Friday, January 27, 2012

Donut Keledek

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Donut keledek ni saya buat malam tadi. Donut ni lembut sangat dan ianya tetap lembut walau dah seharian, pagi ni boleh buat sarapan. Resepi asal menggunakan kentang dari Ros dan telah di tukar dngn keledek oleh K.Nor. Kali ni saya juga guna keledek oren seperti K.Nor...mmng sedap sangat. Ramai kawan2 dah mencubanya, anda bila lagi? Apa kata petang ni buat donut ni wat minum petang...mudah je, kalau takde keledek gantikan je kentang. Jom semak resepinya..



DONUT KENTANG
by Ros Jintan Manis

Bahan-bahannya
  • 250 gram tepung gandum
  • 80 gram kentang yang telah direbus dan dilenyek ( lebih kurang 2 biji kentang saiz kecil)
  • 2 sudu besar susu tepung/skim milk
  • 1 biji telur ( dipukul sedikit)
  • 80/90ml susu segar boleh ganti dengan air suam
  • 1 1/2 sudu besar marjerin
  • 2 sudu besar gula
  • 4 gram yis ( 1 1/2 sudu kecil)
  • ( susu tu ros letak sikit-sikit klu 80ml tu dah memadai dan doh ok, kita guna 80ml je, klu rasa keras guna 90ml, sebab saiz telur yang digunakan lain-lain kan, di sini kena pandai agak-agak ye, doh jangan lembik sanngat, nanti donut meresap minyak bila digoreng.)
Caranya.
  1. Masukkan semua bahan dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan. Pastikan Doh betul-betul lembut, Uli selama 8 hingga 10 minit. Kalau guna BM, tekan ON dan tunggu je siap, kemudian boleh terus bentukkan.
  2. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Masa perapan lebih kurang 40 minit atau 1jam.
  3. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. bahagi doh pada beberapa bahagian kecil dah lubangkan di tengah-tengahnye, seperti bentuk donut. Susun donut di atas dulang dan biarkan sehingga donut naik dua kali ganda.
  4. Goreng di dalam minyak panas sehingga perang, dan salut donut kentang bersama serbuk gula ataupun coklat masakan. Sedia untuk dihidangkan, Selamat Mencuba..
Donut Keledek K.Nor@SecubitGaram

Bahan-Bahan
  • 500 gram tepung gandum
  • 200 gram keledek yang telah direbus dan dilenyek
  • 4 sudu besar susu tepung
  • 1 biji telur (Yatie letak 2 biji telur, dipukul sedikit)
  • 200 ml air suam ~ Yatie letak 1/2 cwn je-tuang sikit2 masa uli doh
  • 3 sudu besar marjerin/butter
  • 3 sudu besar gula halus
  • 3 sudu kecil yis
Cara2nya sama seperti di atas. Selamat Mencuba..mmng best.

15 comments:

  1. montok2nya donut tu kak yatie...
    meh 30 ketoi..he3

    ReplyDelete
  2. Nyummy3!!! Pos le sini skit.. ;)
    Happy weekend dear & TC! ;)

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum...
    dapat banyak mana yea kak kalau ikut sukatan kak nor tu?

    ReplyDelete
  4. akak, kenapa donut saya jadi padat? lembut, tapi padat. sblm ni buat ok (ikut resepi akak). mcmana tu?

    ReplyDelete
  5. tak pernah cuba versi ni.. bila2 nnti nk kene try juga la..

    ReplyDelete
  6. salam kak yatie..gebunye nampak donut ni..mestii best:)

    ReplyDelete
  7. Duhhh...sungguh 'mulia' donut akak ni kalu digandingkan dgn rup paras donut saya..tp versi saya tetap gebu gebana...okla tu kan??

    ReplyDelete
  8. tun pun dh try.. sedap n lembut sgt! suka guna keledek sbb kaler dia jd cantik. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalam kak yatie,sy pon goreng donut juga ptg nih,tapi wat mgu lps g n frozenkan,guna resepi donut fatma,tapi tuka ke keledek oren gak,mmg best n lembut sungguh..Yg resepi ros nih pon mmg best juga,pernah wat dah dulu..

      Delete
  9. assalam yatie,
    waduh memang nampak gebu & lembut aje donut yatie ni..
    wahhh..semenjak dah berjaya buat donut kentang hari tu..macam teruja nak cuba yang lain pula lah..heheh..action kan kita ni..haha

    ReplyDelete
  10. salam kenal kak yatie..
    kurga sy mmg x jemu dgn donat..tp x penah but lg versi keledek ni..akan ku cuba..thanks k yatie

    ReplyDelete
  11. Memang suka donat.Apa lagi dah jadi donat keledek.

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails