Tuesday, December 30, 2014

Donat Kentang Lembut

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Kuih yg mudah dan sedap. Kebetulan lama tak buat donut, jadi saya buatlah donut kentang resepi dari Ros Jintanmanis. Terima kasih Ros berkongsi resepi dan tahniah atas kelahiran anak ke 4. Moga Ros dan baby sihat dan slmt berpantang di negara orang. Sebenarnya dah banyak kali guna resepi ni, ianya mudah, lembut dan semestinya sedap. Saya suka resepi donut ni sbb ianya tak serap minyak yg banyak. Pada kwn2 yg masih tercari2 resepi donut kentang yg sedap tu, bolehlah cuba resepi ni...mmng puashati.



Bahan-Bahan
  • 500 gm tepung gandum
  • 200 gm kentang yang telah direbus dan dilenyek
  • 4 sudu besar susu tepung
  • 1 biji telur ( dipukul sedikit)
  • 200 ml air suam ~ Yatie uli doh guna tangan je, so masukkan air sikit2 ya 
  • 3 sudu besar marjerin/butter
  • 3 sudu besar gula halus
  • 2 sudu kecil yis
Caranya.
  1. Masukkan semua bahan dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan. Pastikan Doh betul-betul lembut, Uli selama 8 hingga 10 minit. Kalau guna BM, tekan ON dan tunggu je siap, kemudian boleh terus bentukkan.
  2. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Masa perapan lebih kurang 40 minit atau 1jam.
  3. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. bahagi doh pada beberapa bahagian kecil dah lubangkan di tengah-tengahnya, seperti bentuk donut. Susun donut di atas dulang dan biarkan sehingga donut naik dua kali ganda.
  4. Goreng di dalam minyak panas sehingga perang, dan salut donut kentang bersama serbuk gula ataupun coklat masakan. Sedia untuk dihidangkan, Selamat Mencuba..

6 comments:

  1. as a donut lover....these looks great to me

    ReplyDelete
  2. Assalam..Selamat Tahun Baru 2015..
    Hari2 mesti jenguk blog nie..udah mencuba resepi Donut Kentang Lembut..Terima Kasih..TQ.. mmg lembut & gebusss..cikhas

    ReplyDelete
  3. comel donatnye. bulat2 nampak gebu. :)

    ReplyDelete
  4. Nak tanye, susu tepung tu apa ye? Brand ape?

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails