Saturday, August 24, 2013

Roti Jala & Kari Ayam

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Masih mood raya, tu yg tak berkesempatan je nak kongsikan resepi kat blog ni. Maaf ya kwn2 semua, lama dah gambar raya ni...naik boring kan tngk. Tak kisahlah, setahun sekali raya, jadi lama sikitlah tayang gambar raya...he3..jngn marahhhhh...gurau je.
Sebenarnya saya buat roti jala ni minggu lepas. Baru hari ni berkesempatan nak kongsikan resepi yg sngt mudah dan semestinya sedap, di gandingkan pula dngn kari ayam..perghhhh...mmng sedap. Tak sedar dah banyak keping masuk perut.

Terima kasih K.Madihah berkongsi resepi yg mudah ni. Izinkan Yatie kongsikan resepinya kat sini pula ya. Pada kwn2 yg rajin nak menjala tu, bolehlah cuba resepi ni. Terima kasih juga pada K.Ilah sbb beri acuan roti jala 3 lubang tu. Ianya sangat membantu melancarkan proses membuat roti jala ni. Jasamu ku kenang K.Ilah. Kalau ada acuan apa2 yg menarik lagi tu, bolehlah beri lagi...he3...gurau je kak....kata orng rezeki jngn di tolak...musuh jngn di cari..ye tak?




Bahan2 Roti Jala
  • 3 cawan tepung gandum
  • 3 ½ cawan air
  • 1 biji telur
  • sedikit pewarna kuning
  • 1 sudu besar marjerin ~ dicairkan
  • 1 sudu kecil rata garam
  • sedikit minyak (untuk lengser pada kuali)
Cara2nya
  1. Campurkan semua bahan2 di atas menggunakan whisker hingga sebati. Tapiskan.
  2. Panaskan kuali. Lengserkan dgn sedikit minyak pada kuali.
  3. Menggunakan acuan roti jala... ceduk adunan tadi & kirai ke dalam kuali menjadi seperti jala .
  4. Biarkan hingga roti jala masak. Tak perlu dibalikkan. Terus saja angkat & masukkan ke atas pinggan lalu dilipat / digulung mengikut sesukaan anda.
  5. Buat hingga habis. (tak perlu lengser minyak setiap kali nak kirai roti jala.. lengserkan sekali sekala saja kerana dah ada marjerin dlm adunan... jika guna non stick pan lagi senang )
  6. Pastikan setiap kali sebelum menceduk adunan.. mesti sentiasa dikacau2 adunan terlebih dahulu supaya adunan sebati semula daripada proses mendapan.
  7. Hidangkan samada bersama kuah kari, rendang, serawa durian atau apa2 saja kuah kegemaran anda.
Bahan2 Kari Ayam
  • 1/2 ekor ayam ~ dipotong kecil
  • 3 biji kentang ~ didadu kasar
  • 1 ulas bawang putih*
  • 4 ulas bawang merah*
  • 1 cm halia*
  • (tumbuk halus bahan2 bertanda*)
  • 4 sudu besar rempah kari ayam#
  • 2 sudu kecil serbuk cili#
  • sikit saja air asam jawa#
  • (campurkan bahan2 bertanda# jika pekat tambah sikit air)
  • 1 kotak santan segera/secukupnya santan
  • air secukupnya utk kuah (nak pekat jgn byk sgt)
  • sikit minyak
  • garam & perasa secukupnya
Cara2
  1. Panaskan minyak, tumis bahan2 tumbuk & bahan campuran rempah. Kacau2 & biar hingga wangi.
  2. Masukkan isi ayam dan sedikit air. Biar mendidih & ayam hampir masak. Masukkan bahan2 lain spt ubi kentang, santan, garam & perasa dan masak hingga kentang empuk. Renihkan kuah dengan api yang kecil sehingga terbit minyak.
  3. Biarkan secukup rasa. Sedia dihidangkan bersama roti jala atau apa2 saja kegemaran anda.

16 comments:

  1. Salam dek yatie manisss

    Oooo dah buat yee..cantik dan kemas.
    Mana warna hijauuu utk anakku hamka yg encemmm dan comeii tuu? Nanti buat kala hijau pula yaaa
    Yesss kalu ada acuan yg lain kak beli... hihihihi...
    Muahhh3x

    ReplyDelete
  2. dah lama tak buat roti jala.....nampak cam sedap la pulak

    ReplyDelete
  3. Cantiknyaaaa jala tu. elok je jaring2nya :)

    ReplyDelete
  4. betul..cantik jaring jala

    ReplyDelete
  5. kalau ada kawan2 yang nak membuat majlis keramaian cth open houses ke, akikah ke @ lain2 tapi tak sempat nak buat roti jala sendiri bolehlah tempah dengan Wan's Katering...

    boleh tengok kat ; http://wanskatering.blogspot.com/

    ReplyDelete
  6. Lawanya roti jala.cam sayang nk mkn hee..

    ReplyDelete
  7. tak reti masak roti jala..nanti nak try hehe thanks share resepi ya :)

    ReplyDelete
  8. cantiknya jala tu sekata je dan tipis tipis, guna acuan yang mcmana ye

    ReplyDelete
  9. nampak menarik

    ReplyDelete
  10. wife saya pun ada buat roti jala ptg td. rupanya ke laut rasanya blh tahan sedap

    ReplyDelete
  11. Tumpang tanya...kak iIah ada jual ke acuan roti jala 3 lubang tu...cntik roti jala tu

    ReplyDelete
  12. sedapnya roti jala akak...cantik je bentuk roti jala..tq sharing

    ReplyDelete
  13. Cantiknye bentuk roti jala tu. Thanks sis sbb share resepi ni.

    ReplyDelete
  14. can somebody translate the recipe for me?Thanks

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails