Friday, January 20, 2012

Nasi Lemak Kuning (Tumis)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ni saya masak nasi lemak kuning tumis. Sebelum ni masak nasi lemak putih ataupun nasi lemak pandan je. Kali ni ada kelainan sikit sebab nasi lemaknya warna kuning dan rempahnya di tumis dulu. Ternyata mmng sedap dan harum je bila di makan. Sampaikan Hamka suruh saya masak nasi yg sama utk esok cuma tukar warnanya je..macam biasalah Hamka suka sangat warna hijau..jadi dia suruh masak yg warna hijau pulak. Bukan main selera anak2 dan suami makan hari ni.

Nasi lemak kuning ni saya gandingkan bersama Sambal Ayam Bunga Kantan. Memang gandingan yg mantaplah..sedap betul. Kalau tak percaya anda cubalah sendiri. Ok jom kita semak resepi nasi lemak kuning ni. Terima kasih pada Kak Jun kerana berkongsi resepi ni dan kawan2 juga boleh lihat di blog MamaSya.


Bahan-bahan
( 5-6 orang )
  • 3 cawan beras
  • 2 cawan santan
  • 2 cawan air
  • 1/2 sudu besar halba
  • 1 daun pandan
  • 1 cm halia-hiris halus
  • 1 batang serai-titik
  • 2 biji bawang merah-hiris
  • garam secukup rasa
  • 1 sudu minyak + 1 sudu minyak sapi
Cara-cara
  1. Panaskan kedua-dua minyak, tumis bawang dan halia hingga garing.
  2. Masukkan air dan santan, kacau hingga pecah minyak.
  3. Bila mendidih, masukkan beras, daun pandan, halba, serai n\dan garam.
  4. Pastu masak seperti nasi lemak biasa..
  5. Hidangkan bersama sambal tumis ikan bilis/udang/sotong, timun, telur dan ikan bilis goreng.
Nota Dapurmamasya
Utk nasi lemak kuning ni , tambah 1 sb kunyit semasa masukkan santan dan air.

11 comments:

  1. ASsalamualaikum...
    Esok akak masak lebih yea, nak tumpang brekpes sekali

    ReplyDelete
  2. tq kak yatie. nak buat hunung minggu n cuti2 nanti.

    ReplyDelete
  3. Assalam kak yatie,mmg nmpak betui2 sedap nih kak,tgk jer pon dah tau sedap kak,sy nak wat jugalah nnti,amik resepi dlu kak ya..Uishh dak hamka nih,sume nak kale ijo eks,Hehe..

    ReplyDelete
  4. Yatieee....nnt akak buat...tp nak tumpang rasa sepinggan dulu boleh x? hehehee, Selamat bercuti pjg yatie...pi mana cuti ni?

    ReplyDelete
  5. cantik berseri jer warna kuning nasi ni kak yatie. resepi nasi lemak ni dah masuk list tapi belum berkesempatan nk try lagi tgk akak wat ni terliur la nk mkn..haha hamka dan hijau memang tak dpt dipisahkan:)

    ReplyDelete
  6. salam kak...teringin la nak wat ni esok.. hihi...tunggu!!:)

    ReplyDelete
  7. Uhh...mcm selera saya dtg tiba2 je nih... Tgk ayam tu pun...dehhh dehhh

    ReplyDelete
  8. Mama pun suka nasi lemak ni..nampak sedap..dh masuk dlm list...

    ReplyDelete
  9. Pelik pulak nasi lemak kuning. Kalau kt sabah bnyk nasi kuning, ntah apa rasa, x penah cuba. Budak2 mmg suka tukar selera mcm dia main kaler2 pulak.

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails