Thursday, July 4, 2013

Asam Pedas Ikan Mayong

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Lama tak berkongsi menu lauk pauk. Sebenarnya tiap2 hari masak, di sebabkan sibuk sngt jadi malas nak ambil gambar. Setiap hari rasanya terkejar2 buat kerja rumah.Hari ni nak kongsikan menu asam pedas yg lain sikit resepinya tapi sedap rasanya. Saya ni mmng peminat setia asam pedas, jadi cubalah resepi yg lain sikit. Resepi kali ni saya ambil dari Mat Gebu. Resepi ni menggunakan buah keras, halba dan lengkuas dlm masakan asam pedas. Terasa kelainannya tapi sedap rasanya. Asam pedas ni mmng sedap kalau ada daun kesom ataupun bunga kantan, harum dari daun kesom dan bunga kantan tu, cukup membangkitkan selera. Pada peminat asam pedas tu, bolehlah cuba resepi ni...mmng sedap. Terima kasih Che Mat berkongsi resepi, izinkan akak kongsikan resepinya kat sini ya.


BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 1 kepala ikan mayong-ptng saiz sederhana
  • 2 kepingan daging ikan mayong @ ikan duri bersaiz besar
  • Sawi jeruk secukupnya- tak letak
  • 1 genggam daun kesom
  • 1 1/2 senduk nasi cili kisar
  • 1/2 camca besar pes asam jawa
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Air secukupnya
  • minyak utk menumis
BAHAN KISAR HALUS :-)
  • 5 biji bawang merah, hiris
  • 1 labu bwng besar-Yatie tambah
  • 2 ulas bawang putih, hiris
  • 3 biji buah keras, hiris
  • 1 camca teh lada hitam biji
  • 1/2 inci halia
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1/2 inci belacan
  • 10 biji halba
  • 2 keping hirisan lengkuas
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan diperap dengan jus limau nipis dan sedikit garam selama 10 minit, kemudian cuci bersih dan toskan. Sawi jeruk dicuci, kemudian potong kecil dan rendam. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan tumbuk/kisar halus hingga harum. Masukkan cili kisar dan masak hingga cili garing dan terbit minyak. Guna api sederhana dan kacau selalu.
  3. Masukkan pes asam jawa, kacau rata dan tuang air secukupnya (anggaran 3 cawan), biar mendidih. Tambah sawi jeruk (tos dan perah) dan ikan. Kacau perlahan dan biar mendidih. Masuk daun kesom dan perasakan dengan garam secukupnya dan secubit gula. Kalau kurang kuah, tambah sedikit lagi air. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan..

12 comments:

  1. Wah, malam2 post gambar makanan...

    ReplyDelete
  2. Kegemaran sury dan suami ni kak yati...keluarga mentua pun suka masak ikan mayong ni..buat kari pun sodapp..

    ReplyDelete
  3. sedapnya...feveret la ikan mayong

    ReplyDelete
  4. Salam yatie...sedapnyaaaa!!Klu kat umah atie..masak asam pedas ni,jwpnya atie sorang la yg mkn :)

    ReplyDelete
  5. wee...sedapnya...meleleh dah liur..

    ReplyDelete
  6. salam yatie..mayong ngan sembilang mmg peberet family!!

    ReplyDelete
  7. baru tengok gambar dah tergoda-goda lom lagi try buat ney kompom ngan pinggan2 rasa nak telan hihi :-P ... akak nak mintak resipi boleh ??

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum, sy singgah blog pn. yatie melalui Adry Dedaun Alam.
    Sedap asam pedas ni,boleh cuba untuk ramadhan ni. Kat siam dipanggil kemsom, bahan2 pun hampir sama je, boleh tambah rebung atau ada yang letak sedikit nenas. Kemsom lebih pedas. Sy sendiri akan tambah cili padi...
    terima kasih, sy pasti akan cuba resepi ini.

    ReplyDelete
  9. tengok gambar dah sedap...makan lagi ler sedapppp.....lapar la pula...hik3

    ReplyDelete
  10. terliur tengok asam pedas nie..sebenarnya..before nie x pernah pun suka nak makan asam pedas nie bagai..telan lagi lah x lalu..huhu
    sekalii bila keje kat sepital bersalin..amek kau..dah terkena " AURA" ngidam mak2 buyung kat sini..dah sy gila asam pedas..haha..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails