Tuesday, August 27, 2013

Kek Coklat Kukus di Hari Ulangtahun Kelahiran Dina

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Kek coklat kukus ni saya buat masa hari jadi Dina semalam. Buatnya pun dah malam, kenangkan anak2 lebih suka kek yg mama nya buat....saya pun gigihkan jugalah siapkan kek yg tak seberapa ni buat anak tersayang. Kalau beli mmng tak di makan sangat, kalau mama buat, walaupun kek ringkas...makan siap jilat sudu lagi, kalau makan guna tangan siap jilat jarilah ....he3..
Sebenarnya minggu saya ni sibuk sngt, kebetulan anak saya Seri Izati menghadapi peperiksaan percubaan SPM, Hamka pula menghadapi peperiksaan sekolah agama. Bila anak2 periksa ni, mama nya pun turut sama periksalah. Saya harus duduk sama2 mengulangkaji pelajaran anak2, terutama bersama Hamka. Hamka kalau baca buku mama ada kat sebelah...fuhhhh..mmng bersemangat betul dia. Kalau mama dah mengadap Hamka, jngn main2lah...kalau main2, siap mama naik angin nnti....he3..gurau jek...

Oklah kwn2, resepi kek ni mudah je. Kawan2 boleh juga rujuk di SINI. Terima kasih pada penyumbang resepi. Kek ni hias ringkas je sbb guna bahan2 yg sedia ada je kat rumah. Takde hias buah bagai, Dina pun tak kisah, yg penting sedap. Tengahari tadi Dina bawa ke sekolah kek ni bagi kwn2 rasa. Bila balik, diaorang ckp sedap sngt, mcm kat SR katanya. Siap tanya resepi bagai...ada2 je budak2 ni kan. Dina pun cakaplah, tngk kat blog mak kita, soh mak awak buat...he3..Mama arini suka sngt bila tngk Dina makan kek coklat ni berulang kali sambil berulangkali juga ckp Terima Kasih pada mama. Alhamdulillah...



12 comments:

  1. assalamualaikum kak yatie..
    eemm..sedapnya bila nengok kek coklat kukus akak ni...teringin nk buat unt besdy ank bongsu dan besday cik ah sendri minggu dpn..

    ReplyDelete
  2. wahh nampak moist batul kek akak buat . .
    Happy birthday to Dina
    May Allah bless her
    and good luck untuk Seri Izati dan Hamka ;)

    ReplyDelete
  3. Salam kak, kek coklat ni kegemaran semua orang..:) Anak wa kalau makan ni , habis sebiji untuk dia sorang je

    ReplyDelete
  4. Salams...cake looks delish and moist

    ReplyDelete
  5. sy macam dah tak rajin nak buat kek sekarang, sibuk ngan benda lain jer, hehe

    ReplyDelete
  6. salam yatie..
    happy birthday utk Dina.. comel.. kecik molek je.. serupa mamanya juga.. sama baya anak sy.. pun 13 tahun 23/8 aritu.. tp anak madihaa lebih tinggi dari ibunya.. hehe.. kalau Dini dok sebelah Dina mesti jauh beza saiz dorang ni walau umur sama.. hehe.. apa2pun.. moga Dina sentiasa berjaya dlm hidup ye.. bertuah dpt mama rajin buatkan kek utk anak2nya.. nampak sedap tu..

    ReplyDelete
  7. salam kak yatie...happy birthday buat Seri Irdina.

    ReplyDelete
  8. kek coklat memang sedap..happy birthday dina..

    ReplyDelete
  9. Happy belated bday Seri Irdina...
    kek choc pasti memikat hati anak2.....sama anak Yati dg sy, kalau kek beli kedai...dicuit mkn sikit je....kalau buat sendiri baru di mkn.

    ReplyDelete
  10. saya dan family suka kek coklat memang mabeles......

    ReplyDelete
  11. Enaknya dpt mkn kek coklat..semoga dirahmati Allah buat Dina..ramai juga anak2 rakan blogger yg lahir pd Ogos ye..bujang kecik sy ari tu, 20 Ogos..

    ReplyDelete
  12. Saya dah try buat kek choc moist pakai resepi ni masa nak raya hari tu. Tak sempat kukus, bakar je. Sedap juga. Thx for sharing the recipe. Anyway, happy belated birthday to Dina. :)

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails