Wednesday, July 17, 2013

Bubur Candil Pandan

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Bubur Candil ni antara menu kegemaran saya. Buatnya mudah je, tapi kali ni saya suruh anak dara saya Seri Irdina dan Seri Izati menggentel tepung buat bebola candil ni. Biasalah ada bola kecil dan besar, masa buat tu asyik ketawa je diaorang sbb ada yg kecil dan besar. Bila berbuka tu kenal lah siapa punya yg besar dan kecik tu. Tak kisahlah asalkan sedap di makan. Mama masa tu dah siap masak dan tak larat sbb menjahit baju raya anak2. Kali ni bagi diaorang tugasan sikit, sebenarnya bukan membebankan mereka..malahan melatih diaorang supaya sentiasa ada sikap berkerjasama. Ok kwn2, kalau teringin tu, bolehlah cuba ya..meh semak resepi mudah ni.



Bahan-Bahan
  • 3 cawan tepung pulut
  • 1 cawan tepung gandum
  • sedikit garam
  • 1 3/4 cawan air- utk uli tpng (tuang sikit2 ya masa uli doh)
  • Perisa pandan atau air kisar dngn 3 helai daun pandan-tapiskan
  • sedikit pewarna hijau
  • Air secukupnya -  utk merebus bubur candil
Bahan Kuah
  • 1 cawan santan pekat
  • 3 cawan air
  • 1 ketul gula melaka,racik halus dan masak hingga hancur+1/2 cwn air= tapiskan
  • 1/4 cwn gula pasir
  • 2 helai daun pandan-di simpulkan
Cara-Cara
  1. Campurkan tepung pulut, tepung gandum dan sedikit garam ke dlm sebuah mangkuk.
  2. Campurkan air dan air/perisa pandan sedikit demi sedikit, uli sehingga menjadi doh yg lembut.
  3. Didihkan air dlm periuk, bulat2kan adunan dan rebuslah ke dlm air yg mendidih.
  4. Apabila dah timbul bebola tu, bolehlah angkat dan tapiskan.
  5. Di dalam periuk yg lain, air dan santan pekat, masukkan sekali air gula melaka yg sudah di tapis tadi.
  6. Masukkan bebola candil tadi dan masukkan daun pandan...gaul sebati.
  7. Gaul sentiasa supaya santan tidak pecah...biarkan mendidih. Sekiranya kurang manis bolehlah tambah gula pasir sedikit. Setelah siap, matikan api dan bolehlah di hidangkan.

10 comments:

  1. mengancammmmnya bubur tu kak..

    ReplyDelete
  2. Waaaa...saya suka! saya suka!! best tuuu....

    ReplyDelete
  3. Masa kecik2 dulu selalu tolong mak gentel tepung pulut cilik2

    ReplyDelete
  4. Akak, almost sama dgn makanan dari Kelantan... kami panggil Bubur Butir Nangka, bezanya kuah BN letak halba :-).. http://rencahkehidupan-maamieiqi.blogspot.com/2012/07/kuih-butir-nako-nangka.html
    Sama kan ?

    ReplyDelete
  5. Hi…saya blogwalking kat sini. Jemput datang ke blog saya yer http://ibu2ahmad.blogspot.com

    ReplyDelete
  6. Kegemaran sy sejak kecil. Tp yg aneh nya kg sy panggil puteri mandi sedangkan puteri mandi x berkuah pun. Ada org panggil puteri renang jugak .. Ke x sama ye kal yatie?

    ReplyDelete
  7. suami MaDiHaA suka sgt bubur candil ni... ini antara juadah manis kegemaran dia... kalau buat mesti tak tolak.. hehe..

    ReplyDelete
  8. Teringin btol nk buat..nmpk sweet je.

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails