Friday, September 28, 2012

Kuih Lapis Seri Pandan Keledek

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Lama tak mengukus kuih. Macam biasalah sebagai memanaskan dapur maya Yatiememories ni, tuan rumah hidangkan tetamunya dngn kuih lapis seri pandan keledek. Perasan tak kuih yg saya buat sendiri, mesti ada nama seri. Ini sempena nama anak2 dara saya...kalau mereka baca ni, tentu diaorang suka sangat. Maklumlah mamaNya abadikan namanya di setiap kuih yg  dihasilkan. Alahaiii sekadar suka2 je sebenarnya. Kita yg buat dia...kita juga yg letak namanya..tak kisahlah kan...

Sebenarnya kuih ni saya buat 2 hari lepas. Masa nak n3 tu tenet slow sangat, baik2 tngh mood ok, jadi tak ok semula. Last2 lupakan je niat nak kongsikan resepinya masa tu. Hari ni barulah berkesempatan nak kongsikan bersama. Kuih ni sedap, lembut dan lemak manis. Pada penggemar kuih2 tradisional ni, bolehlah mencubanya.


Bahan- Bahan.(loyang 9")
  • 2 1/2 cwn tepung beras
  • 1 cwn tepung ubi
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 2 cwn santan  pekat
  • pewarna hijau/perisa pandan dan pewarna oren
  • 2 cawan keledek-yg telah direbus dan dilecek*
  • 2 cawan santan cair*(* dikisar halus)
Bahan perlu di masak dan jadikan sirap gula..
  • 1 1/2 cwn gula pasir
  • 1 cwn air
  • 3 helai daun pandan
Cara Menyediakannya
  1. Masak bahan untuk sirap hingga gula cair dan sedikit didih. Biarkan suam.
  2. Satukan ke semua tepung dan garam.. Masukkan campuran sirap gula dan santan, kacau rata dan tapis. Kalau nak mudah, blend semuanya.
  3. Kisar keledek bersama santan cair. Tuangkan kedlm adunan tadi dan gaul rata.
  4. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Satu bahagian diletak pewarna hijau/perisa pandan dan satu bahagian lagi di letak pewarna oren.
Cara memasak kuih
  1. Panaskan pengukus. Saya guna loyang 9 inci. Alaskan plastik di permukaan loyang dan sapukan sedikit minyak di sekelilingnya.
  2. Tuang adunan oren sebagai lapisan bawah kedalam loyang. Kukus selama 5-7 minit/hingga masak dengan api sederhana kuat.
  3. Setelah masak,baru lapiskan dengan warna oren dan kukus lagi selama 5-7 minit.
  4. Ulangi lapisan seterusnya sehingga habis. Bagi lapisan terakhir, kukus selama 20 minit.
  5. Setelah masak, buka penutup tapi jngn matikan api dan biarkan lagi kukus selama 5 minit. Setelah siap, matikan api dan angkat.(ini bagi mengeringkan permukaan kuih dan kuih tahan lama)
  6. Biarkan sehingga kuih betul2 sejuk barulah di potong.
**Kuih hendaklah betul2 sejuk..barulah di potong dngn menggunakan pisau plastik supaya kuih kelihatan rata dan cantik.

12 comments:

  1. Terujaaa sangat tgk kuih lapis nihh

    ReplyDelete
  2. Memang berserilah kuihnya tu Yatie...kombinasi warnanya sepadan! Syukurlah sebab dalam dapur yatie ni banyak kuih kukus, jadi senang nak rujuk walaupun jarang nak mengukus. Nampaknya Yatie nak bagi naik taraf keledek ye, eksklusif rupa parasnya, orang pun tak sangka bahan asanya keledek he he he ehhh

    ReplyDelete
  3. Canteknyaaaa kuih k yati..licin je potongannye..lawo lawo ..keledek gnti kntang ok x eh..

    ReplyDelete
  4. memang tertawan sangat..sedap....

    jom tgk entry ni,...http://miaduniaku.blogspot.com/2012/09/rempah-masak-hitam-mudah-dimasak-enak.html

    mana tau kalau akak sudi mencuba resepi kami pula...

    ReplyDelete
  5. Salam kenal K.Yatie,
    cantiknyer kejadian kuih ni...ngancam...
    http://my-mintroom.blogspot.com/

    ReplyDelete
  6. oh...

    mmg nampak lembut tuuu.
    kak mmg terro bt kuih2..
    cayalah

    ReplyDelete
  7. rajinnya akak....
    cantik berseri2 jerk kuih lapis tu...

    ReplyDelete
  8. Salam Kak Yatie,
    Nampak lembut ,lemak dan mmmmmmm...teringin sangat dah nih...

    ReplyDelete
  9. Bertuah anak2 akak.
    teringin sangat nak belajar melapis tapi takde keberanian lagi le kak

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum Yati :D
    Sedapnya tgk kuih yg Yati buat ni...cantik susunan dan potongannya kemas...mesti ada petua mcm mana nak potong licin dan cantik mcm tu...sharelaaaa....hehehe

    ReplyDelete
  11. Cantik lapisan kuih ni... Brpe senduk setiap lapisan?

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails