Thursday, December 5, 2013

Russian Black & White Chocolate Cake

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Alhamdulillah, terima kasih kwn2 yg ucap Happy Birthday pada saya, terharu dan saya amat2 menghargainya. Sebenarnya takdelah menu istimewa sekadar makan2 kat luar tapi mama still kena masak lagi kat rumah sbb semuanya suka masakan mama. Apa nak buat....layankan jelah asalkan semuanya gembira. Kebetulan hujan je, jadi malas nak keluar kita buatlah kek sendiri dan main deco2 simple bersama anak2...inilah hasilnya...cantik tak....comel tak..he3..

Sebenarnya lama dah nak buat  Russian Black & White Chocolate Cake ni. Tapi tulah, takde keyakinan nak menjadi kek ni. Maklumlah saya ni bukannya reti sangat nak buat kek2 yg canggih, apalagi nak mendeco segala. Akhirnya berbekalkan doa, usaha gigih dan keyakinan...kek saya menjadi dngn jayanya tapi taklah secantik yg kwn2 buat. Tapi takpelah sekurang2nya saya merasa puashati dan puas makan kek mahal ni...he3... Terima kasih pada penyumbang resepi asal. Terima kasih juga pada Hana yg berkongsi resepi dan cara2nya di blog dan kwn2 juga lihat di blog Lina.





Bahan-bahan

  • 170g tepung superfine*-guna tpng gandum pun boleh
  • 1 sudu kecil baking powder*
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat*
  • 1 tin susu cair (400g)
  • 100 gm serbuk koko
  • 200 gm minyak jagung @ minyak masak
  • 250 gm susu pekat
  • 250 gm gula halus - guna 210 je pun boleh
  • 5 biji telur - blend 5 minit
Cara-cara
  • Ayak bahan yang bertanda *.
  • Satukan minyak, susu pekat, susu cair, minyak, gula dan serbuk koko. Panaskan di atas api kecil sehingga semua sebati. (tak perlu mendidih, gula hancur dan serbuk koko tiada yang berketul2.) Angkat.
  • Masukkan ke dalam mangkuk besar, dan masukkan telur yang telah dikisar tadi. Kacau sebati.
  • Akhir sekali masukkan bahan yang telah diayak. dan kacau mesra. (hana guna hand whisk)
  • Sapukan loyang dengan butter@marjerin. Tuang adunan kek, tutup dngn aluminium foil dan kukus selama 1jam 30minit.
  • Sejukkan. Bila dah sejuk baru ptng kek kpd 3 atau 4 lapisan
RESEPI COKLAT GANACHE

  • 200ml whipping cream (dairy)
  • 500g coklat masakan (seeloknya guna coklat compaund)
  • 1 sudu besar air panas
  • 2 sudu besar sirap glukos
  • 2 sudu besar butter
Cara-cara
  1. Panaskan whipping cream (tak perlu mendidih) . Masukkan air panas, butter dan sirap. Kacau sebati.
  2. Angkat dari api dan masukkan coklat masakan, kacau sehingga coklat cair.
  3. Sejukkan dahulu sebelum guna. (seeloknya semalaman (suhu bilik) supaya mudah untuk paip ke atas kek). Jika nak cepat, masukkan peti ais sebentar.
 RESEPI COFFEE CREAM CHEESE

  • 500g creamcheese- guna 400 gm pun ok
  • 1 cawan butter lembut
  • 1 cawan gula aising
  • 1 peket cofffee 3 in 1
Cara-cara : Putar semua sebati dan halus dan sedia untuk digunakan.Adunan ni sesuai utk kek 4 lapisan.

CARA PENYEDIAAN KEK RUSSIAN BLACK & WHITE
  1. Potong kek kepada 3 atau 4 lapisan. 
  2. Letakkan satu lapisan di atas papan kek. Sebelum itu masukkan cream cheese dan coklat ganache ke dalam piping bag. Paipkan di atas kek membentuk likaran secara berselang seli  (seperti gambar di atas).
  3. Letakkan lapisan kek kedua dan paipkan lagi creamcheese dan juga ganache coklat seperti tadi. Buat sehingga lapisan seterusnya. Untuk lapisan terakhir hanya sapukan baki cream cheese.
  4. Masukkan dlm petias sebentar supaya adunan cream cheese mengeras sikit barulah tuang ganache.
  5.  Akhir sekali tuang baki coklat ganache ke atas kek. Jika ganache sudah membeku atau mengeras, panaskan semula secara double boiler sekejap dan terus tuang atas kek.
  6. Sejukkan dahulu baru potong dan hidang.

15 comments:

  1. asalammualaikum kak Yatie, mmg ana tggu2 bile la akak nak buat kek nie..teruja tgk kat blog Azlitamasammanis pun ada.. apepun salam perkenalan dari ana. Semoga hari2 kak Yatie sentiasa ceria dan bahagia.JazakAllahu Khairan Khasira..

    ReplyDelete
  2. wahh.. russian black & white chocolate cake..kak yati nak sepotong je! hehe

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum slmt ari lahir yatie..bravoooo...dah buat ekkk...tentu sdapkan...saya resepi ni dh brkurun masuk list tapi blum ada keberanian nk buat...meh anta kt Uj sepotong.....terliur tenguk...

    ReplyDelete
  4. Selamat Hari Lahir Kak. Moga Allah sentiasa bersama kak, moga sentiasa bahagia dan murah rezeki, moga sentiasa sihat dan cergas untuk melakukan ibadah dan aktiviti seharian... Insya Allah.
    Lovely nya kek... harus juga mencuba walaupun tak pandai

    ReplyDelete
  5. Cantiknya russian black & white chocolate cake yatie, ni...nampak mewah sangat. ;)

    ReplyDelete
  6. Kek ni bahaya tul...abes satu slice..rasa2 cam nk lagi...adeh memikirkan kadar lemak tu..aduh tutup mata jap...
    Sedap ni...mewah ngan rasa coklat

    ReplyDelete
  7. nmpk sedapppp!!akan dicuba resipi in..=))

    ReplyDelete
  8. aduh...punah dietku melihat kejadia kek nih....sungguh menarik tertarik an tergodaaa...nih nak marah nih! bak sini sepotong! tak tahan dahhhhh ^_^

    http://mompreciouscloset.blogspot.com/

    ReplyDelete
  9. bellissima come tutte le tue creazione!!!!
    complimenti, un abbraccio a presto ^__^

    ReplyDelete
  10. slamat hari lahir yati, semoga mndapat segala kebaikan didunia & akhirat, nasibla yatt x suka ngat kek coklat, tp amat simple dan mnarik kek n

    ReplyDelete
  11. Wah..rajinnya Kak Yatie.. Kalah kek Secret Recipe... Tentu sedap dan lazat..

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum.
    Saya dah cuba buat kek ikut resepi ni, adunan kek mmg cair dan bila masak kek ni agak padat. Rasa mmg sdap cuma nak pastikan rupanya betul begitu?

    ReplyDelete
  13. Klau nk buat guna loyang 6inci blh ke ikut resepi ni atau kne kurangkan amaunnye sis ? Sy sgt takut nk topping kan jek :(

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails