Tuesday, October 2, 2012

Siakap Goreng Bersambal Ala Thai

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Sebenarnya arini masak ringkas2 je. Ini pun menu 2 hari lepas. Biasanya kalau ikan masak sambal macam ni mmng kegemaran saya. Dari zaman anak dara lagi, kalau ikan goreng, pastu di masak sambal mmng terliur yg amat. Kalau makan tu, maunya bertambah2 nasi dan lauk. Selang beberapa jam je dah lapar lagi..tu zaman kanak2 rianglahhhh...skrng tidak lagiiiii.....maunya naik badan nanti. Kita kalau makan ni mesti beringat2 ya, dah berumur ni kenalah jaga kesihatan.

 Biasanya masak sambal ikan macam biasa pun dah sedap. Kali ni cuba resepi dari Mat Gebu, kalau resepi Che Mat ni...umphhhhh mmng sedaplah. Bau daun limau purut dan bunga kantan tu menambah selera. Banyak resepi darinya yg di cuba. Kebanyakkannya menepati citarasa kami sekeluarga. Terima kasih Che Mat berkongsi resepi yg mudah dan sedap ni. Izinkan akak kongsikan resepinya kat sini pula ya. 

 


BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 1 ekor ikan siakap-sederhana besar
  • 1 batang serai, dititik
  • 2 helai daun limau purut
  • 1 kuntum bunga kantan, hiris halus
  • Sos ikan secukup rasa
  • Gula secukup rasa
  • 2 biji limau kasturi, perah jusnya
  • Sedikit air
BAHAN TUMBUK LUMAT :-)
  • 3 tangkai cili merah
  • 6-7 biji cili padi
  • 4 biji bawang merah, hiris
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 keping hirisan lengkuas
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan disiang, cuci bersih dan kelar2, kemudian lumur dengan sedikit serbuk kunyit dan garam rata2. Panaskan minyak dan goreng hingga garing. Angkat dan toskan. Alih ke dalam bekas sesuai. Ketepikan.
  2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis serai titik hingga harum. Masukkan bahan tumbuk lumat dan tumis hingga harum. Guna api kecil dan kacau selalu. Tambah daun limau purut, dan sedikit air. Kacau rata.
  3. Tambah sos ikan secukup rasa, sedikit gula dan hirisan bunga kantan. Kacau dan masukkan jus limau kasturi, gaul rata2 dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Tuang sambal atas ikan goreng tadi, ratakan dan hidangkan segera bersama nasi panas....

12 comments:

  1. WAH AKAQ .. SEDAPNYE .. T NAK TRY LA WAT .. HEHE

    ReplyDelete
  2. Salam kenal Kak:) pggl sy wani je....Sedapnye ikan ni...nyumnyum...hope akak Sudi lawat blog sy yg x seberape tu:)

    ReplyDelete
  3. Amboi... sedap tengok ikan siakap goreng akak ni.. boleh saya buat utk dinner petang ni.. terima kasih share resepi ye :D

    ReplyDelete
  4. Çok leziz ve iştah kabartan bir görüntüsü var. Ellerinize, emeğinize sağlık.

    Saygılar..

    ReplyDelete
  5. perhh....terliurnya tengok ikan akak tu...
    rasa macam nak cari nasi jerk...
    masuk list...
    nnti nak try juga...

    ReplyDelete
  6. salam Yatie
    sedap nmpak siakap tu pasti wangi bangat tu kan sbb ada bunga kantan dan daun limau tu,akak pun banyak bunga kantan ni boleh lah try

    ReplyDelete
  7. Memang sangat menyelerakan.. :)

    ReplyDelete
  8. salam kka Yatie..
    Tak payah gi Thai ni kak..bole masak saje dirumah..tak pernah lagi buat yg ni..

    ReplyDelete
  9. sedap...pas ni bole la cuba..sudila ke blog sitti apamjsbakery..TQ

    ReplyDelete
  10. Aslmkum Yatie. resepi ikan yg enak...ada daun limau purut dan serai itu.....mmmg menambah rasa sedap ikan sambal ni.
    kuih lapis keledek kat bawah tu nampak cantik lapisannya....sukanya tengok....

    ReplyDelete
  11. x leh kata pape... nmpk sedap sgt..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails