 2 cm halia
  • 2 cm lengkuas
  • 3 batang serai
  • 5 ulas bawang merah1 labu bwng besar- saya tambah
  • 3 ulas bawang putih
Cara
  1. Tumiskan bahan kisar sehingga garing. Masukkan cili kisar dan gaul rata.
  2. Masukkan rempah yg di bancuh dngn sedikit air. Kacau sehingga sebati.
  3. Masukkan ayam, kerisek, garam gula dan santan. Biarkan sehingga mendidih
  4. Masakkan sehingga pekat dan ayam lembut.
  5. Pastikan kacau sekali sekala. Bila dah cukup rasa tutup api dan bolehlah di hidangkan.
  6. Hidangkan bersama nasi atau roti.

5 comments:

  1. Mcm tbayang2 je rasa ayam ni kak.. Dah trasa2 dah menumis bahan2 tu.. Haha.. Masuk list

    ReplyDelete
  2. Sedapnya tengok kerutup ayam Yatie.. serupa mcm izahdaut... masuk list hehehe

    ReplyDelete
  3. salam kak yati...mai nak rasa seketuiii...boleh ka???

    ReplyDelete
  4. Mesti buat ni...mekasih yer ๐Ÿ˜Š

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails