Saturday, December 31, 2011

Puding Belang Dan Selamat tahun Baru 2012

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Tinggal beberapa minit lagi kita akan melangkah ke tahun baru 2012. Di kesempatan ini saya sekeluarga ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru 2012 buat kawan2 semua. Moga tahun baru nanti memberikan kita seribu erti, moga kita sentiasa berusaha dan sentiasa memperbaiki diri kearah kebaikan. Jadikan pengalaman suka duka di tahun 2011 sebagai kenangan indah yg tak mungkin luput dari ingatan. Terlalu banyak kenangan di tahun 2011, biarlah ianya terus berlalu...moga 2012 memberi sinar baru buat kita semua. Maaf andai selama saya berblogging ada membuat kesilapan yg sengaja ataupun tidak di sengajakan. Kita hanya manusia biasa mmng tak terlepas dari membuat kesilapan.
Terima kasih pada pengunjung setia blog Sinar Kehidupanku. Kunjungan anda semua amat2 saya hargai. Terima kasih juga pada teman2 blogger masakan yg sudi berkongsi resepi dan petua selama ini. Moga perkongsian ilmu yg ikhlas ini mendapat keberkatan dariNya.

Inilah n3 terakhir 2011. Puding ni mmng sedap dan pernah juga buat di SINI. Kali ni saya tukar pada perisa oren dan letak warna hijau yg mmng sinonim dngn anak bongsu saya Hamka. Terima kasih pada K.Jun kerana berkongsi resepi yg mudah dan sedap ni. Izinkan Yatie kongsikan resepinya kat sini pula ya.




Bahan-bahan
  • 10gm serbuk agar2
  • 200gm gula
  • 2 1/2 cawan air
  • 1 tin susu cair
  • 3 sudu besar butter
  • 3 sudu besar tepung jagung
  • 2 biji telur
  • sedikit pewarna kuning dan hijau
Cara-cara
  1. Masak agar2 dengan air dan gula hingga hancur.
  2. Telur dipukul, masukkan tepung jagung dan susu cair. pukul sebati. tuangkan kedalam agar2 tadi.
  3. Masukkan butter. mendidih, tutup api. bahagi kepada dua.
  4. Satu bghn dicampur pewarna kuning dan satu lagi warna hijau.
  5. Tuang sesenduk warna kuning, sejukkan sekejap, tuang pula warna hijau dibahagian tengah sedikit..ulang hingga habis.
  6. Sejukkan dan hidangkan.

14 comments:

  1. kak sedapnye jeli tuuu..nt sy nk try buat =)

    ReplyDelete
  2. SELAMAT TAHUN BARU buat yatie dan keluarga..

    Semogga tahun ni lebih baik dari tahun lalu
    semakin ceria dan bahagia bersama keluarga tersayang..

    ReplyDelete
  3. slamat tahun baru buat akaksekeluarga.

    saya suke puding ni. best!!!!

    ReplyDelete
  4. salam...Happy New Year buat kak yatie sekeluarga. Moga ceria dan sihat.

    ReplyDelete
  5. Salam Tahun Baru 2012 buat Kak Yatie sekeluarga.semoga thn baru akan lbh baik dari tahun yg sebelumnya:)

    cun bangat tgk puding akak ni..ceria di thn baru..likex3:)

    ReplyDelete
  6. Selamat Tahun Baru untuk K.Yati sekeluarga. Semoga tahun 2012 kehidupan K.Yati sekeluarga sentiasa sukses. Sedap nampaknya puding tu dan ceria warnanya.

    ReplyDelete
  7. Selamat Tahun BAru sis..
    Moga keceriaan sentiasa mengiringi sis:)

    Cantik puding!
    :)

    ReplyDelete
  8. rajinnya masak puding...selamat tahun baru kak yatie..:)

    ReplyDelete
  9. Selamat Tahun Baru Yatie... semoga terus rajin memasak dan berkongsi...

    ReplyDelete
  10. selamat tahun baru kak Yatie ^_^
    minta sikit pudding tu? hehehe..

    ReplyDelete
  11. selamat tahun baru kak yatie..

    wahh puding tu tgk warna dia pun saya dah tak leh thn..terliur je tgk

    ReplyDelete
  12. sedapnya kak yati, tina bab2 bahagikan kaler ni selalu fail, mesti tak balance

    selamat tahun baru

    ReplyDelete
  13. Assalamualaykumwbh Kak Yatie Dear...
    Woishhhhh....terliur Ayu nengok puding belang ni kak...mmm mcm nak buat je..

    Smg Allah swt mudahkan dan uruskan kak sekeluarga dgn sebaiknya dr tahun ke tahun...

    Love, Ayu...:)

    ReplyDelete
  14. salam tahun baru kak...cantiknya warna puding...moga seceria warna kehidupan yang bakal ditempuhi...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails