Monday, July 1, 2013

Kek Span Vanilla Coklat Cheese Bersalji

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Alhamdulillah, terima kasih pada kawan2 yg ucap selamat hari lahir buat anakanda Mohamad Talhah, kami sekeluarga amat2 menghargainya. Sempena hari lahirnya, sempatlah juga saya menyediakan kek yg mudah tetapi amat di gemari kami sekeluarga. Dalam hati teringin sangat nak buat kek yg canggih2, tapi apakan daya...daku tak mempunyai kemahiran sebegitu rupa. Cukuplah sekadar kek yg simple tetapi ianya amat bermakna buat anakanda Talhah. Sebelum ni pernah buat Snow Cheesecake dan Kek Span Bersalji. Kek ni mudah dan tak muak walau guna cream cheese. Pada kwn2 yg nak merasa tu, bolehlah mencubanya. Saya buat ikut selera keluarga je...janji laku. Meh kita semak resepinya.





Bahan-bahan :

  • 150 gm tepong super fine/tpng kek/tpng gandum*
  • 1 sudu kecil baking powder*(*di ayak bersama)
  • 150 gm gula kastor
  • 5 biji telor gred A
  • 1 sudu besar ovalette
  • 80 ml susu segar
  • 80 ml minyak masak / mentega cair
  • Perisa vanilla
  • Coklat emulco
Cara-cara :
  1. Satukan gula, ovalette dan telor dalam mangkuk adunan. pukul hingga pekat dan gebu selama 5 minit dengan kelajuan tinggi (tapi ini terletak kepada kelajuan pengadun masing-masing).
  2. Perlahankan kelajuan dan masukkan susu segar, pukul lagi.
  3. Tuangkan minyak/ mentega cair berselang seli dngn tepung yg di ayak bersama b.powder kedalam adunan dan gaul dengan senduk sehingga sebati.
  4. Bahagikan adunan pada 2 bahagian, satu letak perisa vanilla dan biarkan plain, satu bahagian lagi letak coklat emulco. Gaul sebati semuanya.
  5. Sediakan tin pembakar bulat atau 4 segi ukuran 7 inci, griskan dasarnya dan lapik kertas serap minyak. Tuangkan adunan berasingan loyang dan bakar selama 45 minit atau hingga masak pada suhu 150 - 180 darjah celcius.
  6. Bila dah masak keluarkan dari oven dan telangkupkan kat atas redai kek... lebih kurang 5 minit... bagi mengelakkan kek kita kempis.
  7. Biarkan kek benar2 sejuk barulah di hias. 
 UNTUK KRIM
  • 1 kotak cream cheese philadelphia (250gm)
  •   1/2 cwn susu pekat manis- (satukan kedua bahan & putar sehingga tidak berketul2.
UTK TOPPING
  • 1/2 kotak kraft cheddar cheese (parutkan)
Cara menghias kek
  1. Sapukan krim cheese di atas separuh kek tadi, kemudian letakkan sebahagian lagi kek di atasnya.
  2. Sapukan lebihan krim cheese sehingga menutupi seluruh kek.
  3. Akhir sekali taburkan cheese kraf yang telah diparut tadi keseluruh kek sebagai toppingnya.
  4. Masukkan dlm peti ais dlm 1-2 jam. Lepas tu baru potong

26 comments:

  1. wah nanges tengok kek tu sedap huwaaaa...dah bookmark page ni, nak trylah buat ^^

    ReplyDelete
  2. Sedapnyaaaa ... Tq kak yatie sudi berkongsi resepi. Mcm
    Kek span pandan yg akak tunjuk dulu tu tp lg aummmm yg no rupanya... Hihi

    ReplyDelete
  3. salam kak..

    wah, bestnya..menarik kek tu bila buat perasa coklat kan..kelainan sikit dari snow chez kek..

    ReplyDelete
  4. salam yati,

    mesti sedapkan kek ni. Rata2 tengok blogger2 masakan buat dah. Hati tersangat nak mencuba masih tak berkesempatan. insyaallah seblm puasa kena buat gak ni.

    ReplyDelete
  5. Mesti sedap bila dah salut dengan cream cheese. Aina nak try buat jugaklah sempena bufday anak 4hb Julai nanti.

    ReplyDelete
  6. Cantik kek tu Yatie... yg penting air tgn ibu pasti kek jadi sedap, kann...

    ReplyDelete
  7. Salam akak..

    Happy belated birthday kepada Mohamad Talhah.

    ReplyDelete
  8. nk tanya kak...di parut cheese kecil diparut dengan apa?

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum yati...aduhai..tergoda sungguh dgn kek yati ni...dah masuk list dah nnti bile free saya
    nak buatlah...nampak sedap kek ni ...wah encem mamat pegang kek tu....=)

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum Yatie...rindu lama x jenguk dapur Yatie...amboiiii sakan mak dia watkan kek tuk anak bujang yeaa... Selamat Hari Lahir untuk Mohamad Talhah, semoga sentiasa dalam lindungan Allah dan berjaya di dunia dan akhirat...ameen..

    Yatie, kombinasi menarik snow cheesecake tu...x muak ek..!

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum Kak Yatie.. Selamat Hari Lahir Muhamad Talhah.. Semakin kreatif Kak Yatie ku ini.. Sangat cantik kek ni.. :-)

    ReplyDelete
  12. cantik kek kak yatie, ila copy resepi ye, nanti rajin nak cuba buat.. ;-)

    ReplyDelete
  13. nanti rajin boleh cuba kek yg cantik & sedap ni..

    terima kasih kak yatie sudi berkongsi resepi.. ;-)

    ReplyDelete
  14. Salam kak yati.. terima kasih sebab sudi kongsi resepi yg mabeles ni..dah try buat n family sy suka..lps ni boleh buat lg utk birthday anak mggu dpn..

    ReplyDelete
  15. Salam kak yati .sy dh try byk kli kek ni ..tq sbb sudi kongsi resepi ni ..mmg sedap ..mertua pn puji ..hehehe ..gmbira ny rsa ..tq sgt2 ..

    ReplyDelete
  16. Sdapnye kak.. Yummy

    ReplyDelete
  17. hari ni harijadi laki kita.....wat kek special ni.....mcm sedap jek....memang sedap!!!!!!!!!tqvm.........

    ReplyDelete
  18. Salam kak.. cream cheese tu klau nk letak susu segar ngan whip cream blh x?

    ReplyDelete
  19. Sedapnyer kek span !!!!

    Rahsia kek -------> http://kekcoklatsedap.weebly.com/

    ReplyDelete
  20. Salam.sis..mohon copy resepi ni..tq sis..

    ReplyDelete
  21. Salam. Kek 2 bakar 2 2 sekaligus/ bakar 1 1?

    ReplyDelete
  22. saya dh try buat kek ni masa bfday anak saya 6/12 lps alhamdulillah mnjadi.sedap & lembut kek tu mcm kt kedai...terima kasih k.yatie sudi bkongsi resepi....

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails