Thursday, July 25, 2013

Baked Macaroni - Kari

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Menu berbuka puasa semalam baked macaroni. Lama tak masak menu omputih, sesekali teringin jugalah nak makan pasta/macaroni. Kali ni buat ala melayu iaitu perisa kari. Memang sedap terasa seakan murtabak pun iye juga. Terima kasih pada penyumbang resepi. Saya kopipes dari Rohah dan kwn2 juga boleh lihat di blog Sheila. Jomlah semak resepinya, kalau teringin nak merasa tu, bolehlah cuba...mmng sedap.




Bahan-bahan:
  • Macaroni 2 cawan / 16oz | direbus hingga lembut dan toskan
  • 500 daging kisar (ayam kisar pun boleh)
  • 3 sudu besar rempah kari
  • 5 biji bawang merah*
  • 3 biji bawang putih*
  • 1/2 inci halia*
  • 1 sudu besar lada hitam*
  • (semua bahan bertanda * ditumbuk)
  • Minyak untuk menumis
  • 1 tin susu cair + 3/4 tin air
  • Sedikit daun sup/ daun bawang
  • Sedikit bawang goreng
  • 4 biji telur | dipukul
  • Garam secukup rasa (lebih kurang 2 sudu kecil)
  • Sedikit gula (lebih kurang 1/2 sudu kecil)
Cara:
  1. Tumis bawang dan rempah hingga garing dan naik bau.Masukkan daging kisar dan goreng hingga masak.
  2. Masukkkan susu cair, air, sedikit bawang goreng dan masak sekejap.
  3. Masukkan macaroni dalam bekas dan tuangkan bahan yang telah dimasak tadi, gaul hingga rata.Boleh tambah cheddar cheese yang telah diparut sekali kalau suka.
  4. Masukkan dalam bekas pembakar, tuang telur yang telah dipukul. (Tak perlu gaul, tuang rata2 ke atas macaroni).Boleh tabur cheese lagi jika suka.Taburkan daun sup dan bawang goreng.
  5. Bakar pada suhu 170 darjah celcius selama 40 minit.Bergantung pada saiz bekas dan tahap kelembapan.
  6. Boleh juga letak mushroom, capsicum dan tomato yang dipotong dadu, kalau suka.

9 comments:

  1. Alahai Yatie...sedapnya Baked Macaroni nie
    Bila agaknya ...boleh buat
    Ambil resepi dulu ye...

    ReplyDelete
  2. Aslmkm Yatie. Mmmmm sedap ni, dah seminggu Along kuarkan pasta dok tenggek atas mej nak buat baked macaroni tak gak terby=uat... nanti Along try yg ini ya. TQ!

    ReplyDelete
  3. Salam Yatie.. Tetiba teringin nak buat pulak.. :)

    ReplyDelete
  4. suka tengok potongan macaroni bakar ni, berlubang2 macam sarang, sedapnyaaaaaaaaaaa!!

    ReplyDelete
  5. Salam yatie... kiv resepi ni lepas raya ..hehehehhe ... mesti buat

    ReplyDelete
  6. Salam Yati

    baked makaroni favorit anak2 ni.....

    ReplyDelete
  7. as salam...sy b'blogwalking...jmput la ke blog sy..tq =)

    http://intan-mohamad.blogspot.com/2013/07/shaklees-product-prices.html

    ReplyDelete
  8. Sedapnya kak... Boleh cuba buat ni..

    Salam Aidilfitri buat kak Yatie sekeluarga..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails